Tuesday, December 3, 2013

Jibrail A.S.

serenemaklong.blogspot.com
Allah S.W.T selesai menciptakan Jibrail a.s. dengan bentuk yang cantik, dan Allah menciptakan pula baginya 600 sayap sepanjang antara timur dan barat (ada pendapat lain menyatakan 124, 000 sayap). Setelah itu Jibrail a.s. memandang dirinya sendiri dan berkata: "Wahai Tuhanku, adakah engkau menciptakan makhluk yang lebih baik daripada aku?" Lalu Allah S.W.T berfirman yang bermaksud, "Tidak". Kemudian Jibrail a.s. berdiri serta solat dua rakaat kerana syukur kepada Allah S.W.T. dan tiap-tiap rakaat itu lamanya 20,000 tahun. Setelah selesai Jibrail a.s. solat, maka Allah S.W.T berfirman, "Wahai Jibrail, kamu telah menyembah aku dengan ibadah yang bersungguh-sungguh, dan tidak ada seorang pun yang menyembah kepadaku seperti ibadah kamu, akan tetapi di akhir zaman nanti akan datang seorang nabi yang mulia yang paling aku cintai, namanya Muhammad. Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa. Sekiranya mereka mengerjakan solat dua rakaat, ia hanya sebentar sahaja, dan mereka dalam keadaan lupa serta serba kurang, fikiran mereka melayang bermacam-macam dan dosa mereka pun besar juga. Maka demi kemuliaan-Ku dan ketinggian-Ku, sesungguhnya solat mereka itu aku lebih sukai dari solatmu itu. Kerana mereka mengerjakan solat atas perintah-Ku, sedangkan kamu mengerjakan solat bukan atas perintah-Ku." Kemudian Jibrail a.s. berkata: "Ya, Tuhanku, apakah yang Engkau hadiahkan kepada mereka sebagai imbalan ibadah mereka?"
Lalu Allah berfirman, "Ya, Jibrail, akan Aku berikan syurga Ma'waa sebagai tempat tinggal." Kemudian Jibrail a.s. meminta izin kepada Allah untuk melihat syurga Ma'waa. Setelah Jibrail as mendapat izin dari Allah S.W.T maka pergilah Jibrail a.s. dengan mengembangkan sayapnya dan terbang. Setiap kali dia mengembangkan dua sayapnya dia boleh menempuh jarak perjalanan 3,000 tahun. Maka terbanglah Malaikat Jibrail a.s. selama 300 tahun sehingga ia merasa letih dan lemah dan akhirnya dia turun singgah berteduh di bawah bayangan sebuah pohon dan dia sujud kepada Allah S.W.T lalu dia berkata dalam sujud, "Ya, Tuhanku, apakah sudah aku menempuh jarak perjalanan setengahnya, atau sepertiganya, atau seperempatnya?"
Kemudian Allah S.W.T. berfirman, "Wahai Jibrail, kalau kamu dapat terbang selama 3,000 tahun dan meskipun aku memberikan kekuatan kepadamu seperti kekuatan yang engkau miliki, lalu kamu terbang seperti yang telah kamu lakukan, nescaya kamu tidak akan sampai kepada sepersepuluh dari beberapa perpuluhan yang telah kuberikan kepada umat Muhammad terhadap imbalan solat dua rakaat yang mereka kerjakan....."
JOM KITA FIKIR DAN LAKUKAN: Sesungguhnya Allah S.W.T telah menyembunyikan enam perkara iaitu; 1.Allah S.W.T menyembunyikan redha-Nya dalam taat. 2. Allah S.W.T menyembunyikan murka-Nya di dalam maksiat. 3. Allah S.W.T menyembunyikan nama-Nya yang Maha Agung di dalam Al-Quran. 4. Allah S.W.T menyembunyikan Lailatul Qadar di dalam bulan Ramadhan. 5. Allah S.W.T menyembunyikan solat yang paling utama di dalam solat (yang lima waktu). 6. Allah S.W.T menyembunyikan (tarikh terjadinya) hari kiamat di dalam semua hari. Wallahualam.

No comments:

Post a Comment