TANYALAH USTAZ Syahrul Rahmah di TV9
Siaran 1 Ogos dan 2 Ogos 2013
Tajuk: Ibulah Syurga
Berikut adalah intipati jawapan kepada
soalan-soalan yang dilontarkan kepada Ustaz Haslin Baharin:
·
Anak-anak harus berhati-hati dengan kata-kata
yang diucapkan kepada ibu (dan bapa).
Jangan sesekali menyinggung perasaan mereka kerana itu berdosa.
·
Anak-anak patut berbuat baik kepada ibu (dan
bapa) yang masih berada bersama mereka. Jika ibu bapa telah meninggal dunia,
anak harus berdoa supaya Allah mengasihi kedua-duanya sama seperti kedua
allahyarham itu mengasihi anak-anak mereka ketika masih kecil.
·
Anak yang telah memeluk agama Islam sedangkan
ibu (dan bapa) masih belum Islam, adalah dikehendaki bersikap baik kepada
mereka berdua. Anak tidak boleh menyisihkan mereka. Namun begitu jika mereka
meninggal dunia dalam keadaan kufur, anak tidak boleh memanjatkan doa buat
mereka.
·
Anak yang mematuhi perintah Allah dengan
menjaga aurat, beramal soleh dan
melakukan kerja-kerja dakwah, tidak boleh mengikut perintah ibu bapa yang masih
berkeadaan fasik (yang tidak menjaga
aurat, tidak solat, berakhlak buruk). Pun begitu anak wajib bersikap baik
kepada kedua-duanya.
·
Seorang perempuan memang diperintahkan taat
kepada suami. Pada masa yang sama dia mesti bersikap baik kepada ibu
kandungnya.
·
Jika ibu kandung seorang perempuan berada di
lokasi yang sama dengan ibu suaminya (ibu mertua,) perempuan itu mesti
mengutamakan ibu suaminya tetapi pada masa yang sama harus bersikap baik kepada ibu kandungnya.
·
Tanggungjawab menjaga ibu kandung (dan juga
bapa kandung) mesti dipikul oleh anak lelaki, bukan anak perempuan.
·
Anak-anak lelaki dan perempuan diperintahkan
menghormati ibu tiri (isteri-isteri bapa kandung), sama seperti mereka
menghormati ibu kandung mereka sendiri. Apapun perbalahan yang wujud hasil
daripada perkahwinan bapa mereka, itu adalah urusan ibu kandung/ibu tiri dengan
bapa. Anak-anak tidak perlu masuk campur, kecuali meredakan apa-apa kesedihan
dan ketegangan yang wujud di antara ibu/ibu tiri dan bapa mereka.
·
Anak tidak sah taraf (anak zina) wajib
menghormati ibunya. Apapun kejahatan yang telah dilakukan oleh ibu, itu adalah
di antara dia dan Allah.
·
Allah SWT tidak redha dengan seseorang manusia
jika ibu bapa manusia itu tidak redha kepadanya. Pun begitu ibu (dan bapa)
tidak harus menggunakan firman Allah itu sebagai senjata untuk menyumpah
seranah anak sendiri. Sebaliknya ibu bapa mesti belajar memaafkan /mengampunkan
di samping memanjatkan doa kebaikan kepada Allah buat mereka sekiranya mereka
melakukan kesalahan, sebagai contoh berkahwin tanpa restu ibu bapa/kahwin lari.
- Bagi anak yang kehilangan ibu semasa dilahirkan atau ketika
kecil, masih berpeluang membalas jasa ibu yang melahirkannya dengan
mengerjakan segala bentuk amal yang diperintahkan oleh Allah ke atas
kerana di samping dia memperoleh pahala dari amalannya itu, ibu (dan bapa)
yang berada di alam baqa’ juga terus mendapat kebaikannya. Selain itu
seorang anak patut berbuat baik kepada orang-orang yang disenangi oleh ibu
(dan bapa). Contohnya saudara mara / sahabat/ jiran / guru atau sesiapa
sahaja.
- Adalah berdosa bagi anak menunjukkan sikap kasar kepada ibu
(dan bapa) walaupun sekadar perkataan “Aahh”. Usia ibu memang semakin hari semakin tua
dan dalam keadaan begini kerenahnya
meningkat. Anak yang kepenatan kerana menjaga ibu tua kadang-kadang
mengeluh. Keluhan walaupun berdosa masih boleh ditebus bila anak itu
memohon ampun kepada ibunya setiap malam sebelum tidur.
- Ibu (dan bapa) yang berasa jauh hati bila layanan anak yang
diterima adalah kurang daripada yang diharapkan, harus berlapang dada dan
memaafkan kekurangan itu di samping mendoakan kebaikan buat anak tersebut.
- Anak yang derhaka kepada ibu kandung bakal mendapat azab
semasa masih di dunia lagi. Dia akan menderita sehingga ibu mengampunkan
dosa-dosanya, dengan syarat
No comments:
Post a Comment