Saturday, August 10, 2013

Ukhuwah Islamiah

serenemaklong.blogspot.com

 


UKHUWAH hendaklah dibina atas dasar keikhlasan kepada Allah.

Ini jelas daripada hadis riwayat Imam Muslim:

Satu hari malaikat bertanya kepada seorang lelaki yang hendak menziarahi saudaranya, "Ke mana kamu hendak pergi?”

Lelaki itu menjawab "Aku hendak pergi menziarahi saudaraku seIslam."

Malaikat itu bertanya lagi, "Adakah kamu ziarah ini atas sebab-sebab keduniaan?”

Lelaki itu menjawab "Tidak. Aku ziarah hanyalah kerana aku cinta kepadanya demi kerana Allah."

Malaikat berkata "Sesungguhnya aku adalah utusan dari Allah untuk menyampaikan kepadamu bahawa Allah kasih kepadamu seperti mana kamu kasih kepadanya kerana Allah."





Ukhuwah hendaklah dibina atas dasar keimanan dan ketaqwaan.

Caranya adalah dengan memilih kawan dari kalangan orang-orang yang soleh dan beriman. Nabi s.a.w bersabda:
“Janganlah kamu bersahabat melainkan dengan orang beriman dan jangan beri makananmu melainkan kepada orang yang bertaqwa.
(HR Tirmizi)

Nabi s.a.w bersabda:
“Seseorang itu mengikut agama sahabatnya. Maka hendaklah seseorang itu melihat untuk memilih dengan siapa dia bersahabat”. (HR Abu Daud)

Ukhuwah hendaklah bergerak mengikut syariat Islamiah.



Di antara golongan yang dinaungi oleh Allah adalah golongan "dua lelaki yang berkasih sayang kerana Allah. Keduanya bertemu dan berpisah di atas batasan hukuman Allah.” (HR Bukhari dan Muslim)

Ukhuwah hendaklah dibina atas konsep nasihat menasihati.
Jabir r.a berkata:
“Aku berjanji setia kepada Rasulullah s.a.w untuk mendirikan solat, membayar zakat dan untuk menasihati setiap orang Islam."(HR Bukhari dan Muslim)



Ukhuwah hendaklah mekar dengan konsep bantu membantu di kala senang dan susah.

Firman Allah S.W.T:
Tafsirnya: “Dan hendaklah kamu saling tolong menolong dalam kebaikan dan ketaqwaan.” (2: Al-Anam)

Firman Allah S.W.T:
Tafsirnya: “Orang-orang bertaqwa yang membelanjakan hartanya di kala senang dan susah.” (134: Ali Imran)

Nabi s.a.w.bersabda:
“Sesiapa yang berjalan untuk membantu saudaranya seIslam lebih baik daripada orang yang beriktikaf selama 20 bulan.” (HR Thabrani 

No comments:

Post a Comment