Sunday, August 4, 2013

Bisikan Iblis Pada Wanita

serenemaklong.blogspot.com



  

IBLIS laknatullah membisikkan kepada wanita bahawa apa jua pakaian termasuk hijab tidak ada kaitannya dengan agama, sebaliknya ia hanya sekadar pakaian atau gaya hiasan.

Apabila seorang wanita masih bertahan dengan prinsip hijabnya, maka syaitan menggunakan strategi lebih halus. Bagaimanakah caranya?

Membuka Bahagian Tangan
Biasanya telapak tangan memang sudah terbuka, maka syaitan membisikkan kepada wanita agar dibuka sedikit dari siku hingga telapak tangan.

"Ah! Tak apa, kan masih pakai tudung dan pakai baju panjang,” kata  syaitan.

Akhirnya si wanita menampakkan tangannya dan ternyata para lelaki melihatnya juga seperti biasa.

Membuka Leher dan Dada 
Syaitan datang lagi untuk membisikkan perkara baru lagi.
"Buka tangan sudah menjadi biasa. Kena ada peningkatan fesyen sikit. Bukalah sedikit di bahagian atas dada, supaya badan tak rasa panas. Cubalah! Orang tentu tidak akan peduli kerana sedikit sahaja yang terbuka."

Maka dipakailah pakaian fesyen terbaru yang terbuka bahagian leher dan dadanya dari fesyen setengah lingkaran hingga fesyen berbentuk "V".

Berpakaian tetapi Telanjang
Syaitan berbisik lagi, "Pakaian kamu hanya begitu-begitu saja, cubalah fesyen yang lebih bagus! Banyak kain yang agak tipis. Buatlah bentuknya agak ketat biar lebih indah dan cantik dipandang.
Mungkin tidak ada masalah, kan potongan pakaiannya masih panjang, hanya bahan dan fesyennya sahaja yang berbeza, agar nampak lebih feminin," begitu syaitan menokok-nambah.

Maka, jadilah mereka wanita yang disebut oleh Nabi s.a.w sebagai kasiyat 'ariyat (berpakaian tapi telanjang).

Agak Terbuka Sedikit 

Setelah para muslimah mengenakan pakaian yang ketat, maka syaitan datang lagi.

"Pakaian ini sempit, susah hendak berjalan atau duduk, lebih baik dibelah hingga lutut atau peha?  Nanti kamu lebih selesa."

Lalu dicubalah idea baru itu. Bila dibelah mulai dari bahagian bawah hingga lutut atau mendekati peha ternyata lebih selesa dan mudah untuk duduk atau menaiki kenderaan.

Tudung Semakin Kecil 
Kini syaitan datang dengan tipu daya lain yang lebih "power".
"Oh, terlupa pulak! Kalau kamu pakai baju macam tu, tudung besar tak sesuai lagi. Cari tudung yang lebih kecil supaya serasi dan sepadan. Orang tetap akan menamakannya tudung."

Terdedah 
Si wanita ternyata selesa dengan fesyen baru yang dipakainya seharian. Syaitan datang memberi idea lagi. "Rambut kamu cantik. Bukankah lebih selesa jika tudung itu dilepaskan? Kamu bebas mencuba macam-macam fesyen rambut, boleh warnakan mengikut warna yang kamu suka supaya nampak lebih menawan."

Maka, sekali lagi syaitan berjaya mempengaruhi si wanita supaya mendedahkan rambutnya.

Membuka Seluruh 
Syaitan kembali berbisik, "Kalau langkah kakimu masih kurang selesa, cubalah cari fesyen lebih menarik. Sekarang dah banyak skirt separuh betis dijual di pasaran? Tidak usah terlalu terdedah, hanya kira-kira 10 sentimeter sahaja. Nanti kalau kamu sudah biasa, baru cari fesyen yang di atas paras lutut"

Benar-benar bisikan syaitan telah menjadi penasihat peribadinya.
Maka terbiasalah dia memakai pakaian terdedah.

Terkadang si wanita berfikir, bukan salah ini dengan agama?
Namun bisikan syaitan menyahut, "Ah, tak salah. Kan sekarang zaman sudah semakin moden. Kamu hanya mengikut arus fesyen masa kini."

"Tidakkah menjadi fitnah bagi kaum lelaki?" hati si wanita curiga.

"Fitnah? Ah, kalau orang lelaki melihat bahagian tubuh wanita yang terbuka, mereka senang dan mengatakan ooh atau wow, bukankah ini bererti sudah tidak ada fitnah lagi, kerana sama-sama suka?" syaitan menghasut.


Begitulah sesuatu yang seakan-akan mustahil untuk dilakukan,
namun hasutan syaitan yang tidak pernah berhenti supaya manusia menjadi jahat berterusan sehingga ke saat kematian seorang anak Adam itu.

Akan tiba pada suatu ketika nanti bila wanita yang dulunya muslimah muncul di kolam renang atau di pantai hanya dengan menutup dua bahagian sahaja iaitu kemaluan dan buah dada!!!

Ingatlah, syaitan laknatullah hanya memberikan janji yang halus dan memikat demi untuk keseronokan dunia, tetapi sebenarnya janji itu palsu dan racun yang mematikan! Nauzubillah...

No comments:

Post a Comment