Friday, August 16, 2013

Bahaya Kacang Soya







Nabi S.A.W mengamalkan pemakanan sunnah seperti kurma, kismis dan lain-lain.

Namun kita dipalingkan daripada pemakanan sunnah oleh golongan tertentu sehingga yang baik tidak diambil. Sebaliknya kita disogokkan oleh musuh Islam dengan matlamat untuk melariskan barangan mereka.

Memang selalu digambar-gemburkan mengenai kandungan dan kebaikan soya yang mengandungi nutrien penting iaitu protein. Hakikatnya, soya mengandungi kandungan bahan kimia yang berbahaya terutama bagi kaum wanita.

Antara keburukan kacang soya:

•Meningkatkan risiko penyakit barah payudara (breast cancer) di kalangan wanita.

•Berupaya mempengaruhi dan melembapkan minda/otak.

•Punca kepada proses pertumbuhan luar biasa bayi dalam kandungan dan kanak-kanak.

Kajian menunjukkan kacang soya mengandungi satu bahan kimia yang menyerupai hormon estrogen (iaitu hormon wanita). Bahan kimia ini jika diambil berlebihan mampu mengubah perkembangan seksual / sexual development.

FAKTA: 2 gelas susu soya sehari, dalam masa sebulan memang cukup untuk mengubah masa kitaran haid wanita!

Kacang soya mengandungi satu susunan fotokimia (komponen aktif secara biologi yang terhasil dari tumbuh-tumbuhan) bernama isoflavone, komponen sebatian kimia yang dikaji dapat melegakan gejala menopous, memperlahankan kadar osteoporosis dan mengurangkan risiko penyakit jantung.

Walaubagaimanapun, kandungan isoflavone ini bukan mudah untuk  diekstrak dari kacang soya. Hanya selepas menjalani proses penapaian (fermentation) yang lengkap, barulah dapat menghasilkan isoflavone yang boleh  dihadam dengan sempurna dalam sistem penghadaman manusia. Dalam erti kata lain, kacang soya yang tidak menjalani proses penapaian sempurna, mempunyai kurang kandungan isoflavone dan tidak sesuai untuk diminum.

Secara semulajadinya, semua kekacang mempunyai bahan kimia bernama phytic acid yang merupakan satu bahan anti-nutrien. Phytic acid mampu menghalang penyerapan mineral tertentu seperti magnesium, kalsium, zat besi dan zink.

Laporan perubatan menunjukkan penduduk Negara Dunia Ketiga yang banyak mengambil kacang soya, menghadapai kekurangan mineral tersebut dalam badan mereka.

Malah, kandungan phytic acid dalam kacang soya adalah lebih tinggi berbanding kekacang lain.

Kacang soya juga mengandungi bahan kimia hemagluttinin yang membentuk jaringan virus H1N1 dan sekuelnya serta perencat tripsin yang merencatkan pertumbuhan kanak-kanak.

Bahan ini dapat dinyahaktif dengan proses penapaian. Antara produk dari kacang soya yang menjalani proses penapaian ialah tempe.

Keadaan ini juga bukan satu berita baik untuk kanak-kanak yang mengambil susu berasaskan soya. Sesetengah ibu bapa menggantikan susu tepung (susu lembu) dengan susu berasaskan soya, tetapi ia bukan sebaik yang disangka. Menurut Dr Jill Shneider, Prof Madya Sains & Biologi di Lehigh University, Betlehem, Pensylvania, bayi yang alergik kepada susu lembu tetapi diberi susu berasaskan soya merupakan satu keadaan yang berbahaya.

Satu kajian makmal dibuat ke atas tikus putih menunjukkan isoflavone yang bertindak sebagai hormone estrogen dalam kacang soya mampu mempercepatkan proses tumbesaran tikus makmal.

Kimia ini kurang baik untuk bayi kerana ia bertindak seperti estrogen yang mengawal pertumbuhan lelaki dan wanita dewasa. Ini seolah-olah menggalakkan bayi membesar lebih cepat daripada kadar sepatutnya.

FAKTA: Dikatakan, bayi yang diberi minum susu berasaskan soya menghadam phytoestrogen dari kacang soya, seolah-olah bayi tersebut menerima 5 biji pil perancang dalam sehari!!!…

FAKTA: Pada 1991, penyelidik Jepun melaporkan bahawa penggunaan soya serendah 30 gram sehari atau 2 sudu makan selama sebulan, boleh menyumbang kepada peningkatan hormon tiroid yang menyebabkan kanser tiroid.
 
Fikir-fikirkan….









No comments:

Post a Comment