Monday, August 19, 2013

Umat Islam Buka Matamu

serenemaklong.blogspot.com



 

KETIKA umat Islam di seluruh dunia menumpu perhatian kepada krisis di Mesir dan Syria,  sedarkah kita bahawa ini adalah episod terakhir permainan Dajjal sebelum dia membuka fasa berikutnya.

Tahukah saudara, sasaran yang mereka idamkan bukan Palestin tetapi Tanah Suci MAKKAH dan MADINAH. Tanpa kita sedari ARAB SAUDI kini telah dikepung secara sistematik oleh Zionis (Israel) dan sekutunya Syiah (Iran).

TURKI  Uthmaniyah ditumbangkan dan jatuh ke tangan puak sekular pelampau. Walaupun kini diperintah pemimpin Islamik, Recep Tayyep Erdogan, hakikatnya beliau hanya dapat bersuara tetapi tidak dapat bertindak kerana dikekang Pengikut Setia Attaturk.

PALESTIN yang sebelum itu makmur di bawah pemerintahan Uthmaniyah ditawan dengan mudah oleh puak kufar sebelum diserahkan pada Zionis.

IRAQ satu-satunya negara yang lantang mempertahankan Palestin secara ketenteraan diceroboh dan diranapkan USA dan negara Salib dengan bantuan sulit dari Syiah (IRAN).

AFGHANISTAN sebuah negara mundur dan miskin yang memiliki hasil bumi paling kaya di dunia dirampas oleh USA hasil bantuan Syiah (IRAN) dan segala hasil buminya disalur kepada Zionis (Israel).

LIBYA pimpinan Ghadaffi merupakan musuh ketat Negara Salib dijadikan bahan eksperimen untuk mencetuskan 'Arab Spring'. Rakyatnya dihasut untuk bangkit dan dibantu dengan bersungguh-sungguh oleh Tentera Salib (NATO).

SYRIA adalah sasaran sebenar Operasi Arab Spring yang dirancang Zionis kerana sudah tertulis dalam kitab-kitab lama Yahudi bahawa Syria adalah medan perang Armageddon melibatkan Mesiah@Dajjal dan Al-Mahdi.

MESIR 'diserahkan' kepada Dr Morsi dari Ikhwanul Muslimin dan dirampas semula oleh Tentera Firaun moden pimpinan Syiah dan Zionis. Ia bertujuan menimbulkan kemarahan tidak terhingga umat Islam supaya tercetus Armageddon dengan segera.

Lihatlah pada peta, semua negara di sekeliling Arab Saudi telah ditawan secara sistematik.

Telah tertulis di dalam hadis, pada akhir zaman kelak Kiblat umat Islam iaitu KAABAH akan diruntuhkan oleh seorang LELAKI yang berasal dari HABSYAH dan diberi kepercayaan memerintah Rom.

SIAPA LELAKI HABSYAH INI? 

Semua sedia maklum ROM di zaman moden sekarang sudah berhijrah dan kini dikenali sebagai USA melalui sejarah panjangnya. Satu-satunya lelaki Habsyah (kulit Hitam) yang memerintah ialah Presiden terkini USA iaitu BARRACK OBAMA. Ciri-ciri Obama juga mirip seperti yang digambarkan Rasulullah mengenai lelaki Habsyah yang meruntuhkan Kaabah melalui Hadis Riwayat Al-Bukhari dan At-Tabrani:

"Di antara tanda-tanda akhir zaman ialah apabila kaabah akan diruntuhkan dan pelakunya adalah seorang lelaki berketurunan Habsyah yang dilantik menjadi pemerintah Rom."

SUBHANALLAH...AKHIR KITA SEMAKIN HAMPIR......!!!

Wallahua'lam. Tanda-tanda akhir zaman sudah lama muncul dan akhir-akhir ini semakin nampak tanda-tanda Kiamat Kubra.

Semoga kita semua tetap di jalan kebenaran dan jalan diredhai oleh Allah..Aamiin Ya Rabbal 'Alamin.


Foto:  Hann Izham IV

No comments:

Post a Comment