Tuesday, December 3, 2013

Teguran Rasulullah s.a.w. Kepada Khadijah

serenemaklong.blogspot.com
Mungkin ini bermanfaat untuk para isteri atau bakal isteri, terutama isteri yang bergaji lebih besar daripada suami dan banyak menanggung keluarga. Memetik kata-kata daripada 3 ustazah: "Pernah satu ketika Saidatina Khadijah tiba-tiba terlintas di hati kenapa dia sahaja yang keluarkan duit perbelanjaan keluarga. Maka Allah menghadirkan lintasan hati Khadijah ini kepada Rasululllah saw. Baginda mengajak Saidatina Khadijah berjalan-jalan. Ketika berjalan-jalan baginda Rasulullah s.a.w. menyepak pasir-pasir yang dilalui. Semua pasir-pasir tersebut bertukar menjadi emas. Saidatina Khadijah terpegun dan asyik memungut emas sehingga beliau tertinggal di belakang. Baginda Rasulullah s.a.w. berpaling, memanggil Saidatina Khadijah dan bertanya kenapa beliau tertinggal di belakang? Saidatina Khadijah menjawab, "Saya sedang mengutip pasir-pasir yg kamu sepak tadi yang telah berubah menjadi emas". Maka baginda Rasulullah menjawab " Ya, Khadijah, sekiranya kamu mahu, dengan izin Allah bukit Uhud itu boleh saya ubah menjadi emas, tetapi Allah ingin memberikan kamu pahala atas bantuan kamu terhadap suamimu ini". Maka sedarlah Saidatina Khadijah bahawa baginda tahu tentang lintasan hati beliau. Maka beliau lantas bertaubat kepada Allah."

No comments:

Post a Comment