Thursday, August 22, 2013

Fitnah Dan Al Haraj

serenemaklong.blogspot.com



KATA Hasan Al-Basri, “Sesungguhnya jika fitnah datang, ia telah diketahui oleh ulama dan jika ia telah berlaku maka barulah diketahui oleh setiap yang jahil.” 

Para ulama diberi firasat oleh Allah di mana mereka mengetahui bila mana fitnah itu datang dan mereka mengetahui jika sesuatu tindakan atau ucapan itu akan mendatangkan fitnah. Sebaliknya orang awam yang jahil hanya menyedari ia adalah fitnah apabila telah berakhir dan telah mengorbankan banyak nyawa.

Dari Ma’qil bin Yasar bahawa Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
“Ibadat ketika Al-Haraj seperti kamu berhijrah kepadaku.” -
Sahih Muslim.

Pengertian Al-Haraj dijelaskan oleh Rasulullah sendiri di dalam hadis yang lain di mana Baginda sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
“Tidak akan terjadi Kiamat sehingga banyak terjadinya Al-Haraj.” Para sahabat bertanya, ‘Apakah itu Al-Haraj wahai Rasulullah?’ Baginda menjawab, “Pembunuhan demi pembunuhan.” - Sahih Muslim.

Perbaiki dan perbanyakkan ibadat kita di zaman fitnah ini. Doakan  mereka yang dizalimi dan juga yang menzalimi agar Allah memberikan taufiq dan hidayah supaya mereka dan kita kembali taat kepada Allah dan berhenti menzalimi. Wallahualam....


Sumber: Malaysia Reverted Muslim (Formerly Malaysia Chinese Muslim)

1 comment:

  1. Interesting blog and with ex client work please keep posting and i like your blog well done.
    حراج العقارات

    ReplyDelete