Wednesday, January 18, 2017

Panduan Mengerjakan Umrah


Assalamualaikum pada Muslimin dan Muslimat. Hari ini kami ingin memberi sedikit Panduan atau Cara Mengerjakan Umrah. Semoga Panduan ini dapat menyempurnakan Umrah Anda

Rukun umrah mudah sahaja, ada 5:

Niat
Tawaf
Saie
Bercukur
Tertib
1. Niat
نويت العمرة وأحرمت بها لله تعالى

Maksudnya: Sahaja aku berniat umrah dan berihram aku untuk melaksanakannya kerana Allah Ta’ala.

2. Tawaf
Niat tawaf adalah “Aku berniat Tawaf Umrah di Ka’abah ini tujuh pusingan kerana Allah Taala”.

Syarat sah tawaf:

Dilakukan diluar Kaabah tetapi di dalam Masjidil Haram.
Tidak boleh menyentuh mana-mana bahagian Kaabah semasa tawaf.
Tidak boleh menggunakan laluan di bawah pancur emas antara Hijr Ismail dengan Ka’abah (kerana Hijr Ismail juga dikira sebahagian daripada Ka’abah).
Laluan tawaf hendaklah bersih dari najis.
Dimulai dari belakang hajarul Aswad dan diakhiri dengan melangkah garisan yang sama.
Tujuh pusingan dengan sempurna dan yakin.
Mengirikan Kaabah atau mengelilingi melawan jam.
Suci dari hadas kecil (berwuduk) dan hadas besar.
Badan suci dari najis.
Menutup aurat.

3. Saie
Syarat sah saie:

Dilakukan selepas tawaf
Tujuan hendaklah semata-mata untuk Saie
Dimulai dari bukit Safa dan tamat di Bukit Marwah.
Genap dan sempurna bilangan 7 kali.
Dari kaki bukit ke kaki bukit.
Perjalanan tidak boleh terputus iaitu seseorang itu tidak boleh melencong keluar melalui satu pintu dan masuk semula dengan pintu lain.

4. Bercukur / Tahallul
Memotong rambut sekurang-kurangnya 3 helai. Afdhal untuk bercukur bagi lelaki. Bagi yang tiada rambut di kepalanya, memadai melalukan pisau di kulit kepala.

Tahallul wanita:

Wanita berambut panjang boleh memotong mana-mana bahagian rambutnya asalkan tidak kurang dari 3 helai.
Suami boleh menggunting rambut isteri sebelum menggunting rambutnya sendiri selepas kedua-duanya selesai Sai’e umrah. Tetapi sebaik-baiknya suami menggunting rambutnya dulu.
Wanita haid boleh bertahallul dan rambut yang dipotong dimasukkan saja ke dalam bekas yang disediakan.

5. Tertib
Kita perlu ikut tertib umrah dari niat sampailah bercukur.

[Tabung Haji]

No comments:

Post a Comment