Wajah musuh-musuh Islam
SUATU ketika dahulu
umat Islam digeruni dan dihormati kawan mahupun lawan. Prinsip kesatuan dan
perpaduan begitu terserlah sebagaimana diperintahkan dalam al-Quran.
Tetapi kini keadaan
adalah sebaliknya. Persengketaan sesama umat Islam hanya menyerlahkan betapa
teruknya keadaan umat Islam sekarang. Begitu
mudah diperlekeh dan terus diperkotak-katikkan oleh musuh-musuh Islam yang
tidak lagi gentar dan gerun kepada umat yang pernah menguasai dua pertiga dunia
suatu ketika dahulu.
Rasulullah SAW pernah bersabda: “Akan tiba satu masa di mana seluruh umat hampir mengelilingi kamu seperti mereka mengelilingi hidangan makanan.” Seorang sahabat bertanya, “Adakah kerana bilangan kami pada waktu itu sedikit hingga boleh diperlakukan sebegitu rupa?” Baginda menjawab, “Tidak, bahkan bilangan kamu pada hari itu ramai, tetapi kamu seperti buih-buih di lautan. Pada saat itu ALLAH akan mencabut perasaan gerun dari hati-hati musuh kamu dan tersemat di dalam hati-hati kamu penyakit ‘wahan”. Lalu sahabat bertanya lagi, “Apakah yang dimaksudkan dengan ‘wahan’ itu, ya Rasulullah?”. Baginda menjawab, “Wahan ialah sikap cintakan dunia dan takutkan mati”. (Riwayat Abu Dawud dan Ahmad dari Thawban).
Itulah kenyataannya kini. Bilangan umat Islam seluruh dunia sudah melebihi 2 bilion atau satu perlima penduduk dunia iaitu kedua terbesar selepas Kristian. Walau bagaimanapun bilangan yang ramai sahaja tidak memadai jika kualitinya umpama buih yang mudah berkecai bila dilambung ombak dan dihempas ke tepian.

Pelbagai konflik
kemanusiaan semakin berleluasa kerana negara-negara Islam termasuk organisasi
antarabangsa seperti OIC tidak berupaya melindungi mereka. Usahkan mengambil
tindakan ketenteraan, sekadar memutuskan hubungan diplomatik dengan
negara-negara yang menyokong tindakan penindasan ke atas umat Islam pun mereka
tidak bersedia. Semangat perpaduan umat
seagama di kalangan negara-negara Islam sangat nipis.
Puncanya kerana umat
Islam rata-rata sedang menderitai penyakit wahan. Natijah penyakit wahan
ini menggerunkan kerana dunia
menyaksikan kelahiran umat baru berwatak kebinatangan yang begitu tamakkan dunia.
Manusia berwatak binatang politik umumnya hilang kewarasan dan pertimbangan akal budi insani hingga tergamak mempertaruhkan maruah dan agama demi kuasa dan takhta.
Manusia berwatak binatang politik umumnya hilang kewarasan dan pertimbangan akal budi insani hingga tergamak mempertaruhkan maruah dan agama demi kuasa dan takhta.
Manusia berwatak binatang ekonomi pula tamak kekayaan material sehingga sanggup melahap keuntungan tanpa mengira halal-haram, nilai-nilai moral serta etika. Mereka mementingkan diri tanpa memikirkan akibat tindakan terhadap orang lain.
Kedua-dua sifat kebinatangan ini menghancurkan kualiti keinsanan yang selama ini kuat menjadi tunjang dan teras keperibadian umat Islam. Mereka tidak sanggup berjuang dan berkorban membela Islam kerana takut rugi, takut susah, takut jatuh, takut hilang pangkat dan takut macam-macam lagi.
Sikap mementingkan diri dan berlumba-lumba mengejar habuan dunia menyebabkan berleluasanya amalan cantas-mencantas, tikam-menikam, fitnah-memfitnah, cela-mencela dan mengadu-domba sehingga menjatuhkan martabat keinsanan dan maruah umat Islam sendiri. Sikap terlalu cintakan dunia ini jugalah yang akhirnya meruntuhkan perpaduan dan ikatan kesatuan umat Islam.
Begitulah malapetaka besar yang sedang menimpa umat ini lantaran terlalu mengagung-agungkan kekayaan dan kekuasaan tanpa berteraskan ketaqwaan dan keimanan. Akhirnya lahirlah manusia berkualiti buih yang suka berfoya-foya, pengecut, hilang daya juang dan tidak berani menghadapi risiko.
Foto: Rakyat Malaysia bersama Revolusi Islam
No comments:
Post a Comment