Tuesday, August 27, 2013
5F Cemar Minda Umat Islam
serenemaklong.blogspot.com
PENCEMARAN minda umat Islam melalui 5F iaitu:
Filem
Mengagung-agungkan (glorify) cara hidup jelek menerusi penayangan filem takhyul dan pemujaan syaitan, amalan seks bebas, amalan seks songsang, sikap kurang ajar, menampilkan bintang-bintang yang menjadi idola. Cara hidup idola ditiru bulat-bulat sehingga penonton filem rosak akhlak dan akidah. Pada masa yang sama pembuat filem mengaut keuntungan yang banyak.
Famili (keluarga)
Akhlak yang rosak sekali gus meruntuhkan sistem kekeluargaan. Memuaskan nafsu nafsi menjadi agenda utama sehingga menimbulkan gejala sumbang mahram, kelahiran anak tidak sah taraf, amalan seks songsang dan sebagainya.
Skrin telefon bimbit dan kaca televisyen lebih menjadi tumpuan berbanding perbualan sesama ahli keluarga. Akibatnya rasa keberadaan dan silaturrahim semakin terhakis.
Fun (Hiburan)
Masa dihabiskan untuk hiburan dan hiburan melampau (hedonisme). Artis dan bintang sukan lebih dikenali berbanding para ilmuan. Konsert liar di tepi pantai, dataran dan pusat membeli-belah menjadi tumpuan ramai. Masjid dan surau lengang.
Fesyen
Fesyen mendedahkan aurat menjadi kegilaan. Kononnya itu adalah untuk mengikut peredaran masa. Manusia lupa bahawa pada zaman dahulu, manusia bertelanjang. Bila kemahiran membuat benang dan bertenun kain meningkat, manusia mula berpakaian sempurna. Namun pakaian yang sempurna itu disingkatkan, dibuka dan terbelah di sana sini, semata-mata atas nama fesyen.
Food (Makanan)
Selera terhadap makanan berjenama Yahudi dan sekutunya meningkat. Makanan tradisi yang halalan toyyiban kurang digemari. Tidak ramai memikirkan apakah makanan yang diambil itu tidak dicemari dengan bahan-bahan yang boleh menyebabkan kemandulan.
Petikan dari Kitab Yahudi (Zohar 11, 4B):
"Angka kelahiran orang-orang bukan Yahudi mesti ditekan sehingga sekecil mungkin.”
Wallahualam.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment