Thursday, January 5, 2017

Mutiara Kata Pahrol Mohd Juoi


Seorang pemuda bertanya, "Orang yang bersalah harus diapakan?"

Kawannya menjawab, "Harus dihukum!"

Seorang tua di samping mereka menegur, "Bukan begitu. Yang bersalah harus diadili."

Pemuda berkata lagi, "Mengapa?"

"Kerana yang bersalah punya hak untuk didengari."

Ingat, tersalah hukum lebih besar kesalahannya daripada salah kerana tidak menghukum.

Jangan sekali-kali melabel dan prejudis. Orang bersalah belum tentu pesalah. Orang berbohong belum tentu pembohong. Sehinggalah segala bukti berfakta, berdalil dan berdata dibentangkan di meja pengadilan.

Berhati-hatilah membuat tuduhan kerana penuduh selalu melihat orang lain dengan apa yang ada dalam dirinya.

Keburukan pada orang lain boleh jadi hanya bayangan kepada keburukan yang ada pada diri sendiri.


Semasa sakit, ramai doktor mengungkapkan, "Kita berikhtiar merawatnya kerana ikhtiar itu ibadah. "

Semasa bekerja, orang yang sinis mengatakan, "Buat apa kerja keras kalau hanya untuk bayar bil, bayar hutang, membantu keluarga dan bersedekah kepada orang lain?"

Maka jawablah, "....kerana kerja itu ibadah."

RASULULLAH s.a.w. bersabda, “Sesungguhnya, di antara perbuatan dosa, ada yang tidak dapat dihapus oleh (pahala) solat, sedekah, ataupun haji. Namun hanya dapat ditebus dengan kesungguhan dalam mencari nafkah penghidupan.” (HR. Tabrani)






No comments:

Post a Comment