Tuesday, January 3, 2017
Mengapa Membenci?
Sebarkan senyuman
Sebarkan salam
Sebarkan kemesraan
Sebarkan kasih sayang
Sebarkan keprihatinan
Tahan kemarahan
Tahan caci makian
Tahan kebencian
Tahan kemungkaran
Tahan keganasan
Bina jemaah bersyariah
Bina jemaah berukhwah
Bina jemaah bersahsiah
Bina jemaah penuh rahmah
Kita bukan golongan lemah
Kita bukan golongan rendah
Kitalah insan yang qanaah
JANGAN MENILAI ORANG DARI KEADAANNYA YANG LALU.
Seseorang yang hampir membunuh Rasulullah s.a.w kini terbaring di sisi makam baginda iaitu Saidina Umar Al Khattab..
Seseorang yang pernah berperang melawan agama Allah akhirnya menjadi pedang Allah (saifullah) iaitu Saidina Khalid Ibnu Walid.
JANGAN MENILAI ORANG DARI KEADAAN FIZIKALNYA
Rasulullah saw melihat si pendek tidak menarik iaitu sahabat baginda Saidina Julaybib r.a jadi buruan para bidadari syurga.
JANGAN MEMANDANG ORANG DARI KEDUDUKAN DAN HARTANYA
Firaun yang kaya lagi berkuasa berada di neraka, sedangkan sandal lusuh Saidina Bilal bin Rabah kedengaran langkahnya di syurga.
MANUSIA MAMPU BERUBAH MENGIKUT ACUAN ALLAH JIKA DIA MENGHENDAKINYA
Wallahua'alam
وَالَّذِينَ يَقُولُونَ رَبَّنَا اصْرِفْ عَنَّا عَذَابَ جَهَنَّمَ ۖ إِنَّ عَذَابَهَا كَانَ غَرَامًا ﴿٦٥﴾ إِنَّهَا سَاءَتْ مُسْتَقَرًّا وَمُقَامًا
Wahai Tuhan kami, sisihkanlah azab neraka Jahannam dari kami, sesungguhnya azab seksanya itu mengerikan.
Sesungguhnya neraka Jahannam itu tempat penetapan dan tempat tinggal yang amat buruk.
(Surah Al-Furqaan : 65 - 66 )
Amin!!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment