serenemaklong.blogspot.com
Bismillahirrahmanirrahim
Kepada semua ahli keluarga para tentera dan polis.
Daripada Prof Dr Abdul Rahman Al- Barr, Profesor Ilmu Hadith di Universiti Al-Azhar dan ahli Maktab Al Irshad, jemaah Ikhwanul Muslimin.
Wahai rakyat Mesir. Wahai ibu bapa dan anak-anak polis dan tentera yang terlibat dalam pembunuhan dan menyebabkan kecederaan ribuan rakyat Mesir yang (berhimpun) secara aman di Medan Raba'ah dan Nahdhah, di hadapan bangunan pengawal republik, di hadapan tugu peringatan, di Ramsis, di Masjid Al-Fath dan seluruh wilayah di Mesir.
Adakah kamu melihat apa yang telah dilakukan oleh ahli keluarga kamu (yang terdiri daripada polis dan tentera) terhadap saudara-saudara kamu sesama rakyat Mesir?
Adakah kamu melihat bagaimana mereka melepaskan tembakan kepada kanak-kanak, wanita, orang-orang tua dan pemuda-pemuda?
Adakah kamu tahu berapa ramaikah wanita yang telah menjadi janda apabila ahli keluarga dan suami mereka dibunuh?
Adakah kamu hitung berapa ramaikah ibu yang telah kehilangan anak mereka di tangan ahli keluarga kamu?
Adakah kamu hitung berapa ramaikah anak yatim yang telah kehilangan ayah mereka di tangan ahli keluarga kamu?
Adakah kamu melihat bagaimana ahli keluarga kamu (yang terdiri daripada tentera dan polis) telah masuk ke dalam kereta perisai dan jentolak kemudian menggilis wanita serta kanak-kanak yang masih hidup?
Dan bagaimana mereka membakar khemah sehingga rentung sedangkan mereka yang berada di dalam khemah ketika itu masih hidup?
Dan bagaimana mereka membakar hospital lapangan yang terdapat di dalamnya para syuhada’ dan orang-orang yang cedera, tanpa belas kasihan?
Dan bagaimana mereka menembak orang-orang yang terluka dan cedera serta orang-orang yang cuba menolong mereka yang cedera di pusat perubatan tanpa rasa simpati?
Dan bagaimana mereka membakar masjid yang di dalamnya terdapat orang yang terluka dan tercedera serta jenazah para syuhada’?
Dan bagaimana mereka membiarkan jenazah para syuhada’ untuk satu jangka masa yang lama di jalan-jalan, di hadapan dan dalam bangunan dengan kekejaman yang melampau?
Adakah telah sampai kepada kamu berita bahawa seorang polis telah melepaskan tembakan kepada seorang wanita yang berada di samping suaminya yang cedera untuk merawatnya, dan polis itu mahu membunuhnya di depan mata suaminya?
Adakah telah sampai kepada kamu berita bahawa seorang polis telah melihat seorang pemuda membawa mangsa yang cedera dan kemudian polis itu menembak orang yang cedera tersebut?
Adakah kamu tahu polis dan tentera telah memukul wanita dan kanak-kanak di dalam masjid dan memaki mereka dengan kata-kata kesat?
Adakah kamu tahu kisah ini dan berpuluh-puluh serta beratus-ratus kisah yang memalukan dan mengaibkan, membuktikan bahawa telah hilang segenap makna kemanusiaan daripada hati pelaku-pelakunya?
Adakah kamu redha dengan semua ini?
Dan bagaimana kamu boleh hidup bersama semua binatang buas ini?
Dan adakah kamu beriman dengan balasan Allah ke atas mereka dengan jenayah mereka dan sikap kamu berdiam diri daripada menasihati, melarang, dan mengingatkan mereka?
Dan jagalah diri kamu daripada berlakunya dosa yang membawa bala bencana yang bukan sahaja akan menimpa orang-orang yang zalim di antara kamu secara khusus tetapi akan menimpa kamu secara umum.

Dan ketahuilah bahawa
Allah Maha berat azab seksaNya. [Al Anfal :
25]
Sumber : Akaun Facebook Abdulrahman Albarr/Mesirkini

No comments:
Post a Comment