Thursday, January 5, 2017
Hanya 1 Golongan Masuk Syurga
Rasulullah s.a.w. bersabda: " Umat Yahudi berpecah kepada 71 golongan. Satu golongan dalam syurga dan 70 golongan dalam neraka.
Nasrani berpecah kepada 72 golongan. Satu golongan dalam syurga dan 71 golongan dalam neraka.
Demi jiwa Muhammad dalam genggaman kuasa-Nya! Umatku akan berpecah kepada 73 golongan. Satu golongan dalam syurga dan 72 golongan dalam neraka.
Sahabat bertanya: "Wahai Rasulullah, siapakah mereka?"
"Al Jamaah."
(Riwayat Ibn Majah)
Bagaimana kita mengetahui kita termasuk dalam kumpulan yang selamat itu? Ia bergantung kepada persoalan "Apa yang kita mahu, kita nak Islam atau kita nak Allah?"
Jika kita mahu Islam, Islam mana yang kita nak pilih? Islam negara itu? Atau Islam negara ini? Islam Parti itu, atau Islam Parti ini? Islam Ustaz itu atau Islam Ustaz ini? Islam Shaikh itu atau Islam Shaikh ini? Persoalaannya Islam versi mana yang kita nak pilih...
Masyarakat sekarang kucar-kacir, keliru dan bingung dengan versi-versi yang bermacam-macam. Masing-masing mencipta Islam versi yang berbeza...
Namun, Jika kita nak ALLAH.....
firman Robbana..
(وَالَّذِينَ جَاهَدُوا فِينَا لَنَهْدِيَنَّهُمْ سُبُلَنَا ۚ وَإِنَّ اللَّهَ لَمَعَ الْمُحْسِنِينَ)
[Surat Al-Ankabut 69]
"Dan orang-orang yang berjihad untuk Kami, benar-benar akan Kami tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami. Dan sesungguhnya Allah benar-benar beserta golongan Muhsinin." (29:69)
Itulah mereka yang berusaha menempuh jalan ALLAH (طريق الله)
Jalan menuju ALLAH itu Mahabbah kepada ALLAH, Kepada Rasul ALLAH, Kepada para Sahabat Baginda yang mulia, kepada Isteri-Isteri Baginda, Ibu orang-orang beriman, kepada ahli Bait baginda....
Kita tidak cenderung kepada yang itu dan tidak yang ini, kita boleh menerima semua pihak..
(يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اتَّقُوا اللَّهَ وَكُونُوا مَعَ الصَّادِقِينَ)
[Surat At-Tawbah 119]
Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada Allah dan hendaklah kamu berada bersama-sama golongan Shodiqin. Sentiasalah berusaha mematuhi perintah Allah dan menjaga hubungan sesama manusia serta makhluk-Nya yang lain supaya kita dapat berada dalam golongan yang Satu itu.
Dengan segala ibadah yang kita lakukan jangan pernah mendakwa kita tidak akan masuk neraka. Sentiasa cermin diri dan melihat secara keseluruhan.
Segera perbaiki segala kekurangan sehingga kita benar-benar menjadi hamba Allah yang bukan lagi mengharap untuk masuk syurga, bahkan mendambakan sesuatu yang lebih mahal dari itu iaitu DAPAT MELIHAT ZAT MAHA PENCIPTA. Persis Rabiatul Adawiyah.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment