serenemaklong.blogspot.com
1. Abi selalu memimpin tangan isterinya ketika berjalan. Jika sebelah tangan tidak dapat memimpin kerana sesuatu hal, Abi selalu meminta isterinya yang memimpin tangan dia. Alasannya dia bertanggungjawab atas jalan isterinya supaya selalu aman.
2. Abi selalu mencium kening isterinya sebelum dan selepas balik dari bekerja, selepas solat, sebelum dan sesudah tidur. Alasannya sebagai tanda bahwa dialah pelindung dan penenang isterinya agar selalu merasa nyaman.
3. Abi tidak pernah menjerit pada isteri. Alasannya suara yang keras dari suami untuk isteri adalah cambuk yang menyakitkan.
4. Abi tidak pernah mencela dan memaki isterinya sebesar manapun kesalahan yang telah dibuat. Alasannya makian dan celaan bukan kata-kata yang bijak untuk mengajarkan kebenaran.
5. Abi selalu memeluk dan membelai isterinya jika isterinya berbuat salah. Alasannya mulut dan perbuatan isteri adalah tanggungjawab suami. Bila isteri sampai tidak terkawal itu adalah salah suami. Sebab itu dia selalu memeluk dan membelai isterinya sambil berkata "Maafkan Abi.Lain kali jangan kamu ulangi kesalahan itu lagi. Jadilah isteri yang solehah dan baik. Salahkan Abi saja.”
6. Abi selalu bangun sebelum dan berangkat tidur selepas isterinya. Alasannya bahawa adalah menjadi kewajipan dia untuk melindungi hidup isterinya mulai saat bangun tidur dan sampai masa hendak tidur. Itulah janji suami pada istrinya.
Pepatah ada mengatakan hati wanita akan luluh jika disiram dengan air sejuk berbanding menyiramnya dengan minyak panas, kerana pada dasarnya mereka inginkan perhatian dan kasih sayang.
Semoga keluarga kita selalu bahagia dan harmoni.
No comments:
Post a Comment