Thursday, January 19, 2017
Menjadi Tetamu Allah
"Sungguh Allah menurunkan pada setiap hari dan malam 120 rahmat di Baitullah. 60 rahmat untuk orang yang melakukan tawaf, 40 rahmat bagi orang yang mendirikan solat. 20 rahmat bagi orang yang memandang ke arah Ka'bah." (HR.Thabrani). "Solat di Masjidku ini (Masjid Nabawi) lebih utama seribu kali ganda dibandingkan solat di manapun kecuali di Masjidil Harram. Sebab solat di Masjidil Harram seratus ribu kali ganda dibanding solat di Masjid lainnya." (Riwayat Ahmad, dengan sanad yang sah).
Gema Talbiah dari para tetamu Allah di tanah wahyu Ilahi iaitu tanah suci Mekah terdengar dan menyentuh hati. Lautan umat Islam dengan asyik berteriak "Labbaika Allahumma labbaika. Labbaika la syarika laka labbaika. Innal hamda wanni’mata laka wal mulka. laa syarika laka." (Ya Allah, aku datang kerana panggilanMu. Tiada sekutu bagiMu. Segala nikmat dan puji adalah kepunyanMu dan kekuasaanMu. Tiada sekutu bagiMu). Satu ucapan yang dapat melupakan manusia dari perkara-perkara yang berbau duniawi. Dengan ucapan ini umat Islam dengan hati khusyuk pergi menuju Baitullah, Ka'bah.
Ka'bah adalah rumah tauhid dan tempat ibadah paling lama yang dibangun di muka bumi ini, sebagaimana tertera dalam al-Quran : “Sesungguhnya rumah yang pertama kali dibangun untuk (tempat beribadat) manusia, ialah Baitullah yang di Bakkah (Mekah)…” (QS. Ali Imran: 96).
Para tetamu Allah, selalu ingin kembali ke Baitullah kerana rasa RINDU, ibarat meminum air laut semakin diminum semakin haus.
[Nostalgia Hajjah Rohana Saad]
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment