Tuesday, December 17, 2013
Pemakaian Hiasan Emas
Zarah yang wujud dalam emas mampu menembusi liang kulit dan masuk ke dalam darah manusia. Jika seseorang manusia memakai EMAS YANG BANYAK PADA JANGKA WAKTU YANG LAMA, maka darah dan urin akan mengandungi atom/zarah emas dalam kadar yang melampaui batas dikenali sebagai migrasi emas.
Zarah emas yang berada terlalu lama dalam darah dan tidak dibuang segera akan sampai ke otak, mengakibatkan penyakit Alzheimer, di mana orang tersebut kehilangan semua kemampuan mental dan fizik menyebabkannya kembali bertindak seperti anak kecil.
Alzheimer bukan penuaan normal,tetapi lebih merupakan penuaan paksaan atau terpaksa. Antara yang mengidap Alzheimer ialah Charles Bronson, Ralph Waldo Emerson, Ronald Reagan dan Sugar Ray Robinson.
Tetapi, mengapa Islam membenarkan wanita memakai hiasan emas? Sebenarnya wanita tidak menderita masalah ini kerana setiap bulan, partikel berbahaya tersebut keluar dari tubuh wanita melalui haid. Itulah antara sebab agama Islam melarang kaum lelaki memakai emas. Ternyata hal ini telah diketahui Nabi Muhammad s.a.w. lebih 1400 tahun lalu padahal Baginda tidak pernah belajar ilmu sains.
Dari Al-Bara' bin Azib Radhiyallahu 'anhu, bahawa ketika Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam melihat seorang laki-laki memakai cincin emas di jarinya, maka Baginda meminta dia menanggalkan cincin itu. (HR. Bukhori & Muslim) Wallahua'lam.
[Sumber: Sharipah Eyie]
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment