Sunday, January 29, 2017

Tanda-Tanda Kiamat




Nabi Muhammad s.a.w. bersabda tanda yang pertama, orang-orang Badwi yang bertelanjang kaki saling bersaing membangunkan gedung-gedung tinggi. Lihatlah Dubai, Abu Dhabi, Arab Saudi, dan Bahrain. Bahkan menurut berita ada enam gedung tertinggi di dunia di Dubai.

Nabi Muhammad s.a.w. juga bersabda masjid akan dihias bagaikan istana. Meskipun baginda memerintahkan kesederhanaan. Masjid-masjid pada zaman sekarang semakin mewah.

Nabi bersabda orang-orang tidak boleh lagi dipercayai. Pada zaman sekarang orang begitu mudah melupakan janji dan berkhianat.

Nabi juga bersabda bahawa makin banyak orang-orang yang dibunuh, bahkan orang yang dibunuh tidak tahu mengapa dia dibunuh sedangkan orang yang membunuh tidak tahu mengapa dia melakukan pembunuhan. Bahkan orang menembak orang lain hanya untuk merasa megah.

Nabi juga bersabda bahawa orang semakin mengamalkan riba. Semua orang terjerat olehnya. Seluruh ekonomi dunia dipengaruhi dan dikendalikan oleh bank yang mengambil riba meskipun Islam sangat melarang. Tidak ada yang dapat melarikan diri darinya.

Nabi juga bersabda bahawa semakin banyak orang-orang yang dapat membaca dan menulis, namun sebenarnya ilmu mereka tidak ada. Apa yang dibaca hanyalah berita sampah, tabloid gosip, dan lain-lain. Dan ilmu agama semakin ditinggalkan. Buku-buku agama bertebaran tetapi para ulama telah hilang, sehingga hanya orang-orang bodoh yang ada. Dan masyarakat akan meminta orang-orang bodoh untuk berceramah agama sehingga mereka akan menyesatkan orang lain. Ramai kaum intelektual, namun ulama Islam hanya ada sedikit.

Nabi Muhammad juga bersabda bahawa jumlah alat-alat muzik akan semakin meningkat dan umat Muslim akan menghalalkannya meskipun ia diharamkan. Umat muslim zaman sekarang lalai dengan muzik.

Nabi Muhammad juga bersabda bahawa zina semakin meningkat. Makin banyak poster-poster di jalanan dengan gambar-gambar yang tidak senonoh. Bahkan masyarakat tradisional yang biasanya menjunjung moral yang tinggi telah terpengaruh dengan hal ini. Bahkan di negara-negara Muslim, hal-hal berbau pornografi juga semakin meningkat.

Nabi Muhammad juga bersabda bahawa akan muncul suatu penyakit yang belum pernah ada sebelumnya iaitu A.I.D.S. Penyakit yang muncul akibat perlakuan seks bebas.

Nabi bersabda bahwa wanita berpakaian seperti orang yang telanjang. Coba kita lihat pakaian wanita-wanita pada zaman sekarang. Pakaian mereka begitu ketat, memperlihatkan setiap lekuk tubuh. Sedangkan pakaian seperti ini tidak ada di zaman Nabi Muhammad.

Nabi Muhammad juga bersabda bahawa orang paling tercela dan paling bodoh akan menjadi pemimpin. Di beberapa negara tampaknya hal ini telah terjadi.

Nabi Muhammad juga menyebutkan bahawa seorang lelaki lebih patuh pada isteri berbanding ibunya, sangat bertentangan dengan ajaran Islam. Dia lebih mendengar kata-kata rakannya daripada si mendengarkan ayah.

Nabi Muhammad juga bersabda bahawa lelaki ramai memakai emas dan sutera dan mereka menghalalkannya. Padahal Nabi Muhammad mengharamkannya.

Nabi Muhammad juga menyatakan bahawa orang-orang akan meninggalkan agama Islam hanya untuk kepentingan duniawi. Berpegang teguh pada agama bagaikan memegang dua bara panas. Ini berarti iman mereka sangat-sangat lemah.

Kenyataan di atas hanya sebahagian kecil. Masih banyak tanda-tanda hari kiamat yang lain.

No comments:

Post a Comment