Thursday, January 5, 2017
Perihal Sedekah
Rasulullah s.a.w. bersabda, "Sedekah seseorang yang ikhlas akan menutup 70 pintu kejahatan."
Sedekah dibalas dengan 4 jenis pembalasan iaitu:
1- Sedekah yang dibalas 10 kali ganda adalah sedekah yang diberikan kepada fakir miskin.
2- Sedekah yang dibalas 70 kali ganda adalah sedekah yang diberikan kepada kaum keluarga dan sanak saudara sendiri.
3- Sedekah yang dibalas 700 kali ganda adalah sedekah yang diberikan kepada para sahabat.
4- Sedekah yang dibalas 1000 kali ganda adalah sedekah yang diberikan kepada penuntut ilmu atau mereka yang berjihad di jalan Allah.
Rezeki yang kita cari adalah untuk bekalan kita di akhirat. Bila mati, yang kita bawa bersama hanya amal ibadat dan apa yang kita infaqkan semasa kita hidup sahaja.
Keajaiban Sedekah:
Ulama hadis Imam al Hakim mengidap sakit bisul yang teruk. Pelbagai ikhtiar yang diusahakan gagal menyembuhkannya.
Setahun berlalu, dalam suatu majlis pada hari Jumaat, Imam al Hakim meminta Imam Abu Usman al-Sabuni berdoa untuknya. Abu Usman menunaikan permintaan al Hakim dengan doanya diaminkan oleh ramai hadirin.
Seminggu kemudian, salah seorang hadirin wanita datang menemui Abu Usman dan menceritakan perihal dia bermimpikan Rasulullah s.a.w. yang berpesan kepadanya supaya menyampaikan kepada al Hakim agar beliau menggali sebuah perigi air untuk kaum muslimin.
Al Hakim segera memerintahkan sebuah perigi dibina di depan rumahnya. Beliau mempersilakan setiap orang supaya minum air dan ais yang memenuhi perigi tersebut.
Tidak sampai seminggu kemudian, bisul dan bintik pada tubuh al Hakim beransur hilang.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment