Sunday, January 29, 2017
Raja Babylon Gila Kuasa
Kerajaan Babylon adalah sebuah kerajaan yang makmur rakyat hidup senang, sejahtera dalam keadaan serba cukup.Akan tetapi hidup kerohanian mereka masih berada di tingkat jahiliyah. Mereka tidak mengenal Tuhan yang telah memberi kurnia dengan segala nikmat dan kebahagiaan duniawi.
Pemerintah Babylon, Raja Namrud bin Kan'aan memerintah secara kuku besi.Semua kehendaknya merupakan undang-undang yang tidak boleh dilanggar. Kekuasaan yang besar itu lama-kelamaan menjadikan dia tidak puas dengan kedudukannya sebagai raja. Dia rasa dirinya patut disembah oleh rakyatnya sebagai tuhan. Jika rakyatnya boleh menyembah patung batu yang tidak memberi manfaat dan kebahagiaan bagi mereka, mengapa bukan dia yang disembah sebagai tuhan.Dia boleh berbicara, mendengar, berfikir, memimpin mereka, membawa kemakmuran bagi mereka dan melepaskan mereka dari kesengsaraan dan kesusahan. Dia mampu mengubah orang miskin menjadi kaya dan orang yang hina-dina menjadi orang mulia. Lagipun negaranya besar dan luas.
Di tengah-tengah masyarakat yang buruk ini lahirlah Nabi Ibrahim, putera Aaazar (Tarih) bin Tahur bin Saruj bin Rau' bin Falij bin Aaabir bin Syalih bin Arfakhsyad bin Saam bin Nuh A.S. di sebuah tempat bernama "Faddam A'ram". Baginda dibesa dari seorang ayah yang bekerja sebagai pemahat dan pedagang patung. Dia adalah calon Rasul dan pesuruh Allah yang akan membawa pelita kebenaran kepada kaumnya, diilhami akal sihat dan fikiran tajam serta kesedaran bahawa apa yang telah dibuat oleh kaumnya termasuk ayahnya sendiri adalah perbuatan sesat yang menandakan kebodohan dan kecetekan fikiran. Perbuatan mungkar harus dibanteras dan diperangi agar mereka kembali kepada Tuhan Yang Maha Esa, Tuhan pencipta alam semesta.
[Mahadi Razak]
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment