Friday, December 27, 2013
Taugeh Putih Dibajai Air Kencing
serenemaklong.blogspot.com
Hati-Hati ! Jangan beli taugeh Yang BERWARNA PUTIH BERSERI! Mesti ramai suka makan taugeh, campur pula dalam char kuey teow.... hmm...rangup.. Tetapi hendak beli taugeh kena eksperimen dulu... Beli sikit taugeh, jangan makan dulu sebaliknya simpan selama 3 hari. Cuba hidu bau taugeh itu selepas 3 hari. Lepas 3 hari kalau bau taugeh hancing semacam bermakna taugeh tu disiram dengan urin a.k.a AIR KENCING!! Urin itulah yang menyebabkan taugeh berwarna putih berseri.
Taugeh yang idak dibaja dengan air kencing berwarna KEKUNINGAN, CEPAT LAYU DAN KURANG RANGUP. Info ini adalah dari pegawai yang pernah melawat pusat-pusat penanaman taugeh di beberapa negeri tertentu yang diusahakan oleh kaum Cina. Ada terjumpa bilik khas menyimpan air kencing untuk disiram pada cambah taugeh itu.
Taugeh adalah tanaman yang menyimpan air siraman terus di dalam batangnya.. Tidak seperti sayuran lain berdaun hijau yang mengalami fotosintesis semasa proses penyerapan baja atau dengan erti kata lain, air siraman masuk ke tanah dulu barulah akar menyerap dan proses fotosintesis berlaku untuk penyerapan khasiat dari baja. Taugeh pula terus menyerap apa yang kita siram sebab pertumbuhan tumbesaran nya bukan secara fotosintesis. Sebab itulah kalau disimpan 3 hari baunya hancing .. Kongsikan dengan orang lain... Awas!! JANGAN TERMAKAN AIR KENCING.
[Foto: Resepi Masakan Enak]
Fadilat Bismillah 5
Secara keseluruhan Bismillah 5 boleh menjadi penawar kepada semua jenis penyakit dan rasa bisa pada tubuh sama ada yang diketahui puncanya ataupun tidak. KAIFIAT/CARA: Letakkan tangan di tempat yang sakit, tarik nafas, dan baca Bismillah 5 sebanyak 7 kali. Kemudian tiup pada tempat yang sakit itu. Selepas itu tiup/hembus pula pada air. Jika tempat sakit itu tidak boleh diletakkan tangan, sebab sakit atau payah untuk meletakkannnya, boleh letakkan tangan di anggota lain dengan fokus hati yang tinggi dan anggaplah/gambarkan tempat tersebut adalah anggota yang sakit.
Bismillah 5 ini boleh juga dibaca selepas doa sebelum makan dengan harapan ia menjadi penawar kepada segala keburukan yang mungkin terdapat atau timbul daripada pengambilan makanan dan minuman tersebut.
Thursday, December 26, 2013
Pintu Taufik
serenemaklong.blogspot.com
Pintu Taufik tertutup kerana:
1. sibuk dengan nikmat tetapi tidak mensyukurinya,
2. ghairah mencari ilmu tetapi tidak beramal,
3. bersegera melakukan dosa tetapi mengakhirkan taubat,
4. bersahabat dengan orang soleh tetapi tidak mencontohinya,
5. dunia ada di belakang tetapi mengikutinya,
6. akhirat ada di hadapan tetapi membelakanginya.
( Abu Ali Syaqiq bin Ibrahim al-Azdiy al-Balkhi)
Peringatan buat diri sendiri.
Wednesday, December 25, 2013
Ciri-ciri Lelaki Penyayang
serenemaklong.blogspot.com
KEPADA YANG MASIH MENCARI .......
1) Lelaki Suka Kanak-Kanak
- Kata Dr. Fadilah Kamsah, lelaki yang suka akan kanak-kanak berpotensi menjadi bapa yang baik. Sifat kasih sayang dan layanan baik terhadap kanak-kanak sudah sukup mencerminkan dirinya kategori lelaki yang bagaimana.
2) Lelaki Suka Haiwan
- Lelaki yang penyayang adalah lelaki yang sukakan binatang.Tengok reaksi dia bila ada haiwan contohnya di kedai makan. Kucing datang mengeong dekat kaki lelaki itu. Ada yang sepak terajang dan halau, ada pulak yang bercakap dengan kucing itu ” Kenapa?..lapar yer..nah ambik ni..” sambil beri tulang atau isi makanan... Lelaki yang ada membela haiwan peliharaan akan menyerlahkan sifat kasih sayang dia.
3) Lelaki Yang Mengambil Berat Hal Orang Tua
- Contohnya, bila dia lihat ibunya terkontang-kanting mengangkat kain di jemuran, dia tidak sampai hati dan mendorongya untuk membantu. Sedaya upaya dia ingin meringankan beban orang tuanya tanpa mengharap balasan.
4) Lelaki Yang Mengambil Berat Hal Adik-Adik
- Cuba tengok hubungan dia dengan adik-adiknya. Adakah hubungan mereka rapat dan adik-adiknya menyukai dia?. Perhatikan sama ada mereka bergurau senda atau tidak atau hanya buat selamba bila si adik ingin bermain dengannya.. Jika ya, maka dia merupakan lelaki penyayang. Ini berbeza dengan lelaki yang tidak suka bermain-main atau melayan kerenah adik kecilnya.
5) Lelaki Yang Prihatin Hal Kawan-Kawan
-Lelaki yang penyayang prihatin atas kesusahan rakan-rakan. Jika ada yang meminta tolong dia cuba membantu sedaya boleh. Dia tidak pentingkan diri. Tetapi biarlah berpada-pada, bukannya setiap kali dia sahaja mesti menolong atau, tidak pernah langsung menghulurkan tangan. Perlu ada sifat timbangrasa.
6) Lelaki Yang Pandai Menjaga Hati Pasangan
-Lelaki ini bila melihat pasangannya berduka, pandai sahaja dia membuat humor untuk menghiburkan hati pasangannya. Kadang-kadang dia suka membuat kejutan bertujuan menggembirakan pasangannya. Jika pasangannya sedih dia juga tidak senang hati.
7) Lelaki Yang Susah Marah
-Lelaki ini tidak panas baran kerana hal-hal yang kecil seperti terlewat berjumpa, atau tercalarkan keretanya. Berhati-hati dengan lelaki yang cepat melenting...
8 ) Lelaki Yang Murah Senyuman
-Kita tengok lelaki itu sejuk saja..sentiasa senyum. ... Ini menandakan dia seorang lelaki penyayang. Senyuman yang diukir bertujuan mewujudkan elemen kemesraan kepada sesiapa yang memandangnya. Seboleh mungkin dia mahu menegur dan berhubungan baik dengan semua orang. Tidak mahu mewujudkan unsur kebencian.
=========================
Ini semua boleh dijadikan panduan tetapi tidak semestinya 100% tepat. Kita jangan terlalu cepat menghakimi orang kerana setiap orang berbeza perangainya. Wallahu'alam
Seorang Wali Allah
serenemaklong.blogspot.com
Syeikh Mohammed El-Audan dilahirkan pada 1894 dan menyertai gerakan Ikhwan Muslimin ketika bertugas sebagai pensyarah Hadis di Universiti Al-Azhar. Beliau merupakan salah seorang dari 50 orang ulama yang terlibat menggubal perlembagaan Mesir pada 13 Januari 1953.
Pada 1965, beliau ditangkap oleh rejim Jamal Abdul Nasser tatkala usia beliau mencecah 80 tahun. Kesemua 5 orang anaknya turut ditangkap. Dendam kesumat yang membara di dalam hati Menteri Pertahanan Mesir ketika itu, Syams Badran cuba membunuh Syeikh Mohammed sewaktu dalam tahanan. Suatu ketika, Badran telah melepaskan seekor anjing yang kelaparan di dalam penjara yang menempatkan Syeikh Mohammed dengan harapan agar beliau dibaham oleh anjing tersebut. Badran kemudian mengarahkan seorang tentera bawahannya, "Pergi kamu ke bilik tahanannya dan bersihkan bilik itu dari darah-darah."
Tentera itu kembali menemui Badran dengan penuh hairan. Badran bertanya, "Apa yang telah berlaku?" Jawab tentera itu, "Demi Allah, saya melihat satu perkara yang ajaib. Saya melihat syeikh itu sedang sujud dalam keadaan anjing itu berdiri bersebelahannya seakan-akan mengawalnya.
Dr.Yusuf Qaradhawi menyifatkan Syeikh Mohammed El-Audan, seorang lelaki rabbani, yang terpancar cahaya iman dan kerohanian. “Saya tidak pernah belajar darinya tetapi saya pernah menemuinya di rumah beliau di Zaitoun. Mendengar kalam-kalamnya yang memberikan kekuatan kepada rohani kerana kalamnya keluar dari hati yang membelai hati-hati yang mendengar." Gambar ini menunjukkan Al-Marhum Syeikh Mohammed tidak mampu berdiri kerana uzur ketika perbicaraan mahkamah berlangsung.
[Sumber: Ikhwanwiki]
Doa Mohon Ketetapan Hati
serenemaklong.blogspot.com
DIAM ITU EMAS
Racun Hati:
1. Banyak Bercakap 2. Banyak Memandang (yang haram) 3. Banyak Makan 4. Banyak Bergaul dengan pergaulan yang tidak benar 5. Banyak Tidur.
MUKMIN DAN MUNAFIK:
Imam Al Auza'i berkata, "Orang mukmin itu sedikit bicara dan banyak amal, sedangkan orang munafik itu banyak bicara dan sedikit amal." (Dinukil dari Al Mukhtar)
IMAM SHAFI’I MENASIHATKAN:
Jika ada orang bodoh berkata-kata, jangan dilayan. Jika harus dilayan maka layanan terbaik untuknya ialah diam. Jangan sampaikan pendapat kalian kepada orang yang tidak menginginkannya. Kamu tidak akan mendapat manfaat, dan tidak pula pendapatmu itu akan berguna.
Dr. Abdul Rahman Al-Sumait Yang Istimewa
serenemaklong.blogspot.com
Dia adalah seorang doktor yang merasakan ada "misi menyelamat" yang lebih indah dari menyelamatkan pesakit. Dia ke pendalaman benua Afrika di mana dia merawat pesakit-pesakit di sana yang amat kurang berkemampuan, di samping berdakwah kepada mereka. Hinggakan, dia berdakwah kepada kaum yang langsung tidak mempunyai bahasa. Mereka hanya berkata-kata dan berkomunikasi dengan lantunan lidah ke pipi yang menghasilkan bunyi "klok, klok," atau ke lelangit yang berbunyi " kcik, kcik kcak".
Bagaimana Dr. Abdul Rahman melakukannya? Tiada yang mustahil dengan bantuan Allah S.W.T. jika hati ikhlas. Wallahua'lam, tanpa perlu bergaduh sesama muslim, tanpa berdebat yang tidak berkesudahan ke atas perkara khilaf, tanpa melabel-labelkan orang, tanpa mengharapkan “like” di Facebook, tanpa isu-isu remeh merendahkan puak lain atas puak lain, tanpa isu ketaksuban kepada guru... Lihat pencapaian beliau: “The Highlights of His Accomplishments from His Time in Africa Are: 9,500 orphans supported 95,000 students financed 5,700 mosques 200 training centers for women 860 schools 4 universities 102 Islamic centers 9,500 wells 51 million Qur’ans distributed 7 million people reverted to Islam at his hands, Iicluding priests and bishops.”
Kita mungkin tidak mampu melakukan apa yang Dr. Abdul Rahman Al-Sumait telah lakukan tetapi itu bukan alasan kita tidak berusaha melakukannya. Masa yang kita gunakan untuk label-melabel dan bergaduh sesama Muslim pasti akan mendatangkan manfaat lebih besar jikalau kita mencontohi beliau. Semoga Allah SWT kurniakan Jannatul Firdaus kepadanya...
[Click to read more: http://productivemuslim.com/dr-abdul-rahman-al-sumait-a-legendary-productive-muslim/#ixzz2leyrAdqh http://www.youtube.com/watch?v=TbPbbOGGknE ]
Saling beringat
serenemaklong.blogspot.com
BERANI BIAR KENA TEMPAT:
Dalam perjuangan bukan hanya BERANI yang menjadi bekal, malah CERDIK dan bijaksana juga sebahagian daripada senjata. Berani membuta tuli, jangan disangka hero kerana di sisi Islam dia itu mungkin seorang yang dungu dan membinasakan perjuangan dengan keberaniannya.
TIP MENOLAK PERMUSUHAN:
Maafkan tanpa mengira pihak siapa yang benar dan siapa yang salah.
Jika tidak mampu memaafkan, segera berlalu pergi dan diam, tanpa membalas. Kenangkan detik-detik manis atau kebaikan yang pernah dilalui bersama dengan ‘musuh’ itu. Muhasabah hubungan kita dengan Allah. Mungkin Allah mendidik kita melalui kerenah ‘musuh’ itu. Sedarlah, kita hanya hamba, penuh kekurangan dan kesalahan. Kita layak disakiti, disalahtafsirkan dan sebagainya.
Tuesday, December 24, 2013
Bila Kena Kritik
serenemaklong.blogspot.com
Kritikan orang lain boleh mengakibatkan usaha kita tidak mencapai kejayaan. Kadangkala kritikan itu datang dari orang-orang yang rapat dengan kita seperti kenalan, atau ahli keluarga sendiri.
Sebenarnya, kritikan dan sindiran orang sekeliling juga adalah akibat zon selesa bagi pihak mereka yang seakan-akan "tidak selesa" kerana kita berusaha untuk lebih berjaya berbanding mereka. Sindiran dan kritikan yang bersifat negatif hanya untuk menarik kita kembali kepada "zon selesa" mereka iaitu tidak berusaha untuk mencapai kejayaan.
Apa yang anda boleh buat? Anda telah cuba berfikiran positif, tetapi sindiran dan kritikan terasa amat hebat sekali! Petuanya adalah, maafkan mereka yang mengkritik dan menyindir. Memaafkan akan membuat anda merasa satu bebanan atau dendam hilang dari diri anda. Maafkan mereka kerana mereka tidak nampak usaha anda adalah untuk memperbaiki diri sendiri pada masa yang akan datang. Selepas memaafkan mereka, teruskan usaha anda untuk mencapai kejayaan. Untuk berjaya bukannya senang!
Perbandingan Agama
serenemaklong.blogspot.com
ISLAM amat menganjurkan umatnya melakukan perbandingan di antara agama supaya lebih jelas antara yang hak dan batil.
Semua orang diajak berfikir dan mengetahui apakah Islam sebenarnya - "Akidah" yang dibawa oleh semua utusan Nabi bahawa Tuhan merupakan Pencipta yang SATU, sifat agungNya tidak sama dengan setiap ciptaan-Nya.
Ketahuilah bahawa Nabi Ibrahim A.S. juga melakukan perbandingan agama kepada penganut musyrik seperti yang difirman dalam al-Quran:
"Maka ketika dia berada pada waktu malam yang gelap, dia melihat sebuah bintang (bersinar-sinar), lalu dia berkata: “Inikah Tuhanku?” Kemudian apabila bintang itu terbenam, dia berkata pula: “Aku tidak suka kepada yang terbenam hilang”.
Kemudian apabila dilihatnya bulan terbit (menyinarkan cahayanya), dia berkata: “Inikah Tuhanku?” Maka setelah bulan itu terbenam, berkatalah dia: “Demi sesungguhnya, jika aku tidak diberikan petunjuk oleh Tuhanku, nescaya menjadilah aku dari kaum yang sesat”.
Kemudian apabila dia melihat matahari sedang terbit (menyinarkan cahayanya), berkatalah dia: “Inikah Tuhanku? Ini lebih besar”. Setelah matahari terbenam, dia berkata pula: ` Wahai kaumku, sesungguhnya aku berlepas diri (bersih) dari apa yang kamu sekutukan (Allah dengannya)." (Surah Al-An’am 6: 76-78)
Maka boleh dilihat daripada dua ayat al-Quran di atas bahawa Nabi Ibrahim sedang cuba menjelaskan Agama Tauhid dengan bintang, bulan dan matahari yang disembah oleh musyrik. Ia bukan bersudahan begitu sahaja, sebaliknya Nabi Ibrahim A.S menjelaskan bahawa Tuhan sekali-kali tidak sama dengan ciptaan-Nya. Seperti yang difirman oleh ayat al-Quran seterusnya:
“Sesungguhnya aku hadapkan muka dan diriku kepada Allah yang menciptakan langit dan bumi, sedang aku tetap di atas dasar tauhid dan bukanlah aku dari orang-orang yang menyekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain)”.(Surah Al-An’am 6: 79)
Mungkin ramai orang masih keliru mengenai cara melakukan perbandingan agama kerana khuatir akan terpesong akidah, maka ketahuilah Nabi Ibrahim A.S. tidak terpengaruh dengan penyembah bintang, bulan dan matahari sebaliknya berusaha untuk menyampaikan mesej bahawa Allah S.W.T. itu SATU dan TIDAK SAMA dengan semua ciptaan-Nya.
[Malaysia Reverted Muslim (Formerly Malaysia Chinese Muslim)]
Monday, December 23, 2013
8C - Sebab Suami Benci Isteri
serenemaklong.blogspot.com
8C ini lambang keperibadian muslimah yang lemah akhlaknya. Berpelajaran tinggi belum tentu tinggi akhlaknya. Tetapi kita insan yang mudah lupa, alpa dan lalai, ada masa-masa tertentu, mungkin juga kerana sifat suami dan anak-anak; keadaan sekeliling yang membuat kita mempunyai salah satu ciri-ciri 8C itu.
C1. CABAR
Lelaki mempunyai ego mereka tersendiri. Mereka tidak suka dicabar terutama sekali oleh wanita. Wanita perlu tahu batas tindakan mereka agar lelaki tidak rasa tercabar. Isteri kalau bergaduh dengan suami mulalah kata “Kalau awak berani cubalah cari perempuan lain!” Dr Fadillah kata JANGAN CABAR SUAMI… nanti kalau suami buat betul-betul, isteri juga yang putih mata...
C2. CABUL
Cabul ini bermaksud keji dari segi perangai sehingga seseorang wanita itu langsung tidak malu. Misalnya bergaul bebas dengan lelaki yang bukan mahram tanpa menghirau batas pergaulan. Juga perbuatan dan tutur kata isteri yang tidak sopan kepada mertua...
C3. CELUPAR
Wanita cantik akan kelihatan hodoh jika mulutnya celupar. Celupar lebih kurang cabul juga. Isteri selalu cakap yang tidak manis, selalu terlepas cakap kepada suami sehingga membuat suami jauh hati...
C4. COMOT
Terdapat wanita cantik tetapi comot ketika di rumah. Comot ini sama ada melibatkan wajah, penampilan, kerja atau tindak-tanduknya yang selekeh. Bila hendak keluar rumah barulah dia bersolek sakan. Suami pula di tempat kerja sentiasa nampak yang comel-comel saja. Ada isteri yang kata bermekap untuk suami, tetapi di rumah tidak diamalkan pun...
C5. CEMBURU
Cemburu perlu dalam sesuatu hubungan. Tetapi wanita yang terlampau cemburu hingga pasangannya merasa terkongkong akan membawa padah kepada perhubungan mereka. Ini membuatkan lelaki rasa diri mereka tidak dipercayai. Suami lemas kalau isteri cemburu berlebih-lebihan,asyik telefon suami di tempat kerja. Suami baru saja balik kerja sudah tanya macam-macam. Suami balik lewat overtime sudah syak yang bukan-bukan...
C6. CEREWET
Kata ulama, hati wanita terletak pada mulutnya. Oleh itu wanita perlu mengawal percakapan. Suami tidak suka bila isteri cerewet tidak bertempat. Contohnya kalau suami bawa makan luar, isteri mahu tempat yang kelas saja. Restoran mesti berhawa dingin...
C7. CINCAI
Buat kerja rumah, memasak, menjaga anak semua cincai belaka. Dr Fadillah kata, suami paling benci bila isteri cincai jaga anak. Anak jatuh longkang tetapi emak masih lepak depan TV...
C8. CUAI
Lelaki tidak suka jika pasangannya cuai terutama apabila melibatkan masa. Suami menetapkan keluar jam 3.00 tetapi isteri masih sibuk bersiap, bersolek, mengemas. Mereka benci situasi begini.
[JEJAK KASIH]
Jom Beringat-ingat
serenemaklong.blogspot.com
Penyangak ada di mana-mana. Sudah tidak kenal halal haram. Yang jadi berhala sembahan mereka sekarang ialah RINGGIT. Kebas apa sahaja yang boleh dijadikan duit.
Bukan mudah untuk memiliki kenderaan sendiri. Senang-senang saja mereka sapu semua. Kawan-kawan, elakkan kejadian seperti ini dengan menggunakan LOCKNUT seperti yang disarankan oleh Oh! Media. Harganya lebih rendah daripada harga SPORTS RIM dan 4 biji tayar.
Seperkara lagi, jangan tinggalkan barangan berharga dalam kereta. Jangan letak kain/bantal banyak-banyak nanti orang syak di bawah bantal itu ada barang berharga, padahal tiada apapun. Marilah kita saling beringat.
[ Foto: Oh! Media ]
Sunday, December 22, 2013
Silaturahim
serenemaklong.blogspot.com
Manusia merupakan makhluk yang tidak boleh untuk hidup bersendirian. Manusia merasa bahagia bila dapat bertindak dan melakukan aktiviti secara berjemaah, berbincang, bertukar fikiran, bekerja, bersukan, solat dan sebagainya.
Menjalinkan silaturahim bererti menghubungkan kasih sayang dan persaudaraan dengan orang baru ataupun mengeratkan persahabatan dengan kenalan sedia ada sehingga rahmat Allah wujud dalam ikatan persahabatan itu.
Apabila kita bertemu atau berpisah dengan seseorang Islam, hendaklah kita terlebih dahulu memberikan salam. Memberi dan menjawab salam merupakan doa dan harapan bagi keselamatan serta kesejahteraan antara satu dengan lain. Dengan doa mendoakan ini akan terjalinlah kemesraan dan kasih sayang dalam menjalin silaturahim.
Dalam memupuk silaturahim perkara-perkara berikut mesti diberi perhatian berikut:
IKHLAS
Wajib bagi sesiapa sahaja untuk mengikhlaskan niat kerana Allah dalam menyambung tali silaturahim. Jangan bersilaturahim kerana tujuan niat riyak dan sum’ah atau untuk menunjuk-nunjuk di hadapan manusia.
MENGHARAP PAHALA
Hendaklah bersilaturahim kerana ingin mendapat pahala sebagaimana yang telah Allah janjikan tanpa menunggu balasan yang setimpal daripada manusia.
MULAI DENGAN YANG TERDEKAT
Semakin dekat hubungan tali persaudaraan, maka semakin wajib kita menyambungnya. Rasulullah pernah ditanya soalan: “Siapakah orang yang paling berhak digauli dengan baik?” Nabi mengatakan: “Ibumu, ibumu, ibumu, kemudian ayahmu, kemudian yang paling dekat denganmu, yang paling dekat denganmu.” (Hadis Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
DAHULUKAN ORANG YANG PALING BERTAQWA
Semakin bertaqwa seseorang kepada Allah S.W.T., maka semakin besar pula haknya, juga semakin bertambah pahala bersilaturahim dengannya. Walau bagaimanapun bersilaturahim itu juga dianjurkan dengan orang kafir, khususnya apabila memujuknya kepada Islam.
MENCARI-CARI KERABAT YANG JAUH
Nabi .s.a.w bersabda, mafhumnya: ”Kajilah nasab-nasab kalian yang dengan itu kalian dapat menyambung tali silaturahim. Sebab, menyambung silaturahim dapat mendatangkan kasih sayang dalam keluarga, mendatangkan harta dan memanjangkan umur.” (Hadis Riwayat al-Tirmizi)
Baginda juga bersabda, “Barang siapa yang senang dipanjangkan umurnya, diluaskan rezekinya, dan dijauhkan daripada kematian yang buruk, maka hendaklah bertaqwa kepada Allah dan menyambung silaturahim .” (Hadis Riwayat Imam Bazzar & al-Hakim).
TERUS MENYAMBUNG SILATURAHIM DENGAN ORANG YANG MEMUTUSNYA
Firman Allah yang bermaksud: ”Tolaklah kejahatan itu dengan cara yang lebih baik, maka tiba-tiba akan ada orang yang antara kamu dan antara dia ada permusuhan, seolah-olah telah menjadi teman yang sangat setia. (Surah Fussilat 41:34)
SEDEKAAH
Rasulullah s.a.w. bersabda, mafhumnya: Sedekah kepada orang miskin mendapat satu pahala sedekah, sedangkan sedekah kepada saudara ada dua pahala, iaitu pahala bersedekah dan bersilaturahim.“ (Hadis Riwayat al-Nasa’i)
NASIHAT
Memberikan nasihat dan amar makruf nahi mungkar kepada keluarga merupakan cara bersilaturahim yang paling baik. Allah berfirman yang bermaksud: “Dan berilah peringatan kepada kerabat-kerabatmu yang terdekat.“ (Surah al-Syu’araa 26:214).
KOMUNIKASI BERTERUSAN
Seseorang hendaklah melazimkan kunjungan ke rumah saudara dan rakan-rakan. Jika tidak mampu, hendaklah gunakan Internet melalui pelbagai kaedah yang ada pada masa kini. Perhubungan bukan sahaja melalui tulisan dan suara malahan video. Kewujudan pelbagai bentuk media sosial yang sangat interaktif dan inovatif dapat memudahkan perhubungan sesama manusia hampir ke seluruh pelosok dunia. Komunikasi tersebut dapat mempererat hubungan dan menumbuhkan kasih sayang kerana saling mengingati.
KESIMPULAN
Walaupun orang dunia sekarang menganggap silaturahim sebagai NETWORKING, manfaatnya melampaui jauh hingga ke akhirat. Ukhuwah yang dipupuk atas rasa cinta kerana Allah S.W.T. dan kasih kepada Rasulullah s.a.w. akan memberi kekuatan kepada jiwa setiap manusia. Bila umat kuat, musuh nampak umat itu hebat.
Solat Di Kala Banjir
serenemaklong.blogspot.com
SOALAN & JAWAPAN BERKAITAN SOLAT JAMA’ MUSIM BANJIR
Oleh : Ustaz Dr. Zaharuddin Abd Rahman
*** SOALAN: Asalamualaikum ustaz. Kalau badan perempuan itu kotor kena lumpur banjir, dan tempat solat pun kotor, adakah itu dikira darurat? Bolehkah buat jamak? Satu lagi perkara, kalau baju kotor kena lumpur. Kemudian dapat pula tempat solat, masalahnya bila hendak ambil wuduk terpaksadibuat di depan lelaki. Pohon ustaz tolong jelaskan..syukran jazakallah *_
*** JAWAPAN Wa’alaikumussalam, Ulama mengharuskan jamak solat Zuhur dan Asar, Maghrib dan Isyak disebabkan oleh keuzuran dan kesukaran tertentu yang munasabah. Ulama mazhab Maliki mengharuskan jamak bagi mereka yang tidak bermusafir disebabkan hujan, tanah terlalu berlumpur untuk ke masjid (termasuk banjir) dan juga disebabkan sakit. (Al-Muqaddimat wa Mumahhidat, 1/185)...
ULAMA MAZHAB SYAFIE mengharuskan jamak solat disebabkan hujan yang boleh membasahkan semua pakaian, dan sebahagian ulama Syafie turut mengharuskan atas sebab sakit, tanah dan ketakutan atas keselamatan ( biasanya merujuk kepada perjalanan ke masjid atau pertahanan diri seperti tentera dan lainnya). (Al-Umm, Al-Syafi’e, 1/76 ; Kifayatul Akhyar, 1/337)...
ULAMA MAZHAB HANBALI turut mengharuskan disebabkan salji, kesejukan angin kencang dan, wanita yang istihadah dan sepertinya. Mazhab Hanbali adalah yang paling luas keharusan untuk jamak ini. Mereka berdalil kepada hadis riwayat Muslim yang sohih dari Ibn Abbas:
عن ابن عباس أن رسول الله جمع بين الظهر والعصر، والمغرب والعشاء بالمدينة في غير خوف ولا مطر. قيل لابن عباس : ما أراد إلى ذلك ؟ قال : أراد أن لا يحرج أمته
Ertinya: Rasululllah telah menjamakkan solat Zohor dan Asar, Maghrib dan Isyak di Madinah tanpa jelas ketika itu wujud sebarang suasana ketakutan atau hujan. Ditanya kepda Ibn Abbas apakah tujuan baginda ? Maka dijawab : Baginda mahu agar tidak menyukarkan umatnya.
Kesatuan ulama Fiqh sedunia telah membincangkan hadis ini dan meletakkan syarat kesukaran, keuzuran, sakit dan yang sepertinya bagi sesiapa yang ingin beramal dengan jamak solat sebagaimana dalam hadis tadi. Tanpa sebarang keuzuran dan suasana yang munasabah, jamak TIDAK DIBENARKAN.
KESIMPULAN:
Sheikh Dr Yusuf al-Qaradawi ( Fatawa Mu’asiroh) mengharuskan jamak dalam keadaan uzur dan kesukaran, ini terpakai dalam suasana banjir dan keadaan sukar di tempat pemindahan banjir dan rumah masing-masing, BUKAN SAHAJA DI MASJID, ( rujuk al-Umm, 1/76) khususnya dalam keadaan banjir belum surut, hujan pula masih turun, pakaian dan peralatan serba kurang. Air bersih terlalu terhad. Hukumnya adalah HARUS dan DIBOLEHKAN untuk menjamakkan solat Zohor dan Asar, serta Maghrib dan Isyak, ia meringankan kerana dengan sekali wudhu’ dua solat fardhu dapat diselesaikan, pastinya sukar untuk menjaga wudhu dan sukar untuk berwudhu berulang kali dalam keadaan kekurangan air bersih yang meyakinkan.
Tetapi jika batal di antara dua solat jamak itu, wudhu tetap WAJIB diambil. Jika terlalu terdesak dan tiada air mineral atau bersih paip, menggunakan air banjir juga masih dibenarkan namun wajar dielakkan setakat mampu. Cuma para ulama bersepakat jika solat jamak tanpa keuzuran sebenar dan menyalahgunakan keringanan ini, solat adalah batal dan tidak sah.
Jika penempatan banjir atau rumah mangsa banjir dinaiki air dan tiada tempat yang kering sepenuhnya, maka DIHARUSKAN solat sambil duduk atas kerusi, dengan rukuk dan sujud sekadar membengkok badan ke bawah. Sujud mestilah lebih ke bawah berbanding rukuk, namun tiada menyentuh air banjir
Manakala soalan berkaitan bercampur lelaki wanita di tempat wudhu’, wudhu masih mesti diambil. Bagi membolehkan ia diambil oleh wanita adalah dicadangkan beberapa perkara iaitu :
1) Cakap baik-baik pada kaum lelaki agar pergi mengosongkan tempat terbabit sebelum berwudhu’.
2) Minta ketua atau pegawai beri kerjasama untuk wanita berwudhu’.
3) Meminta saudara mara ambil kain cadar atau yang sesuai bagi dibuat penghadang semasa ahli keluarga wanita masing-masing ingin mengambil wudhu.
Jaga Solat
serenemaklong.blogspot.com
HANYA 15 minit lagi sebelum masuk waktu Solat Isyak. Dia segera mengambil wudhu dan melaksanakan Solat Maghrib. Lambat, tetapi pada anggapannya asalkan dia bersolat. Dia mula membaca doa dan mula bersujud dan kekal seperti itu buat sementara waktu. Dia telah bekerja sepanjang hari dan dia berasa sangat letih.
Dia tiba-tiba terbangun kerana terdengar bunyi bising dan jeritan manusia. Dia memandang sekeliling. Dia berpeluh semahu-mahunya. Dia memandang sekeliling sekali lagi kerana tidak percaya. Keadaan sangat sesak. Setiap tempat telah dipenuhi orang ramai. Beberapa ketika dia berdiri kaku melihat sekeliling, ada yang berjalan mundar-mandir dan ada yang berlutut dengan tangan mereka menutup wajah mereka hanya menunggu seperti dalam ketakutan. Dia takut dan berasa bimbang kerana akhirnya dia sedar di mana dia berada. Jantungnya hampir pecah kerana debaran yang sangat kuat.
INILAH HARI KIAMAT! Ketika masih hidup, dia telah mendengar banyak perkara mengenai hari kiamat, tetapi pada anggapannya lama lagi kiamat itu akan berlaku.Mungkinkah ini hanyalah permainan dan imaginasinya sendiri? Tidak! Melihat keadaan sekeliling ia kelihatan sangat benar! Soal siasat itu sedang berlaku! Dia mula bergerak menyusup di antara orang ramai untuk bertanya jika namanya telah dipanggil. Tiada siapa yang boleh menjawab. Tiada siapa yang mengendahkanya. Semuanya sibuk dengan urusan sendiri.
Tiba-tiba nama dia dipanggil dan orang ramai berpecah kepada dua barisan dan membuat satu laluan untuknya.Dua malaikat memegang tangannya dan membawanya ke hadapan. Dia berjalan dengan lemah dan pasrah melalui orang ramai.Para malaikat membawanya ke tengah kawasan dan meninggalkan dia di sana. Kepalanya tunduk dan seluruh hidupnya sedang ditayangkan di hadapan matanya seperti sebuah filem. Dia membuka matanya tetapi apa yang mampu dilakukan hanyalah melihat dunianya yang dipamerkan. Orang ramai semua tidak menghiraukannya.
Di dalam filem hidupnya, dia melihat beberapa babak seperti melihat bapanya berjalan dari satu rumah kebajikan me rumah yang lain, membelanjakan hartanya di jalan Islam.Ibunya mengikut dan membantu orang ramai di rumah kebajikan tersebut dan satu meja sedang disusunkan makanan manakala yang lain sedang dibersihkan.
Dia mengaku kesnya. "Saya juga sentiasa di atas jalan ini. Saya membantu orang lain. Saya menyebarkan perkataan Allah. Saya melakukannya. Saya berpuasa pada bulan Ramadan. Apa yang Allah perintahkan, saya lakukan. Apa sahaja yang Allah larang, saya tidak lakukan."
Dia mula menangis dan berfikir tentang betapa dia mengasihi Allah. Dia tahu bahawa apa yang dia telah dilakukan dalam kehidupannya akan menjadi kurang bermakna daripada apa yang Allah redha dan perlindungan Allah sahaja yang dia mohon kini. Dia berpeluh seperti tidak pernah berpeluh sebelum ini dan bergegar seluruh tubuhnya ketakutan. Matanya tetap pada skala timbangan, menunggu keputusan muktamad.Akhirnya, keputusan itu dibuat. Kedua-dua malaikat itu dengan helaian kertas di tangan mereka, berpaling kepada orang ramai. Kakinya berasa sangat lemah. Dia memejamkan matanya kerana mereka mula membaca nama-nama orang-orang yang dihukum memasuki neraka.Namanya disebut sebagai orang yang pertama.
Dia jatuh melutut dan dia menjerit menyatakan itu salah. "Bagaimana saya boleh pergi ke neraka? Saya berkhidmat membantu orang lain sepanjang hidup saya, saya menyebarkan perkataan Allah kepada orang lain".
Matanya menjadi kabur dan tapak tangannya berpeluh. Kedua-dua malaikat menghampirinya dan memegang tangannya. Kakinya diseret, mereka pergi melalui orang ramai dan menuju ke arah api yang menjulang-julang daripada neraka Jahannam. Dia menjerit dan tertanya-tanya jika ada mana-mana orang yang akan membantunya. Dia menjerit semua kebaikan yang telah dia lakukan, bagaimana dia telah membantu bapanya, puasanya, solatnya, al-Quran yang dibacanya, dia bertanya jika seorang pun daripada mereka akan membantunya. Para malaikat Jahannam terus mengheret dia. Mereka telah semakin hampir dengan neraka.Dia menoleh ke belakang dan ini rayuan terakhir.
Dia teringat Rasulullah s.a.w. pernah berkata, "Bagaimana bersih seseorang yang mandi di sungai lima kali sehari dari kotoran, begitu juga bersihnya orang yang melaksanakan solat lima kali seharian daripada dosa-dosa mereka". Dia mula menjerit,"Solat saya? Solat saya? Doa saya?" Kedua-dua malaikat tidak berhenti, dan mereka tiba di tepi jurang neraka. Api neraka yang membahang telah membakar mukanya. Dia menoleh ke belakang sekali lagi, tetapi matanya telah kering dari sebarang harapan dan dia tidak mempunyai apa yang tinggal di dalam dirinya. Salah satu malaikat menolak dia masuk ke neraka Jahannam. Dia mendapati dirinya terawang di udara dan sedang jatuh ke arah api.Dia hanya jatuh lima atau enam kaki apabila tiba-tiba tangannya diraih oleh satu lengan dan ditarik kembali ke atas.
Dia mengangkat kepalanya dan melihat seorang lelaki tua dengan janggut putih yang panjang. Dia menyapu debu di tubuhnya sendiri dan bertanya kepadanya, "Kamu siapa?" Orang tua itu menjawab,"Saya solat kamu."
"Mengapa kamu begitu lewat! Saya hampir terjatuh ke dalam neraka! Kamu menyelamatkan saya pada saat-saat terakhir sebelum saya jatuh".
Orang tua itu tersenyum dan menggeleng-gelengkan kepalanya,"Kamu sentiasa laksanakan saya pada saat-saat akhir, kamu lupakah?"
Pada ketika itu, dia terjaga dan mengangkat kepalanya dari sujud. Dia berada di dalam kebasahan akibat peluh. Dia mendengar suara-suara yang datang dari luar. Dia mendengar azan untuk menandakan masuknya waktu Solat Isyak.Dia bangun dengan cepat dan pergi untuk mengambil wuduk. Dia berjanji tidak akan melengahkan solat lagi. Dia sedar kesalahannya kini.
KONGSI KISAH INI DENGAN RAKAN DAN KELUARGA ANDA. Mungkin, anda boleh membantu membuka mata mereka. Dan siapa tahu? Mungkin ini adalah satu perbuatan yang baik yang boleh membantu kita pada hari penghakiman.
HANYA 15 minit lagi sebelum masuk waktu Solat Isyak. Dia segera mengambil wudhu dan melaksanakan Solat Maghrib. Lambat, tetapi pada anggapannya asalkan dia bersolat. Dia mula membaca doa dan mula bersujud dan kekal seperti itu buat sementara waktu. Dia telah bekerja sepanjang hari dan dia berasa sangat letih.
Dia tiba-tiba terbangun kerana terdengar bunyi bising dan jeritan manusia. Dia memandang sekeliling. Dia berpeluh semahu-mahunya. Dia memandang sekeliling sekali lagi kerana tidak percaya. Keadaan sangat sesak. Setiap tempat telah dipenuhi orang ramai. Beberapa ketika dia berdiri kaku melihat sekeliling, ada yang berjalan mundar-mandir dan ada yang berlutut dengan tangan mereka menutup wajah mereka hanya menunggu seperti dalam ketakutan. Dia takut dan berasa bimbang kerana akhirnya dia sedar di mana dia berada. Jantungnya hampir pecah kerana debaran yang sangat kuat.
INILAH HARI KIAMAT! Ketika masih hidup, dia telah mendengar banyak perkara mengenai hari kiamat, tetapi pada anggapannya lama lagi kiamat itu akan berlaku.Mungkinkah ini hanyalah permainan dan imaginasinya sendiri? Tidak! Melihat keadaan sekeliling ia kelihatan sangat benar! Soal siasat itu sedang berlaku! Dia mula bergerak menyusup di antara orang ramai untuk bertanya jika namanya telah dipanggil. Tiada siapa yang boleh menjawab. Tiada siapa yang mengendahkanya. Semuanya sibuk dengan urusan sendiri.
Tiba-tiba nama dia dipanggil dan orang ramai berpecah kepada dua barisan dan membuat satu laluan untuknya.Dua malaikat memegang tangannya dan membawanya ke hadapan. Dia berjalan dengan lemah dan pasrah melalui orang ramai.Para malaikat membawanya ke tengah kawasan dan meninggalkan dia di sana. Kepalanya tunduk dan seluruh hidupnya sedang ditayangkan di hadapan matanya seperti sebuah filem. Dia membuka matanya tetapi apa yang mampu dilakukan hanyalah melihat dunianya yang dipamerkan. Orang ramai semua tidak menghiraukannya.
Di dalam filem hidupnya, dia melihat beberapa babak seperti melihat bapanya berjalan dari satu rumah kebajikan me rumah yang lain, membelanjakan hartanya di jalan Islam.Ibunya mengikut dan membantu orang ramai di rumah kebajikan tersebut dan satu meja sedang disusunkan makanan manakala yang lain sedang dibersihkan.
Dia mengaku kesnya. "Saya juga sentiasa di atas jalan ini. Saya membantu orang lain. Saya menyebarkan perkataan Allah. Saya melakukannya. Saya berpuasa pada bulan Ramadan. Apa yang Allah perintahkan, saya lakukan. Apa sahaja yang Allah larang, saya tidak lakukan."
Dia mula menangis dan berfikir tentang betapa dia mengasihi Allah. Dia tahu bahawa apa yang dia telah dilakukan dalam kehidupannya akan menjadi kurang bermakna daripada apa yang Allah redha dan perlindungan Allah sahaja yang dia mohon kini. Dia berpeluh seperti tidak pernah berpeluh sebelum ini dan bergegar seluruh tubuhnya ketakutan. Matanya tetap pada skala timbangan, menunggu keputusan muktamad.Akhirnya, keputusan itu dibuat. Kedua-dua malaikat itu dengan helaian kertas di tangan mereka, berpaling kepada orang ramai. Kakinya berasa sangat lemah. Dia memejamkan matanya kerana mereka mula membaca nama-nama orang-orang yang dihukum memasuki neraka.Namanya disebut sebagai orang yang pertama.
Dia jatuh melutut dan dia menjerit menyatakan itu salah. "Bagaimana saya boleh pergi ke neraka? Saya berkhidmat membantu orang lain sepanjang hidup saya, saya menyebarkan perkataan Allah kepada orang lain".
Matanya menjadi kabur dan tapak tangannya berpeluh. Kedua-dua malaikat menghampirinya dan memegang tangannya. Kakinya diseret, mereka pergi melalui orang ramai dan menuju ke arah api yang menjulang-julang daripada neraka Jahannam. Dia menjerit dan tertanya-tanya jika ada mana-mana orang yang akan membantunya. Dia menjerit semua kebaikan yang telah dia lakukan, bagaimana dia telah membantu bapanya, puasanya, solatnya, al-Quran yang dibacanya, dia bertanya jika seorang pun daripada mereka akan membantunya. Para malaikat Jahannam terus mengheret dia. Mereka telah semakin hampir dengan neraka.Dia menoleh ke belakang dan ini rayuan terakhir.
Dia teringat Rasulullah s.a.w. pernah berkata, "Bagaimana bersih seseorang yang mandi di sungai lima kali sehari dari kotoran, begitu juga bersihnya orang yang melaksanakan solat lima kali seharian daripada dosa-dosa mereka". Dia mula menjerit,"Solat saya? Solat saya? Doa saya?" Kedua-dua malaikat tidak berhenti, dan mereka tiba di tepi jurang neraka. Api neraka yang membahang telah membakar mukanya. Dia menoleh ke belakang sekali lagi, tetapi matanya telah kering dari sebarang harapan dan dia tidak mempunyai apa yang tinggal di dalam dirinya. Salah satu malaikat menolak dia masuk ke neraka Jahannam. Dia mendapati dirinya terawang di udara dan sedang jatuh ke arah api.Dia hanya jatuh lima atau enam kaki apabila tiba-tiba tangannya diraih oleh satu lengan dan ditarik kembali ke atas.
Dia mengangkat kepalanya dan melihat seorang lelaki tua dengan janggut putih yang panjang. Dia menyapu debu di tubuhnya sendiri dan bertanya kepadanya, "Kamu siapa?" Orang tua itu menjawab,"Saya solat kamu."
"Mengapa kamu begitu lewat! Saya hampir terjatuh ke dalam neraka! Kamu menyelamatkan saya pada saat-saat terakhir sebelum saya jatuh".
Orang tua itu tersenyum dan menggeleng-gelengkan kepalanya,"Kamu sentiasa laksanakan saya pada saat-saat akhir, kamu lupakah?"
Pada ketika itu, dia terjaga dan mengangkat kepalanya dari sujud. Dia berada di dalam kebasahan akibat peluh. Dia mendengar suara-suara yang datang dari luar. Dia mendengar azan untuk menandakan masuknya waktu Solat Isyak.Dia bangun dengan cepat dan pergi untuk mengambil wuduk. Dia berjanji tidak akan melengahkan solat lagi. Dia sedar kesalahannya kini.
KONGSI KISAH INI DENGAN RAKAN DAN KELUARGA ANDA. Mungkin, anda boleh membantu membuka mata mereka. Dan siapa tahu? Mungkin ini adalah satu perbuatan yang baik yang boleh membantu kita pada hari penghakiman.
Saturday, December 21, 2013
Tunduk Bukan Bermakna Sembah
serenemaklong.blogspot.com
Suatu ketika dahulu, seorang syiah telah datang bertanya kepada Habib Umar, " Mengapa kamu izinkan pelajarmu menundukkan badan dan mencium tanganmu. Kamu telah melakukan perkara syirik kepada Allah. Sepatutnya kita sembah Allah bukan makhluk. Ini kamu mengajar pelajarmu perkara syirik."
Habib Umar mendengar dan membalas dengan senyuman kepada lelaki itu. Selepas itu Habib Umar mengambil pen yang berada di poket lelaki tersebut dan jatuhkan ke lantai. Lelaki itu pun terus mahu tunduk mengambil pen tersebut. Tetapi Habib Umar menahan. Habib Umar berkata "kamu mahu buat apa? Jangan tunduk ke bawah"
Kata lelaki itu " bukan, aku mahu mengambil pen aku".
Kata Habib Umar, " Tidak boleh tunduk ke bawah menyembah pen, kita sembah Allah".
Kata lelaki itu, " Tidak , aku bukan sembah pen.Aku qosod (niat) nak ambil pen, bukan menyembah".
Habib Umar tersenyum. Dan lantas berkata, "Begitu jugalah pelajar aku. Mereka salam menundukkan badan bukan kerana menyembah aku tetapi mereka mahu menghormati aku sebagai guru meskipun aku tidak meminta begitu".
SubhanAllah.. jawapan yang hebat.. tidak perlu berdebat, bertelagah.. Berhikmah itu ialah jawapan seorang alim...
Allah Berpaling Daripada Hamba-Nya
serenemaklong.blogspot.com
(Gambar Hiasan - Pasar Loken Ipoh)
"Tanda berpalingnya Allah dari seorang hamba adalah Allah menjadikan kesibukannya pada hal-hal yang tidak bermanfaat baginya" - Hassan Al Basri.
Kunci Kebahagiaan
serenemaklong.blogspot.com
KETIKA Aku ingin Hidup KAYA....aku lupa, bahawa HIDUP adalah sebuah KEKAYAAN
KETIKA Aku takut MEMBERI....Aku lupa,bahawa semua yang Aku miliki adalah PEMBERIAN
KETIKA Aku ingin jadi yang TERKUAT ....Aku Lupa,bahawa dalam KELEMAHAN Allah memberi Aku KEKUATAN.
KETIKA Aku takut RUGI...Aku lupa bahawa hidupku adalah sebuah KEBERUNTUNGAN kerana boleh terlahir sebagai Manusia dan mengenal TUHAN.
Ternyata hidup ini sangat INDAH...Jika Kita tahu selalu bersyukur dengan apa yang sudah ada.
Adakalanya yang TERINDAH bukanlah yang TERBAIK...
Yang Sempurna tidak selalu menjanjikan KEBAHAGIAAN....
Jika mampu dan mhau menerima semua kekurangan dan kelebihan itulah yang dinamakan "KEBAHAGIAAN ".
Apapun masalah, jangan pernah menyerah.
Apapun rintangan, tetap bertahan. Badai kan berlalu, mentari kan bersinar. Pandang ke atas, berharap pada ALLAH SWT, kerana pasti ada jalan keluar.. YAKINI itu dan yang kamu harus ketahui LIFE IS AN ADVENTURE..nikmatilah petualangannya, kerana itu merupakan rintangan untuk menuju kunci kebahagiaan…[KAYARIA TARIHORAN]
Friday, December 20, 2013
Biadap!!!
serenemaklong.blogspot.com
RIYADH - ARAB SAUDI. Lebih 50 al-Quran ditemui di dalam sistem pembetungan di bandar Taif dalam satu insiden menggemparkan di Arab Saudi.
Menurut jurucakap Suruhanjaya Kebajikan dan Pencegahan Maksiat, kejadian itu dilaporkan oleh seorang pelajar tempatan yang sedang dalam perjalanan pulang ke rumahnya di daerah Al-Salama.
Susulan daripada itu, pihak berkuasa bertindak segera menghubungi bomba untuk membuka saluran sistem pembetungan tersebut sebelum menemui puluhan al-Quran terbabit.
Media tempatan melaporkan gambar penemuan al-Quran yang telah dikoyakkan sebelum dibuang ke dalam sistem saliran itu turut menjadi perbualan hangat di kebanyakan laman sosial dan ia disifatkan sebagai perbuatan biadab individu tidak bertanggungjawab.
Difahamkan, laporan dipetik dari Press TV, insiden sama pernah dilaporkan pernah berlaku pada awal tahun lalu dan ia telah mencetuskan kemarahan banyak pihak kerana kejadian tersebut berlaku di sebuah negara Islam.
[Petikan berita dari Sinar Harian 18 Disember 2013]
..................
DUHAI ALLAH S.W.T., MEREKA TIDAK TAKUT PADA SUARA-MU. MEREKA HINA FIRMAN-MU. SESUNGGUHNYA MEREKA TELAH BERSEDIA UNTUK TERJUN KE DALAM API-MU. MEMANG ITULAH YANG MEREKA MAHU. NANTI MEREKA AKAN DATANG MERAYU-RAYU KEPADA-MU DENGAN SEJUTA PENYESALAN. DI KALA ITU SESALAN MEREKA TIDAK BERGUNA LAGI.
Perginya Sahabat MLL4S
Inilah wajah seorang hamba Allah yang berjuang dengan menggunakan kamera yang dihadiahkan oleh Malaysia Life Line For Syria pada 16 Oktober 2013 untuk menyampaikan kepada penduduk dunia betapa ganasnya rejim diktator Syria. As-Syahid Abu Basyar Masya’il telah pergi menemui Allah S.W.T dalam serangan di bandar Aleppo semalam.
Semoga Al-Marhum sentiasa berada dalam rahmat Allah S.W.T. Innalillahi wainna ilaihi rojiun. Allah lebih menyayangimu. #alfatihah #aleppo.
Belajar Jadi Rakyat Marhaen Walaupun Sehari
serenemaklong.blogspot.com
Antara sifat terpuji dan indah pemimpin adalah mereka dan pembuat dasar cuba merasa cara hidup rakyat marhaen selama beberapa minggu atau paling kurang beberapa hari, keperitan menaiki bas, membayar tol, membeli secara beratur, berurusan sendiri di pejabat kerajaan dan beratur di bank, membayar tol duit sendiri, minyak dibayar duit sendiri dalam keadaan pendapatan yang kecil.
Cuba menteri khaskan satu akaun dengan jumlah RM2,000 dalam akaun itu, dan buat apa yang disebut tadi guna wang itu sahaja sepanjang tempoh tersebut. Sewa rumah pangsa. Apabila itu mampu dilakukan, pemimpin akan lebih bijak dalam membuat keputusan besar bab pentadbiran dan kewangan negara serta mendahulukan rakyat.
Jika itu mampu dilakukan, pemimpin bakal dipuji dan disanjung, jangan bimbang lagi bab undi. Percayalah. Selagi pemimpin hidup ala jutawan, selagi itu situasi rakyat akan dianggap terpisah dan terasing dan sukar difahami. Saya teringat melihat dokumentari King Bhumipol of Thailand yang sangat dikasihi oleh rakyatnya.
(Cetusan Rasa Dr.Zaharuddin Abd Rahman)
Anak Perisai Api Neraka
serenemaklong.blogspot.com
Daripada Aisyah R.ha katanya, “Datang ke rumahku seorang perempuan meminta (makanan). Tidak ada sesuatu di sisiku melainkan sebiji kurma lalu aku beri kepadanya”. Maka dia pun membahagikan sebiji kurma tadi kepada dua orang anaknya dan dia sendiri tidak memakannya. Kemudian dia pun keluar (daripada rumah Aisyah). Setelah Nabi SAW datang kepada kami lalu aku pun memberitahunya (peristiwa tersebut), maka baginda bersabda, “Sesiapa yang diuji dengan anak-anak perempuan ini dengan sesuatu lalu dia melayan (memelihara) mereka dengan baik adalah mereka menjadi penghalang daripada api neraka”. (H.R Bukhari dan Muslim).
HURAIAN:
1. Orang Islam disuruh memenuhi hajat orang yang meminta sekalipun dengan pertolongan yang sedikit.
2.Ibu bapa mestilah mengutamakan keperluan anak-anak seperti makan, minum, pakaian dan sebagainya.
Thursday, December 19, 2013
Rayuan Dari Malaysia Life Line For Syria
serenemaklong.blogspot.com
Gambar-gambar ini kami perolehi dr rakan organisasi kami di Aleppo iaitu Aleppo City Medical Council (ACMC).
Kami dimaklumkan minggu ini merupakan minggu yang sangat sukar bagi mereka kerana serangan yang bertalu-talu dari rejim Bashar Assad. Angka kematian begitu ramai dan bekalan ubat-ubatan semakin berkurang apatah lagi bekalan darah. Ramai mangsa yg terpaksa dirawat beralaskan lantai hospital. Kekurangan doktor menyukarkan lagi usaha menyelamat. Mereka bekerja 24jam tanpa henti dan tanpa dibayar sebarang elaun! Hasbunallah wa ni'mal wakiil. Bantu kami mencukupkan bantuan kepada hospital di Syria sebanyak RM100,000.
Hulurkan bantuan anda ke akaun:
Maybank : GABUNGAN SALAM SYRIA.
No akaun : 562218207666.
Email : malaysia4syria@gmail.com
No telefon : 0341416732 / 0132226057.
* Untuk pengeluaran resit pengecualian cukai, sila emelkan kepada kami : Nama, alamat rumah dan juga no telefon beserta bukti sumbangan.
Kuatkan Agama Dengan 24434, Jemaah Dan Taubah
serenemaklong.blogspot.com
HARI-HARI talian ini wajib dihubungi. Setiap muslim dan mukmin yang ingin menggapai kebahagiaan hakiki seboleh mungkin akan memastikan kelima-lima angka itu didail dengan sempurna.
Jika tertinggal satu nombor sahaja pasti kita akan mendengar pesanan ini: Nombor yang anda dail tidak ada dalam perkhidmatan. The number that you have dialled is not in service!
Di antara kelima-lima angka itu yang paling sukar dihubungi ialah angka 2 yang pertama dan angka 4 yang terakhir.
Bagi angka 2 pertama, ramai berasa sukar hendak meninggalkan keempukan tilam dan kelembutan selimut pada waktu pagi yang gelap lagi dingin. Seruan Assolatu khairunminannaum seakan-akan tidak langsung menembusi cuping telinga.
Sabda Rasulullah saw bermaksud: Berilah khabar gembira bagi orang yang berjalan dalam kegelapan menuju masjid untuk mengerjakan solat subuh dengan cahaya yang terang benderang pada hari kiamat – Riwayat al-Hakim.
Pada 1967, atas perintah Moshe Dayan, tentera Israel menggempur Masjid Al-Aqsa dalam kempen menakluk tanah Palestin. Ketika itu dikatakan ada di kalangan orang Arab yang menjeritkan kata-kata: “Hei, laknat! Kamu akan hapus di tangan orang Islam. Pada masa itu batu-batu besar tempat kamu bersembunyi pun akan bersuara dan menunjukkan di mana kamu berada.”
Tentera Israel hanya tertawa mengejek dan berkata: ”Kami sudah tahu hal itu sejak kecil lagi. Orang-orang Arab tidak mungkin berjaya menghapuskan kami selagi bilangan jemaah solat subuh kamu tidak seramai solat Jumaat!
Pemandangan di Masjid Istiqlal, Indonesia ini mampu menggerunkan hati musuh-musuh Islam kerana jemaah solat Subuh sama ramainya dengan jemaah solat Jumaat. Allah suka bila makhluk yang dijadikan-Nya khalifah menyembah-Nya secara bersatu, berpadu dalam saf-saf yang kukuh.
Angka 4 yang terakhir juga sering tertinggal. Masakan tidak kerana sepanjang malam dihabiskan di kedai Mamak 24 jam, berborak dengan rakan-rakan atau menonton siaran bolasepak. Menjelang masa pulang ke rumah, badan sudah letih dan mata pula melekat bagai kena gam! Bagaimana hendak solak isyak?
Rasulullah saw bersabda, mafhumnya: Sesungguhnya dua solat iaitu isyak dan subuh ialah solat yang berat bagi orang munafik. Apabila mereka mengetahui apa yang ada dalam solat subuh dan isyak, nescaya mereka akan mendatanginya sekalipun dengan merangkak – Riwayat Ahmad dan al-Nasai.
Kejayaan bergantung pada usaha kita sendiri. Jika kita boleh mendisiplinkan diri dalam perkara solat ini, umat Islam mampu menguasai ekonomi dan dunia umumnya.
Pastikan kita dail talian 24434 setiap hari mulai hari ini!
Dalam kehidupan ini, kita disarankan agar sentiasa bertaubat kerana ada ketikanya tanpa disedari kita telah melakukan dosa.Dosa umpama pokok yang tumbuh dalam hati. Semakin lama dosa itu dibiarkan tanpa dicabut keluar, maka semakin kuat cengkaman akar dosa itu dalam jiwa seseorang. Dosa umpama benih pohon kejahatan yang bersemi dalam hati. Mula-mula ia bercambah, mengeluarkan akar, batang, dahan, ranting dan daun-daun.
Imam al-Ghazali menyarankan, pohon kejahatan itu perlu dicabut dengan taubat sebelum akarnya bertambah banyak, berselirat dan terlalu kuat mencengkam. Maksudnya, jika kejahatan dibiarkan, ia akhirnya akan menjadi tabiat yang sukar untuk ditinggalkan. Pada mulanya dosa akan menimbulkan rasa resah. Namun jika terus dilakukan, hati akan terbiasa, kemudian ketagih, akhirnya serasi dan sebati dengan dosa itu.
Daripada titik-titik hitam, akan menjadi tompok yang lebih besar, dan akhirnya hati akan digelapkan seluruhnya oleh dosa-dosa. Oleh sebab itu, semasa masih di tahap titik hitam lagi, hati itu mesti dibersihkan. Jangan tunggu sampai berkarat dan hati itu terkunci mati oleh dosa-dosa. Jika tidak, ketika itu tertutuplah pintu hati untuk menerima kebenaran walau bagaimana indah, hikmah dan lemah lembutnya seruan iman.PERANGI DOSA DENGAN TAUBAH!!!
Mutiara Kata Khalifah
serenemaklong.blogspot.com
SAIDINA ABU BAKAR al-SIDDIQ: Ketika dipilih menjadi khalifah, beliau berkata, "Wahai manusia, sesungguhnya aku telah dilantik menjadi pemimpin kamu, bukanlah aku yang terbaik dalam kalangan kamu. Jika aku betul, tolonglah aku. Jika aku salah, betulkanlah aku. Benar itu adalah amanah, bohong itu adalah khianat.”
“Orang yang lemah dalam kalangan kamu adalah kuat di sisi sehingga aku mengembalikan haknya. Orang yang kuat dalam kalangan kamu, lemah di sisiku sehingga aku mengambil daripadanya hak (menghalang apa yang bukan haknya), insya-Allah. Jangan kamu meninggalkan jihad, kerana tidak ada kaum yang meninggalkan jihad, melainkan Allah timpakan mereka dengan kehinaan.”
“Taatlah aku selagi aku taatkan Allah dan Rasul-Nya. Jika aku derhakakan Allah dan Rasul-Nya, maka tiada ketaatan untukku."
[Ibn Athir, Al-Kamil fi al-Tarikh, 1/361]
UMAR IBNI AL- KHATTAB r.a. memberi ucapan yang Masyur ketika membebaskan Palestin: “Kita adalah suatu kaum yang diberikan kemuliaan (kehebatan) oleh Allah ( hanyalah disebabkan ) Islam maka sesiapa yang mencari kemuliaan selain apa (Islam) yang dengannya Allah telah muliakan kita, nescaya Allah akan menimpakan kehinaan kepada kita.”
“Kalau engkau merasa berkuasa untuk membuat aniaya kepada hamba Allah, ingat pula bahawa Allah lebih berkuasa membalasnya."
Wednesday, December 18, 2013
Susahnya Rakyat Marhaen
serenemaklong.blogspot.com
Dari KLIA Mat Taiko ke Seremban untuk bertemu Ustaz Hashim Ahmad dalam program dakwahnya. Mat Taiko bertolak dari Seremban ke Tampin agak lewat malam. Melalui jalan lama tidak bertol. Seremban - Senawang - Sungai Gadut - Pedas - Chembong - Rembau - Tampin. Kiri kanan hutan. Jam 1.00 pagi. Jalan lama yang gelap tidak berlampu. Sendirian di jalan raya. Bertemankan tasbih sambil berwirid. Memandu secara santai 60km sejam di tengah malam buta.
Sampai di simpang Kendong jam 2.00 pagi. Dari jauh dia nampak sebuah motosikal kapcai di hadapan. ALHAMDULILLAH ... bisik hatinya. .... Ada juga teman malam-malam buta ini.... Lantas dia melajukan kereta memotong motosikal tersebut. .... Dia semakin hampir. Dari belakang dia dapat melihat seorang lelaki menunggang motosikal dengan membawa barangan di hadapannya. Dan kelihatan motosikal tersebut gerakannya tidak stabil. Mengantuk barangkali.
Sewaktu kereta Mat Taiko memotong dan beriringan dengan motosikal tersebut, dia terkejut, seolah-olah penunggang motosikal itu membawa anak kecil di dalam bakul motosikal kapcainya. ... Selepas memotong, Mat Taiko memperlahankan kereta agar motosikal itu memotong bagi membolehkan dia mendapat kepastian kedua. ... Seperti dijangka, motosikal tersebut memotong kereta Mat Taiko dengan perlahan dan Mat Taiko dapat imbasan kedua .... BENAR ... penunggang motosikal itu membawa anak kecil di dalam raga hadapan.
Terfikir pula, buat apa dia menunggang motosial membawa anak yang sedang tidur, yang punggung dan kaki anak di dalam bakul, kepalanya pula terlentuk di lengan ayahnya pada malam-malam buta begini ? ... Lantas Mat Taiko memecut, memotong kembali motosikal tersebut hinggalah dia menghentikan kereta di tepi jalan raya dan menunggu motosial berkenaan. Lantas dia menahan motosikal berkenaan.
MAT TAIKO: Assalamualaikum. Maaf bertanya. Encik hendak ke mana ? Saya lihat ada anak kecil dalam bakul motor. Malam-malam pulak ni ? Kalau perempuan jalan malam2 bawa budak kecil, sendirian, orang kata pontianak. Encik ni lelaki, naik motosikal.
PENUNGGANG: Maafkan saya, Tuan. Saya duduk di XXXXX. Saya nak hantar anak saya ke kampung di YYYYY.
MAT TAIKO: Kalau hantar waktu siang tak boleh ke ? Kesianlah anak kecil. Tempat awak dengan kampung tu jauh. Dari Tampin ni pun ada kat 40 km lagi nak sampai.
PENUNGGANG: Maaf, Tuan. Saya kerja am aje. Isteri saya sakit. Masuk wad hospital Seremban pukul 10 lebih tadi. Anak saya tak ada orang jaga. Saya terpaksa hantar anak balik kampung. Tinggal dengan nenek.
MAT TAIKO: Hantarlah esok pagi. Kesian kat anak tu. Satu lagi, bahaya menunggang motosikal macam ni, sendirian, waktu malam-malam buta.
PENUNGGANG: Saya kerja am saja. Saya dah tak ada cuti sebab dah habis jaga isteri saya sakit. Kalau saya ambil cuti, kena potong gaji. Sekarang kos hidup tinggi, barang-barang mahal. Nak hantar anak nursery pun tak mampu. Terpaksa hantar balik kampung (katanya sayu dan seolah-olah nak menangis).
@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@
MORAL CERITA:
1. Inilah antara wajah masyarakat yang jarang-jarang kita temui. Mungkin sebab itu Khalifah Umar Al Khattab ra, Khalifah Umar Abdul Aziz, Sultan Muhammad Al Fateh dan Salahuddin Al Ayyubi berjalan malam untuk melihat wajah sebenar masyarakat.
2. Bersyukurlah jika anda bukan berada di dalam "kasut" si penunggang motorsikal itu. Namun mengucapkan ALHAMDULILLAH belum memadai untuk memperbaiki, menyantuni dan berkhidmat kepada masyarakat. Zahirkanlah ikram muslimin yang dimiliki oleh para sahabat radhiyallahuanhum. Agar kita saling sayang menyayang dan bantu membantu.
[Sumber: Mat Taiko]
Sejarah Lagu "Negaraku"
serenemaklong.blogspot.com
Lagu Kebangsaan bermula pada tahun 1957 dan pemilihan lagu ini dibuat oleh bekas Perdana Menteri, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj Ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah. Irama “Negaraku” dipetik daripada irama lagu negeri Perak. Lagu negeri Perak pula mendapat ilham asal daripada lagu “Terang Bulan” yang merupakan lagu yang amat disukai oleh Sultan Abdullah, Sultan Perak, ketika baginda dalam buangan di Pulau Seychelles.
Idea untuk mencipta Lagu Kebangsaan timbul ketika negara sedang bersiap menyambut hari kemerdekaan. Lagu Kebangsaan perlu diperdengarkan dalam upacara pengisytiharan kemerdekaan yang ditetapkan pada 31 Ogos 1957.Lantaran itu, pada bulan Februari 1957, satu pertandingan mencipta lagu rasmi telah diadakan. Namun empat lagu akhir yang telah disenaraipendek telah ditolak oleh Jawatankuasa Khas Pemilihan Lagu Kebangsaan (JKPLK) yang diketuai sendiri oleh Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj. Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj sebaliknya mengesyorkan lagu Negeri Perak sebagai asas bagi mencipta Lagu Kebangsaan Negara Malaysia. Cadangan itu telah dipersetujui oleh ahli JKPLK yang lain.
Skor lagu “Negaraku” telah disediakan oleh Alfonso Soliano (Pemimpin Orkestra Radio Malaya), D.S.P Croff (Pengarah Muzik, Pancaragam Polis Diraja), Kapten Lenthall (Pengarah Muzik, Pancaragam Askar Melayu, Port Dickson) dan A.T Reed (Ketua Pengarah Radio Malaya). Senikata Lagu Kebangsaan “Negaraku” telah disediakan oleh satu jawatankuasa khas yang diketuai oleh Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj dengan persetujuan Sultan-Sultan Tanah Melayu.
Lagu Kebangsaan “Negaraku” diperdengarkan buat julung kalinya pada 31Ogos 1957, di Padang Kelab Selangor. Pada malam tersebut, bendera Union Jack telah diturunkan dan diganti dengan bendera Persekutuan Tanah Melayu, diiringi dengan Lagu Kebangsaan “Negaraku”. Bermula dari detik inilah, lagu “Negaraku” terus kekal menjadi lagu rasmi negara.
[Sumber: KELAB ANAK JATI PERAK DARUL RIDZUAN]
Tuesday, December 17, 2013
Awas Minyak Kitar Semula!!!
serenemaklong.blogspot.com
PERKARA PENTING YANG PATUT DIBERI PERHATIAN:
Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) mengesan lebih 90 peratus restoran dan premis makanan di Malaysia menggunakan minyak masak dikitar semula di dalam masakan yang boleh menjejaskan kesihatan dan mengundang pelbagai penyakit termasuk kanser.
Aktiviti kutipan minyak terpakai di merata tempat di negara ini memberikan keuntungan kepada pihak ketiga dengan nilai mencecah jutaan ringgit. Mereka (pengusaha) membeli minyak masak terpakai di restoran makanan segera untuk dikitar semula dan kemudiannya dicampur dengan minyak baharu. Sebahagian besar minyak masak dikitar semula itu dijual dalam bentuk paket. Ada kemungkinan besar minyak masak kitar semula yang diproses itu termasuk minyak yang dikumpul daripada dapur RESTORAN TIDAK HALAL sebelum dijual kepada peniaga-peniaga pasar malam dengan harga yang murah. Pihak berkuasa juga tidak membuat tinjauan dan memeriksa peniaga pasar malam yang menggunakan minyak masak kitar semula yang mungkin membeli minyak tersebut dari pihak terbabit.
AWAS!!! Jangan kompromi HALAL HARAM semata-mata kerana harga murah. Selidiki dulu sebelum membeli apa-apa makanan bermasak di pasar malam, warung atau gerai goreng pisang di tepi jalan.
Subscribe to:
Posts (Atom)