serenemaklong.blogspot.com
HOSNI MUBARAK: Diktator
zalim selama 30 tahun, perompak hasil bumi, pembunuh rakyat, bakal dibebaskan.
DR. MOHAMAD MORSI: Pemimpin pilihan rakyat, dikurung tanpa sebab munasabah, malah didakwa dengan tuduhan palsu.
Inilah tujuan sebenar rampasan kuasa yang dilakukan oleh Jeneral As-Sisi, iaitu membebaskan sekutu Israel, Hosni Mubarak daripada penjara, tidak kira apapun alasan yang mereka berikan kepada dunia untuk menghalalkan perbuatan itu.

Sheikh
Al-Azhar dan kerajaan Saudi yang kuat menyokong rampasan kuasa tentera Mesir pasti
berpuas hati dengan pembebasan Hosni Mubarak. Saudi yang menjaga dua tanah suci
Makkah dan Madinah yang juga menjadi pembekal minyak kepada Amerika Syarikat itu sungguh
kecut dan takut kepada polis dunia itu.
Ini
berbeza sekali dengan sikap pemerintah Saudi dahulu iaitu Al Marhum Raja Faisal.
Baginda yang tidak teragak-agak membekukan penjualan minyak Saudi kepada
Amerika Syarikat pada tahun 1973, yang mana akhirnya mencetuskan krisis tenaga
dan ekonomi di seluruh dunia.
Saudi tidak rasa bersalah sokongan mereka kepada tentera Mesir menyebabkan ramai rakyat awam tidak berdosa menjadi syahid. Mungkin Saudi tidak takut kepada pembalasan Allah. Berbanding mereka, umat Islam di dunia tidak sanggup berdiam diri di atas kezaliman yang dilakukan secara berterusan di beberapa buah negara di Timur Tengah.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan
kelmarin, Nik Abdul Aziz menyebut:
“Hari ini Mesir ditinggalkan 'saudara-saudara'nya, sebagaimana Nabi Yusuf a.s. pernah dibuang oleh saudara-saudaranya di dalam telaga ribuan tahun lampau. Tetapi Baginda akhirnya diselamatkan dan menjadi penguasa Mesir. Saya yakin Insya-Allah, Mesir akan keluar dari telaga kezaliman para tentera dan akan bangkit semula sebagai sebuah bumi yang subur dengan gerakan Islam.
Pesan kepada para hakim yang membebaskan Mubarak sama seperti pesan ahli sihir yang beriman kepada Firaun :
فَاقْضِ مَا أَنْتَ قَاضٍ إِنَّمَا تَقْضِي هَذِهِ الْحَيَاةَ الدُّنْيَا
bermaksud: Berhukumlah kamu selagi mana kamu boleh berhukum, sesungguhnya kamu hanya mampu berhukum di dalam kehidupan dunia ini sahaja... - Surah Toha, ayat 72”
Benarlah kata-kata itu, wahai Tok Guru!!!
Semoga Allah mengubah keadaan di Mesir.
No comments:
Post a Comment