serenemaklong.blogspot.com
KEBANYAKAN kita sangat
menitiberatkan kesihatan. Makanan dan minuman yang diambil dipastikan
berkhasiat. Namun adakah itu cukup untuk menjamin yang kita tidak diserang
berbagai penyakit?
Sebahagian daripada
nutrien fitokimia anti-kanser dan anti-penyakit semulajadi paling berharga yang
ada dalam makanan boleh menyebabkan kanser sekiranya dicampurkan dengan air
paip berklorin. Ini termasuk makanan seperti soya, buah-buahan, sayur-sayuran,
teh, produk kesihatan, dan beberapa preskripsi.
Satu penyelidikan bersama telah dijalankan di Jepun oleh saintis di Institut Sains Kesihatan dan Universiti Wilayah Shizuoka. Mereka menetapkan bahawa bahan-bahan organik semula jadi bertindak balas apabila terdedah kepada air paip berklorin, membentuk sebatian berbahaya penyebab kanser dinamakan MX, yang bermaksud "mutagen tidak diketahui". Ia sama dengan penyebab kanser yang sudah terkenal dan lebih mudah dikesan iaitu THMs (trihalometana).
Kajian awal oleh saintis di Finland pada tahun 1997 menetapkan bahawa MX adalah 170 kali ganda lebih berbahaya daripada produk sampingan lain yang diketahui bertoksik akibat pengklorinan, dan telah dibuktikan dalam kajian makmal boleh merosakkan kelenjar tiroid serta menyebabkan tumor kanser.
Bahan makanan organik sangat bermanfaat jika digabungkan dengan air minuman tulen. Namun keadaannya berubah bila terdedah kepada klorin lalu membentuk bahan berbahaya seperti THMs dan MX.
Ia menunjukkan bahawa makanan segar yang dimakan juga bertindak balas terhadap air paip berklorin yang digunakan untuk memasak makanan, lantas mewujudkan toksin.

Ejen penyebab kanser berbahaya yang terhasil itu sangat toksik. Dalam jumlah yang sangat kecil ia sukar dikesan. Sedikit sahaja klorin diperlukan untuk menghasilkan bahan toksin tersebut.
Walaupun klorin pada dasarnya berjaya menghapuskan risiko penyakit bawaan air seperti demam kepialu dan taun, terdapat banyak patogen yang tidak dikawal oleh klorin.
Kaedah rawatan air
lebih baik, seperti pengozonan, serta beberapa alternatif lain yang telah
digunakan di seluruh dunia untuk mengatasi perkara ini.
Klorin adalah penyebab utama kanser dan penyakit degeneratif. Ia merosakkan sistem imun dan hormon badan dengan mutasi estrogen tumbuhan dan fitokimia yang menyokong sistem tersebut. Sistem imun yang sihat sepatutnya menjadi pertahanan barisan hadapan terhadap penyakit.
Apa yang boleh dilakukan?
Menghapuskan atau mengurangkan semua klorin di mana mungkin. Jangan minum air paip klorin. Cara terbaik untuk membuang klorin adalah dengan mendapatkan penapis osmosis songsang yang menyingkirkan flourida. Ia diberi nilai 4/5 pada skala racun dunia. 5 merupakan yang tertinggi. Gunakan penapis 2 mikron. Ini penapis paling halus yang mampu memberikan aliran air yang baik.
Secara dasarnya, punca sebenar adalah klorin, bukan bahan-bahan makanan yang bertindak balas. Ramai orang menggunakan sistem penapis domestik diletakkan di sumber utama sebelum air itu masuk ke rumah.

Klorin ada di mana-mana,
teh ais yang dipesan di restoran atau di warung mungkin dibuat dengan air
berklorin, daun salad kita mungkin telah dibasuh dengan air berklorin, ia
berlaku hampir di mana saja. Klorin adalah bahan toksik yang mengalir keluar
dari paip air di rumah kita sepanjang masa. Tetapi pengetahuan mengenai hal ini
akan membantu kita memikirkan kaedah mengendalikan bahan toksik yang hadir
melalui paip air di rumah.
Kit Ujian Klorin Dalam Air
Kit ujian air boleh diperolehi daripada pembekal kolam tempatan. Kit ini akan menunjukkan sama ada air botol yang dibeli itu benar-benar bebas daripada klorin atau tidak.

~ Artikel dari The Secret Medicines
No comments:
Post a Comment