Monday, January 23, 2017

Raudhah - Taman Syurga



Raudhah itu ertinya “taman’ yang menggambarkan kesejukan dan kenikmatan. Raudhah yang dimaksudkan di sini adalah kawasan antara rumah dengan mimbar Nabi s.a.w. sebagaimana hadis shahih Riwayat Bukhari “maa baina baitii wa minbarii raudhoh min riyaadhil jannah, wa minbari ‘alaa haudhii” (antara rumahku dan mimbarku adalah raudhoh (iaitu) taman dari syurga, dan mimbarku di atas kolam). Status “taman syurga” inilah yang memotivasi jemaah memburu tempat di depan kiri Masjid Nabawi ini untuk bersolat dan berdoa.

Di dalam Raudhah terdapat enam tiang bersejarah:

“Tiang Utusan” yang digunakan Nabi s.a.w. dahulu sebagai tempat menerima utusan yang datang.
“Tiang Pengawal” tempat berdirinya para pengawal Nabi.
“Tiang Tempat Tidur” yang merupakan tempat Nabi s.a.w. tidur selama i’tikaf.
“Tiang Abu Lubabah” yaitu tiang tempat Abu Lubabah mengikatkan diri kerana menyesal telah membocorkan rahasia kepada orang Yahudi.
“Tiang Aisyah” yang diyakini ditunjuk Aisyah sebagai tempat Rasulullah s.a.w. mengimami solat berjemaah.
“Tiang Mukholaqah” tempat bersandar Nabi s.a.w. ke batang pohon kurma ketika khutbah Jumaat.

Di samping itu di Raudhah ada juga “Mihrab Nabi”.

Adapun Rumah Nabi berdampingan dengan Masjid. Kini rumah ini menjadi makam Rasulullah s.a.w. beserta dua shahabatnya Abubakar Shiddiq dan Umar Ibnul Khattab. Secara khusus tidak ditemukan dalil tentang keutamaan solat atau berdoa di Raudhah selain pernyataan Rasulullah s.a.w. dalam Hadis Riwayat Bukhari di atas. Namun fakta yang terjadi tempat antara “rumah” dan “mimbar” ini telah menjadi “rebutan jemaah” yang fenomenal. Rumah adalah tempat bernaung dan beristirahat. Tempat elemen keluarga membina harmoni berumahtangga. Suami dan isteri saling mencintai dan menyayangi sambil membesarkan putera dan puteri buah hati keduanya.

Sementara Mimbar adalah arena perjuangan. Dari mimbar diserukan ajakan untuk beriman kepada Allah, beribadah dengan tekun, dan berjuang memuliakan agama Allah. Dari mimbar Nabi membangun negeri agar warganya sejahtera dan berkah dalam limpahan rahmah dari Allah. Mencegah perilaku rendah dan nista yang menyebabkan mereka menerima murka dan azab. Mimbar adalah tempat untuk melakukan perjuangan dakwah. Antara “rumah” dan “mimbar” ada “taman surga”.

Semangat jemaah untuk solat dan berdoa di Raudhah memang hal yang bagus dan wajar, asal saja mereka tidak saling menyakiti. Kawasannya terbatas. Kunci keberhasilan ibadah dan kabulnya doa bukan semata ditentukan oleh tempat tertentu seperti Raudhah, akan tetapi di bahagian manapun dari Masjid Nabawi kita beribadah, insya Allah menjadi tempat yang baik dan makbul doa. Syaratnya kita beribadah atau berdoa dengan tatacara yang benar dan dengan kekhusyukan yang tinggi.

[Sumber: FB Amiruddin Wong]


TIPS DARI PUAN ROZA ROSLAN:

Di ruang jemaah wanita ... kawasan Raudhah boleh dimasuki melalui Pintu 25, 26 dan 27 di bahagian belakang (Berdepan Hotel Daral Taqwa, Hotel Oberoi).

Melalui pintu 28, 29 dan 30 di bahagian kiri bertentangan perkuburan Baqi'. Ruang Raudhah bagi jemaah wanita di buka pada 3 masa.

Pertama, Selepas waktu Dhuha.
Kedua, selepas solat zohor.
Ketiga, selepas solat Isyak.

Ramai yang pertama kali mahu ke sana terkejut kerana terpaksa menunggu begitu lama, juga terperanjat melihat keadaan jemaah wanita dari pelbagai negara yang separuh sedar bertolak-tolakkan.

Saranan kami yang pernah bermukim di Madinah ...

Pertama, Usai solat fardu, solat sunat dan solat jenazah ... keluarlah sebentar untuk perbaharui wuduk. Kemudian masuk semula.

Jemaah wanita akan dikumpulkan mengikut pasukan-pasukan (Arabia, India-Pakistan, Mesir, Turkiye dan bahasa Melayu). Masuk dalam pasukan masing-masing.

Kedua, terdapat beberapa hentian. Bawalah penyembur air (jika kita jenis tidak dapat menahan wuduk yang lama). Bawa beg sandang yang sederhana ringkas. Sementara menunggu ... usah bersembang. Banyakkan solat-solat sunat, membaca al-Quran dan berzikir. Paling disarankan banyakkan berselawat ke atas junjungan Rasulullah SAW.

Ketiga, sebaik sahaja ternampak ruang Raudhah - sementara menunggu - berdoalah.

Keempat, apabila dijemput masuk ke ruang Raudhah - berjalanlah dengan tenang. Usah bertolak-tolak. Biasanya jemaah dari Asia Tenggara masuk paling akhir - berdoa banyak-banyak sambil bergerak perlahan-lahan ke ruang hadapan.

Usah solat dalam keadaan jemaah bertolak-tolakan - berusaha solat di barisan saf paling hadapan. Ia sangat hampir dengan masjid asal yang dibina zaman nabi dan di sebelah kirinya makam junjungan Besar umat Islam. Bersopanlah ... kita tetamu Allah. Bersifat mulialah ... kita bangsa berakhlak.Tidak mahukah kita nanti Allah menaikkan darjat dan memberikan kemuliaan di negeri akhirat?



Firman Allah dalam Surah Al-Israa'. Ayat 80 bermaksud:

"Dan pohonkanlah (wahai Muhammad, dengan berdoa): Wahai Tuhanku! Masukkanlah daku ke dalam urusan agamaku dengan kemasukan yang benar lagi mulia, serta keluarkanlah daku daripadanya dengan cara keluar yang benar lagi mulia da

No comments:

Post a Comment