JIKA terdengar bunyi semburan minyak wangi atau penulen udara di dalam teksi, sila arahkan pemandu itu memberhentikan teksi itu dengan segera. Jika dia berdalih, cari jalan untuk keluar daripada teksi tersebut.
Suatu perkara buruk
telah menimpa seorang wanita Cina yang menaiki teksi pada jam 12.45 pagi.
Teksi yang dinaikinya dipandu oleh seorang lelaki Melayu. Ketika dia
berada di dalam teksi selama beberapa minit, dia terdengar bunyi semburan
dan wujud bau seperti penulen udara. Dia berasa pelik mengapa pemandu itu
meletakkan dua jenis pembersih udara dalam teksinya.
Bau tersebut segera
mengingatkan dia tentang suatu e-mel yang pernah dibacanya. Dia mula tersedar
keadaan di sekelilingnya bila penulen udar itu disembur setiap selang beberapa
minit. Ini membuatkan dia berasa sangat bimbang dan takut.
Secara beransur-ansur, badannya semakin berasa lemah. Dia mengarahkan pemandu menurunkannya turun di tepi jalan. Namun pemandu mengatakan dia hendak menurunkan wanita itu di destinasi sahaja. Dia seolah-olah sedang cuba melengah-lengahkan masa.
Wanita itu berasa cemas bila kedua-dua tangan dan kakinya hampir tidak boleh bergerak. Apabila bercakap kepada pemandu tersebut, dia tidak mampu bercakap dengan betul. Dia cuba menjerit untuk mendapatkan bantuan,tetapi badannya benar-benar lemah. Bila tiba di lampu isyarat, dia segera membuka pintu, lalu melompat keluar dan berlari meninggalkan teksi tersebut untuk mendapatkan bantuan.
Wanita itu sungguh bernasib baik. Jika tidak, tentu sesuatu yang buruk akan berlaku. Dia menjadi trauma dengan kejadian tersebut.
Pernah suatu ketika dulu seorang penumpang yang pengsan setelah terhidu bau kemenyan dibakar telah dibawa ke tempat sunyi dan dirogol bergilir-gilir oleh pemandu lelaki teksi dan ahli kumpulannya. Sebelum dirogol, dia diberitahu bahawa dia adalah mangsa keenam. Dia bukan sahaja dirogol tetapi juga dirompak!

Apabila sedar, dia segera berjumpa doktor. Yang menyedihkan, walaupun tahu dia telah dirogol namun doktor itu membiarkan dia membuat keputusan sendiri sama ada hendak membuat laporan polis atau tidak.
Dia
sedang trauma, tidak tahu nama perogol dan juga nombor plat teksi. Ini
membuatkan dia tidak berani melaporkannya kepada polis. Sikapnya ini
menyebabkan doktor itu memusnahkan laporan perubatannya! Perogol yang mengambil
beg tangannya itu memiliki Kad Pengenalan dan alamat rumahnya. Mungkin dia akan
datang ke rumah dan cuba merogolnya lagi.
Ingatlah, jangan naik teksi yang berbau tidak menyenangkan. Jika mampu, buat panggilan atau sms kepada rakan atau saudara mara dan beritahu nombor pendaftaran teksi itu dan jika boleh, nama pemandunya.
Pengalaman ini perlu diketahui oleh semua bakal penumpang teksi, terutama wanita. Dan seperkara lagi, untuk memudahkan tindakan menyelamatkan diri, BIARKAN CERMIN TINGKAP TERBUKA!

No comments:
Post a Comment