Thursday, August 22, 2013

Paru-paru Berair

serenemaklong.blogspot.com




RAMAI dalam kalangan masyarakat kita percaya jika  kerap mandi malam, dikhuatiri akan dijangkiti paru-paru berair.

Itu tidak benar sama sekali. Mandi malam bukan penyebab utama masalah paru-paru berair.

Proses kondensasi yang disebutkan oleh kebanyakan orang tidak berlaku di dalam badan manusia kerana terdapat sistem imuniti badan yang mampu mengatasi masalah ini.

Bagaimana sistem imuniti badan bertindak?

Apabila bendasing (seperti bakteria,kuman dan lain-lain) masuk ke dalam badan, sistem imuniti tubuh akan segera bertindak mengawal bendasing ini daripada terus merebak ke seluruh badan melalui proses inflamasi di mana salur darah di sekitar alveoli peparu akan mengembang, menyebabkan cecair dalam salur darah akan keluar dan masuk ke dalam alveoli peparu. Proses ini berlaku secara berterusan jika tidak dirawat dengan segera.

Akibatnya, peparu dipenuhi dengan cecair yang disebut sebagai exudate dan bukannya dipenuhi dengan air seperti dibayangkan oleh kebanyakan orang!

Keadaan ini disebut sebagai ‘jangkitan kuman pada peparu’ atau lebih tepat didefinasikan sebagai pneumonia.

Dan apabila cecair exudate keluar dan memenuhi ruang pleura, ia disebut sebagai ‘pleural effusion’ ataupun paru-paru berair.

Apa itu exudate?

Exudate merupakan cecair yang dengan elemen seperti protein dan sel-sel dari salur darah, yang keluar ke bahagian luar salur darah (iaitu di bahagian alveoli) akibat proses inflamasi.

Akibatnya, elemen ini akan terkumpul di dalam alveoli dan lama kelamaan akan menyebabkan jangkitan pada peparu, dikenali sebagai PNEUMONIA.

Apa kaitan antara pneumonia dan paru-paru berair?

Pneumonia bermaksud inflamasi peparu disebabkan oleh bakteria iaitu alveoli terisi nanah apabila udara diasingkan dan peparu menjadi pejal (consolidation)

Paru-paru berair atau efusi pleura (pleural effusion) merupakan salah satu komplikasi pneumonia. Ini disebabkan nanah/exudate dari peparu keluar ke ruang pleura (selaput yang melekat pada peparu dan dinding dada), dan cecair tadi memenuhi ruang tersebut.

Apa itu paru-paru berair/ pleural effusion?

Paru-paru berair terjadi apabila banyaknya cecair berkumpul di kawasan pleura, selaput nipis yang melitupi kawasan peparu dan ruang dada (chest cavity).

Pleura berfungsi sebagai pelinciran dan memudahkan proses pernafasan.

Dalam keadaan normal, terdapat sedikit sahaja cecair di dalam kawasan pleura untuk melancarkan(lubricate) proses pernafasan.

Terdapat kekeliruan sebenarnya dalam mendefinisikan paru-paru berair. Ada yang mengatakan paru-peru berair lebih sesuai dipanggil pneumonia dan ada yang mengatakan ia sesuai dipanggil sebagai pleural effusion.

Hasil perbincangan dengan panel yang lain, dengan doktor-doktor di Malaysia, juga kajian berterusan melalui sumber laman web yang dipercayai, maka paru-paru berair lebih sesuai dikenali sebagai pleural effusion.

Pneumonia lebih sesuai dipanggil sebagai ‘jangkitan kuman pada peparu’.

Cuba rujuk definisi pleural effusion yang sebenar.

Pleural effusion occurs when too much fluid collects in the pleural space (the space between the two layers of the pleura). It is commonly known as “water on the lungs.”

Terdapat dua jenis cecair yang berkumpul di ruang pleura, dikenali sebagai transudate dan exudate.

Exudate berwarna lebih jernih dan cair, mempunyai kandungan protein yang tinggi, cecair yang pekat,dengan spesifik graviti yang tinggi

Punca –punca berlakunya ‘transudate’ pleural effusion:

kegagalan jantung

Pulmonary embolism
Post open heart surgery

Punca-punca ‘exudative’ pleural effusion:

Pneumonia
Kanser
Pulmonary embolism
sakit buah pinggang
penyakit inflamasi

Apakah simptom yang dapat dilihat pada pesakit yang mengalami pleural effusion?

- Sesak nafas- disebabkan ruang pleura dipenuhi dengan cecair

- Sakit dada (disebabkan pleuritic pain)

- Batuk tanpa kahak

- Tanpa sebarang simptom- biasanya berlaku pada pesakit TB, pesakit yang baru menjalani pembedahan pada bahagian abdomen dan pesakit yang mengalami kanser.

Bagaimana cara merawat pleural effusion?

Rawatan utama untuk efusi pleura ialah merawat punca utama penyebab penyakit ini berlaku,seperti merawat pneumonia dengan antibiotik, merawat kegagalan jantung dengan rawatan tertentu dan sebagainya.

Tetapi, jika punca utama penyebab penyakit ini tidak dapat dikenal pasti. Doktor biasanya akan melakukan prosedur dinamakan ‘thoracentesis’ iaitu mengeluarkan cecair dalam pleura(fluid drainage)

Kesimpulan

Setakat ini, tiada lagi kajian yang mampu membuktikan mandi malam boleh menyebabkan pneumonia dan pelbagai jenis penyakit lain. Sebaliknya, mandi malam boleh merawat insomnia dan melegakan tekanan. Tidak hairanlah di Jepun misalnya, mereka mengamalkan mandi sebelum tidur sebagai langkah mengelakkan stres setelah seharian berpenat lelah menjalankan aktviti di tempat kerja dan sebagainya.

Rujukan
Kumar and Clark Clinical Medicine,7th edition
http://www.chkd.org/HealthLibrary/Facts/Content.aspx?pageid=0152
http://www.nlm.nih.gov/medlineplus/pneumonia.html
http://kumpulanperubatanelektronikterengganu.blogspot.com/2009/09/asma-paru-paru-berair-dan-kanser-paru.html
http://my.clevelandclinic.org/disorders/pleural_effusion/ts_overview.aspx
http://medical-dictionary.thefreedictionary.com/pleural+effusion
Kamus Kejururawatan,terbitan Fajar Bakti- pneumonia-m/s 434 (1)
Sumber: http://cyberclinics.org/


1 comment:

  1. Assalamualaikum slm sejahtera warga group📢
    💐 Jom viralkan berita baik ni 📢

    1) Ni tentang hidup pesakit kanser stage 1-stage 4 ambik penawar yang harga berpatutan tapi kesannya setanding ubat harga mahal ribuan ringgit.Sebelum tu nak pesan,jangan abaikan temujanji doktor kalau ada.

    2)Dah ramai yg sembuh dengan asbab penawar ni yg berunsurkan ubatan bahan semulajadi yg selamat diambil. Walaupon bahan semulajadi tapi amat berkesan sambil merawat bukan sekadar melegakan untuk sementara waktu.

    3)Saya rasa xlengkap kalau saya explain satu persatu setiap jenis ubat ni.Lebih baik tanya sendiri pengasasnya sebab tiap penyakit ade ubt yang khusus. Baik bertanya sendiri pada pengasasnya dan beritahu anda sakit apa.Dia akan explain semuanya. Dia pon byk berdepan dgn pesakit knser sdri.

    4) Selain kanser pon blh jugak cuba dan dah terbukti pon dengan testimoni. Contohnya
    *-Denggi, Kencing Tikus, Batu Karang, Gastrik, Gout , Asthma*Kerosakan paru2 akibat merokok,kerosakan hati dan hepatitis,Saraf,buah pinggang rosak (berperanan menambahkan zat2 tubuh badan, menguatkan pertahanan badan melawan penyakit.
    memperlahankn pertumbuhan penyakit)

    5) Bagi yang ada sakit KENCING MANIS pon boleh mendapatkan rawatan alternatif ini , contohnya
    kencing manis seperti *kaki berlubang dan bernanah

    Ini perkongsian dari pengalaman sy sdri yg mengikuti perkembangan pejuang2 kanser ni,sy sdri pon guna produk die dh 3thn.

    Sy nak share ubat ni pd org lain jugak, tiada penyakit yang tiada ubat selain daripada mati, cubalah sebab setiap penyakit ada harapan sembuh.Kelemahan hati + putus asa akan lebih memudarat kan penyakit.TAPI JANGAN ABAIKAN APOINTMENT DOKTOR kalau ada.

    Nanti kalau nak ikhtiar dgn ubatan dia,blh la join group whatsApp pejuang2 kanser,pengasas ada dalam group tu jugak, boleh la kenal2 pesakit die yg dh sembuh mcm yg sy knl,contohnye:
    ~~~~~~~~
    ▪ Pn. Hayati abd Hamid- Pensyarah Kanan UITM, kanser payudara stage 4.
    Skg dia dh sembuh walaupon doktor bgtau dia boleh hidup 1tahun je lagi.
    Dia mengarang sebuah buku berkenaan pengalaman sendiri melawan kanser dengan mengambil penawar jus ini sebagai rawatan alternatif selari dengan rawatan doktor (nk buku nti blh order)
    ~~~~~~~~
    ▪Adik Luqman -kanser GIST-Anoerectal Tumor
    Skg dah sembuh dr kanser jus ni diambil selari dgn rawatan hospital.Apoinment x miss
    ~~~~~~~~
    ▪Adik Izzat b.muhd Ariffin ,kanser Burkit Lymphoma stage 4 sekarang dh sembuh
    Gurunya beritahu dia tak pernah nampak macam pesakit kanser tahap 4, sebab selalu nampak cergas.Asbab jus yang beri tenaga dan merawat.Dia minum jus ni dari kanser tahap 4 sehingga sembuh.
    ~~~~~~~~
    ▪Nani Faiza - kanser Usus Tahap 4 dan ketulan kanser 10cm telah merebak ke hati, bersabar dan setia merawat dengan jus herba ni,sekarang dah sembuh sepenuh nye. sel kanser dah tak ada.
    ~~~~~~~~
    ▪Pn. Rugayah Jilani -
    Pesakit kanser payudara tahap 3B ketulan 10×10cm- dah sembuh .
    ~~~~~~~~
    ▪Pn. Noridah Md Dom - Pesakit kanser ovari tahap 3 merebak ke tyroid dan lymph- Dah dapat kesan positif ,makin pulih.
    ~~~~~~~~

    ▪Puan Nor Sabariah
    - Ada asthma sejak 11tahun dulu
    -Selalu jatuh sakit sebab sesak nafas dan semput ,adakalanya kalau semput sampai tak mampu berdiri dan kena merangkak untuk bergerak
    -Sering bergantung pada inhaler setiap pagi
    -Setiap kali batuk teruk akan sesak nafas dan akan ke klinik untuk sedut gas
    -Lepas minum jus herba, dia xsemput lagi bila batuk. Dah xpergi klinik lagi sedut gas, setiap waktu pagi xperlu guna inhaler macam dulu.
    ~~~~~~~~
    9) Pesakit yang dah sembuh dari kanser menjalani kimo dan wajib minum jus kalau tak nanti effect dari kimo sangat ketara lemah nya jika tak ambil langsung.

    NOTE :
    Ia BUKAN HERBA YG MEMANASKAN BADAN macam produk2 lain yang masukkan herba2 biasa. Ia boleh diambil sebagai suplement.

    Call order wasap@call
    En mohd zuhairi 0174687570
    0174687570

    #sharing is caring

    ReplyDelete