Sunday, January 22, 2017

Mengelak Fikiran Negatif


Tips yang bermanfaat dari Hajjah Rohana Saad:

1. Maafkan semua orang sebelum tidur.
Lupakan kesalahan mereka yang menyakitkan hati kita. Maafkan dan beritahu diri sendiri jangan ingat lagi.

2. Membantu dengan penuh minat, bukan sekadar ikhlas.
Jadi membantu orang lain sesuatu yang menyeronokkan untuk dibuat. Be helpful! Dalam erti kata lain jadikan sikap suka membantu sebagai ‘passion’anda. Jangan membantu kerana ‘ada udang di sebalik batu’.

3. Hormati sesiapa saja.
Walau siapapun dia, hormati dia. Jangan nilai orang dari jawatan, harta dan pangkat serta kehebatan dia. Kita pula jangan hanya mahu dihormati, sebaliknya biarlah kita hormati semua orang.

4. Jadilah diri sendiri, jangan jadi seseorang yang kita nampak ‘perfect’.
Mungkin kita kenal seseorang yang kita lihat sempurna – popular, bergaji besar, berkereta mewah, rumah mewah, bergaya, nampak serba lengkap. Hendak jadikan dia sebagai contoh ikutan boleh tetapi jangan jadi perfect sangat macam dia sebab kita akan hilang jatidiri, akhirnya kita hilang semangat nak memajukan diri. Contohi apa yang positif pada dirinya, kemudian amalkan.

5. Elak dari menyertai perbincangan negatif.
Orang berjaya suka bercaka pasal idea. Orang yang tidak mahu berjaya suka bercakap pasal orang lain. Sekarang kita sudah dapat bezakan mana satu orang yang nak berjaya dan mana satu orang yang cuma mahu kekal di tempat biasa.

6. Elak mengomel, mengomen, mengata dan mencaci.
Elak fikiran negatif dengan berhenti merungut, mengomel untuk menyatakan rasa tidak puas hati. Stop complaining! Elak bercakap pasal keburukan orang.

7. Bersyukur atas segala apa yang kita ada.
Bersyukur sebab kita masih hidup hari ini. Kita tak akan tahu bila kita akan mati. Syukuri rezeki kita tiap kali kita makan dan tiap kali kita minum, walaupun kita cuma minum air kosong!. Amalkan berterima kasih pada Tuhan mulai dari sekecil-kecil nikmat hinggalah sebesar-besar nikmat. Walaupun hidup kita bermasalah, sikap rajin bersyukur akan membuat masalah itu hilang sedikit demi sedikit. Jangan jaja sana sini "Saya sangat bersyukur dengan nikmat yang Allah bagi pada saya selama ini..." tapi tindakan dan sikap kita langsung tidak menggambarkan apa yang kita cakap Itu akan menyebabkan orang bertambah meluat dan tidak percaya kepada kita lagi....

Ubahlah sikap mulai dari sekarang, insaflah akan kelemahan diri, akuilah kesilapan yang telah dilakukan, dan lakukanlah 'anjakan paradigma' dalam hidup sekiranya kita serius mahu berjaya dalam apa jua bidang yang diceburi....

No comments:

Post a Comment