Saturday, December 21, 2013

Tunduk Bukan Bermakna Sembah

serenemaklong.blogspot.com
Suatu ketika dahulu, seorang syiah telah datang bertanya kepada Habib Umar, " Mengapa kamu izinkan pelajarmu menundukkan badan dan mencium tanganmu. Kamu telah melakukan perkara syirik kepada Allah. Sepatutnya kita sembah Allah bukan makhluk. Ini kamu mengajar pelajarmu perkara syirik." Habib Umar mendengar dan membalas dengan senyuman kepada lelaki itu. Selepas itu Habib Umar mengambil pen yang berada di poket lelaki tersebut dan jatuhkan ke lantai. Lelaki itu pun terus mahu tunduk mengambil pen tersebut. Tetapi Habib Umar menahan. Habib Umar berkata "kamu mahu buat apa? Jangan tunduk ke bawah" Kata lelaki itu " bukan, aku mahu mengambil pen aku". Kata Habib Umar, " Tidak boleh tunduk ke bawah menyembah pen, kita sembah Allah". Kata lelaki itu, " Tidak , aku bukan sembah pen.Aku qosod (niat) nak ambil pen, bukan menyembah". Habib Umar tersenyum. Dan lantas berkata, "Begitu jugalah pelajar aku. Mereka salam menundukkan badan bukan kerana menyembah aku tetapi mereka mahu menghormati aku sebagai guru meskipun aku tidak meminta begitu". SubhanAllah.. jawapan yang hebat.. tidak perlu berdebat, bertelagah.. Berhikmah itu ialah jawapan seorang alim...

No comments:

Post a Comment