Saturday, August 31, 2013

Wanita Bersanggul dan Pakaian Berwarna

serenemaklong.blogspot.com
Pendapat Dr. MAZA: Wanita amat tinggi nilainya dalam Islam. Kerana itu mereka dijaga dan dipelihara oleh Islam dengan sebaiknya agar tidak tercemar atau dipandang serong. Di sini, saya nyatakan beberapa perkara berikut: 1. Peraturan pakaian wanita dalam ajaran Islam adalah bertujuan memelihara ketinggian nilai wanita dan membezakan mereka dengan wanita-wanita lain yang tidak mementingkan nilai kemuliaan. Serta mengelakkan mereka terdedah kepada gangguan orang atas andaian mereka golongan murahan. Firman Allah: (maksudnya) “Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan jilbab (pakaian) mereka ke atas tubuh mereka; cara yang demikian untuk mereka lebih dikenali (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani”. (Surah al-Ahzab, ayat 59). Maka, asas dalam membuat reka fesyen pakaian seorang wanita muslimah hendaklah berteraskan pakaian yang memberikan gambaran yang pemakainya seorang wanita yang baik dan tidak bertujuan menarik nafsu atau meransang lelaki dengan pendedahan, warna yang melampau, rekaan fesyen yang memberikan nilai yang negatif dan seumpamanya. 2. Dalam kalangan fuqaha (sarjana fekah) ada yang agak ketat pandangan mereka mengenai aurat wanita, dan ada yang sederhana. Bahkan ada yang longgar sehingga menganggap soal jilbab dalam ayat Surah Al-Ahzab di atas hanya berkaitan wanita-wanita Arab sahaja. Ini seperti yang dinyatakan oleh al-Syeikh Muhammad Tahir Ibn ‘Asyur ketika memperkatakan ayat tersebut: “Ini peraturan yang meraikan kebiasaan Arab. Maka kaum yang tidak memakai jilbab, tidak terbabit dengan hukum tersebut” ( Maqasid al-Syariah al-Islamiyyah, ms 228, al-Basair li Intaj al-‘Ilm). Ada juga yang ketat sehingga menganggap wanita keseluruhannya aurat; termasuk wajah mereka. Dengan itu golongan ini mewajibkan niqab (purdah). Namun jumhur (majoriti) ulama berpendapat bahawa diri wanita memang tidak boleh didedahkan kepada kepada lelaki bukan mahramnya, tetapi dikecualikan muka dan tapak tangan. Dalam Mazhab Hanafi, dilonggarkan sedikit lagi, iaitu pergelangan kaki diizinkan. Ini kerana pergelangan kaki sesuatu yang sukar untuk dielakkan terdedah, terutama wanita yang bertugas dengan tugasan tertentu dan pada zaman dahulu pula tidak ada kecanggihan stokin seperti sekarang. 3. Pada saya, pendapat jumhur (majoriti ulama) yang menganggap wajah wanita dan tapak tangan bukanlah aurat yang wajib ditutup merupakan pendapat yang kuat berteraskan dalil-dalil yang kukuh. Antara hujah yang kuat dalam hal ini firman Allah dalam Surah al-Nur ayat 31(maksudnya): “Dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan (tubuh) mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka”. Berpandukan ayat ini pihak jumhur berhujah dengan dua perkara: pertama; maksud “kecuali yang zahir daripadanya” ialah wajah dan tapak tangan. Ini sama seperti yang ditafsirkan oleh Ibn `Abbas, Umm al-Mukminin`Aisyah, `Abdullah bin `Umar, Anas bin Malik, Abu Hurairah, al-Miswar bin Makhramah dan lain-lain. Al-Syeikh al-Albani r.h. mendetilkan penbincangan ayat tersebut dalam kitabnya al-Radd al-Mufhim membukti bahawa muka dan tapak tangan bukannya aurat bagi wanita muslimah dan beliau menyenaraikan riwayat para sahabah yang memegang pendapat ini. Kedua; ayat di atas menyatakan “dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka”. Allah hanya memerintahkan agar sebagai bahagian dada yang terdedah disebabkan belahan leher baju. Ini bermaksud wanita diperintahkan agar tudung kepala mereka dilabuhkan sehingga menutup bahagian dada yang terdedah kerana belahan leher baju. Bahagian belahan leher yang mungkin mendedahkan dada dan sekitarnya itu perlu ditutup. Ayat ini tidak langsung menyebut agar mereka menutup wajah mereka. Kalaulah wajah itu adalah `aurat, maka sudah pasti ayat ini akan turut memerintahkan agar mereka menutupnya juga. Oleh itu al-Imam Ibn Hazm al-Andalusi menyebut dalam al-Muhalla: “Ayat adalah dalil bahawa diharuskan membuka wajah, tidak mungkin sama sekali difahami selain dari itu” 4. Adapun sanggul; terdapat hadis Nabi s.a.w. di mana seorang wanita bertanya Nabi s.a.w: “Wahai Rasulullah! Saya seorang wanita yang mempunyai dandanan yang kemas, apakah saya mesti merungkaikannya untuk mandi junub? Jawab Rasulullah s.a.w: “Tidak! Hanya memadai engkau mencurahkan sebanyak tiga kali, kemudian engkau sirami dirimu dengan air, maka engkau telah bersuci” (Riwayat Muslim). Hadis ini menunjukkan Rasulullah s.a.w tidak membantah wanita ini mempunyai dandanan yang kemas. Bahkan diberikan kemudahan kepada mereka yang bersanggul untuk tidak merungkaikannya ketika mandi wajib. 5. Adapun pakaian wanita yang berwarna bukanlah satu kesalahan selagi warna itu secara lojik tidak membawa kepada pandangan yang serong ataupun buruk terhadap dirinya. Wanita pada zaman Nabi s.a.w, bahkan isteri-isteri dan anak perempuan baginda juga memakai pakaian berwarna. Begitu banyak riwayat yang membuktikan hal tersebut. Antaranya yang disebut oleh Aishah bint Sa’d: “Aku melihat enam dari isteri-isteri memakai pakaian mu’asfar (berwarna merah)” (Riwayat al-Baghawi dalam Syarh al-Sunnah). Mu’asfar bermaksud dicelup dengan ‘usfur iaitu sejenis tumbuhan yang menghasilkan warna merah. Said bin Jubair meriwayatkan bahawa beliau lihat sesetengah isteri Nabi s.a.w bertawaf di Kaabah memakai pakaian mu’asfar (Riwayat Ibn Abi Syaibah). ‘Umar bin Al-Khattab apabila melihat lelaki memakai warna mu’asfar, akan memarahi mereka dan berkata: “Tinggalkan ini untuk wanita” (al-Baghawi dalam Syarh al-Sunnah). 6. Begitu juga “Anas bin Malik melihat Umm al-Kalthum puteri Rasulullah s.a.w memakai selendang daripada sutera bersulam emas” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim). Ini menunjukkan pakaian jenama mahal, halus dan berwarna yang menawan iaitu keemasan. Dalam riwayat al-Bukhari juga: “Isteri ‘Abd al-Rahman bin al-Zubair datang mengadu kepada ‘Aishah. Kata Aishah r.a: “Dia memakai pakaian berwarna hijau”. 7. Maka kata al-Imam Ibn ‘Abd al-Barr (463): “Adapun wanita maka ulama tiada perbezaan pendapat bahawa harus mereka memakai warna mu’asfar (merah), mufaddam (tersangat merah), warna ros, merah tanah” (al-Tamhid, 16/123, Muassasah al-Qurtubah). Apa yang disebutkan ialah warna yang digunakan pada zaman tersebut. Sebahagian warna yang dilarang kepada lelaki, tetap dibenar perempuan. Ada keluasan dalam masalah ini. 8. Maka wanita boleh untuk bersanggul, membuka wajah mereka dan berpakaian berwarna. Asas penting yang mesti dijaga ialah penampilan mereka tidak memperlihatkan seolah-olah mereka wanita yang kurang baik, atau ‘memburu lelaki’ atau apa yang boleh menimbulkan sangkaan pada kebiasaannya. Warna dan jenis pakaian dinilai berdasarkan kepada anggapan sesebuah masyarakat juga. Di samping ketetapan syarak, apa yang menjadi persepsi sesebuah masyarakat mengenai sesuai fesyen hendaklah diambil kira. (maksud): “cara yang demikian untuk mereka lebih dikenali (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu”. Wallahua'lam.

Thursday, August 29, 2013

A Nurse And Her Muslim Patient



A heart touching true story. It’s worth reading.

“My name is Cassie, I am 23 years old. I graduated as a qualified nurse this year and was given my first position as a home nurse. My patient was an English gentleman in his early 80s who suffered from Alzheimer’s. In the first meeting, the patient was given his record and from it I could see that he was a convert to the religion of Islam, therefore he was a Muslim. I knew from this that I would need to take into account some modes of treatment that may go against his faith, and therefore try to adapt my care to meet his needs.

I brought in some ‘halal’ meat to cook for him and ensured that there was no pork or alcohol in the premises as I did some research which showed that these were forbidden in Islam. My patient was in a very advanced stage of his condition so a lot of my colleagues could not understand why I was going through so much effort for him. But I understood that a person who commits to a faith deserves that commitment to be respected, even if they are not in a position to understand.

Anyway after a few weeks with my patient I began to notice some patterns of movement. At first I thought it was some copied motions he’s seen someone doing, but I saw him repeat the movement at particular time; morning, afternoon, evening. The movements were to raise his hands, bow and then put his head to the ground. I could not understand it. He was also repeating sentences in another language, I couldn’t figure out what language it was as his speech was slurred but I know the same verses were repeated daily. Also there was something strange, he didn’t allow me to feed him with my left hand (I am left-handed).

Somehow I knew this linked to his religion but didn’t know how. One of my colleagues told me about paltalk as a place for debates and discussions and as I did not know any Muslims except for my patient I thought it would be good to speak to someone live and ask questions. I went on the Islam section and entered the room ‘True Message’.

Here I asked questions regarding the repeated movements and was told that these were the actions of prayer. I did not really believe it until someone posted a link of the Islamic prayer on youtube. I was shocked. A man who has lost all memory of his children, of his occupation, and could barely eat and drink was able to remember not only actions of prayer but verses that were in another language.

This was nothing short of incredible and I knew that this man was devout in his faith, which made me want to learn more in order to care for him the best I could. I came into the paltalk room as often as I could and was given a link to read the translation of the Quran and listen to it. The chapter of the ‘Bee’ gave me chills and I repeated it several times a day. I saved a recording of the Quran on my iPod and gave it to my patient to listen to, he was smiling and crying, and in reading the translation I could see why. I applied what I gained from paltalk to care for my patient but gradually found myself coming to the room to find answers for myself.

I never really took the time to look at my life; I never knew my father, my mother died when I was 3, me and my brother were raised by our grandparents who died 4 years ago, so now its just the two of us. But despite all this loss, I always thought I was happy, content. It was only after spending time with my patient that felt like I was missing something. I was missing that sense of peace and tranquility my patient, even through suffering felt. I wanted that sense of belonging and a part of something that he felt, even with no one around him.

I was given a list of mosques in my area by a lady on paltalk and went down to visit one. I watched the prayer and could not hold back my tears. I felt drawn to the mosque every day and the imam and his wife would give me books and tapes and welcome any questions I had. Every question I asked at the mosque and on paltalk was answered with such clarity and depth that could do nothing but accept them. I have never practiced a faith but always believed that there was a God; I just did not know how to worship Him.

One evening I came on paltalk and one of the speakers on the mic addressed me. He asked me if I have any questions, I said no. He asked if I was happy with the answers I was given, I said yes. He asked then what was stopping me accepting Islam, I could not answer. I went to the mosque to watch the dawn prayer. The imam asked me the same question, I could not answer. I then went to tend to my patient, I was feeding him and as I looked in his eyes I just realized, he was brought to me for a reason and the only thing stopping me from accepting was fear.... not fear in the sense of something bad, but fear of accepting something good, and thinking that I was not worthy like this man.

That afternoon I went to the mosque and asked the imam if I could say my declaration of faith, the Shahadah.: lā ilāha illà al-Lāh, Muhammadun rasūlu Al-Lāh. There is no god except Allah, Muhammad is Allah’s messenger. He helped me through it and guided me through what I would need to do next.

I cannot explain the feeling I felt when I said it. It was like someone woke me up from sleep and sees everything more clearly. The feeling was overwhelming joy, clarity and most of all.... peace.

The first person I told was not my brother but my patient. I went to him, and before I even opened my mouth he cried and smiled at me. I broke down in front of him, I owed him so much. I came home logged on to paltalk and repeated the shahadah for the room. They all helped me so much and even though I had never seen a single one of them, they felt closer to me than my own brother.

I did eventually call my brother to tell him and although he wasn’t happy, he supported me and said he would be there, I couldn’t ask for any more. After my first week as a Muslim my patient passed away in his sleep while I was caring for him. Inna lillahi wa inna ilayhi rajioon. He died a peaceful death and I was the only person with him. He was like the father I never had and he was my doorway to Islam.

From the day of my Shahadah to this very day and for every day for as long as I live, I will pray that Allah shows mercy on him and grant him every good deed I perform in the tenfold. I loved him for the sake of Allah and I pray each night to become an atoms weight of the Muslim he was.

Islam is a religion with an open door; it is there for those who want to enter it.... Verily Allah is the Most Merciful, Most Kind. * Note * Our sister Cassie passed away October 2010. Inna lillahi wa inna ilayhi rajioon, after she gave da’wa to her brother, who had accepted Islam. Alhamdulillah. [Source: a da’wa organization in the UK]

Saudi Dikepung

serenemaklong.blogspot.com
DALAM beberapa buah hadis, Baginda s.a.w. ada menyatakan konspirasi Syiah bersama tentera Dajjal (Yahudi-Nasrani) hendak mengepung Arab Saudi pada akhir zaman. Di antaranya: Dari Ummu Salamah isteri Nabi shallallahu 'alaihi wasallam, bahawa Nabi shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: يَكُونُ اخْتِلَافٌ عِنْدَ مَوْتِ خَلِيفَةٍ فَيَخْرُجُ رَجُلٌ مِنْ أَهْلِ الْمَدِينَةِ هَارِبًا إِلَى مَكَّةَ فَيَأْتِيهِ نَاسٌ مِنْ أَهْلِ مَكَّةَ فَيُخْرِجُونَهُ وَهُوَ كَارِهٌ فَيُبَايِعُونَهُ بَيْنَ الرُّكْنِ وَالْمَقَامِ وَيُبْعَثُ إِلَيْهِ بَعْثٌ مِنْ أَهْلِ الشَّامِ فَيُخْسَفُ بِهِمْ بِالْبَيْدَاءِ بَيْنَ مَكَّةَ وَالْمَدِينَةِ فَإِذَا رَأَى النَّاسُ ذَلِكَ أَتَاهُ أَبْدَالُ الشَّامِ وَعَصَائِبُ أَهْلِ الْعِرَاقِ فَيُبَايِعُونَهُ بَيْنَ الرُّكْنِ وَالْمَقَامِ ثُمَّ يَنْشَأُ رَجُلٌ مِنْ قُرَيْشٍ أَخْوَالُهُ كَلْبٌ فَيَبْعَثُ إِلَيْهِمْ بَعْثًا فَيَظْهَرُونَ عَلَيْهِمْ وَذَلِكَ بَعْثُ كَلْبٍ وَالْخَيْبَةُ لِمَنْ لَمْ يَشْهَدْ غَنِيمَةَ كَلْبٍ فَيَقْسِمُ الْمَالَ وَيَعْمَلُ فِي النَّاسِ بِسُنَّةِ نَبِيِّهِمْ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَيُلْقِي الْإِسْلَامُ بِجِرَانِهِ فِي الْأَرْضِ فَيَلْبَثُ سَبْعَ سِنِينَ ثُمَّ يُتَوَفَّى وَيُصَلِّي عَلَيْهِ الْمُسْلِمُونَ قَالَ أَبُو دَاوُد قَالَ بَعْضُهُمْ عَنْ هِشَامٍ تِسْعَ سِنِينَ و قَالَ بَعْضُهُمْ سَبْعَ سِنِينَ "Akan terjadi perselisihan saat matinya khalifah, lalu seorang lelaki (Al Mahdi) akan keluar dari Madinah pergi menuju Makkah. Lantas beberapa orang penduduk Makkah mendatanginya, mereka memaksanya keluar (dari dalam rumah) meskipun dia (Al-Mahdi) tidak menginginkannya. Kesemua orang itu kemudian membaiatnya pada suatu tempat antara Rukun (Hajar Asawad) dan Maqam (Ibrahim). Lalu dikirimlah sepasukan dari penduduk Syam untuk memeranginya, tetapi pasukan itu hilang ditenggelamkan oleh (Allah) di Al Baida, tempat di antara Makkah dan Madinah. Maka ketika manusia melihat hal itu, orang-orang soleh dari Syam (Syam adalah wilayah yang merangkumi sebahagian besar negara Syria sekarang) dan orang-orang terbaik dari penduduk Iraq membaiatnya antara Rukun dan Maqam. Lalu muncullah seorang laki-laki dari bangsa Quraisy, datuk moyangnya dari suku Kalb, dia lalu mengirimkan sepasukan untuk memerangi mereka (orang-orang yang berbaiat kepada Al Mahdi) namun mereka (tentera Mahdi) dapat mengalahkan mereka (pasukan yang dikirim oleh lelaki Quraisy dari suku Kalb). Alangkah ruginya orang yang tidak ikut serta dalam pembahagian ghanimah perang melawan suku Kalb. Al Mahdi lalu membahagi ghanimah, dan membina manusia dengan sunnah Nabi mereka shallallahu 'alaihi wasallam dan menyampaikan Islam ke seluruh penduduk bumi. Dia berkuasa selama tujuh tahun, kemudian wafat dan disolatkan oleh kaum muslimin." Abu Dawud berkata, "Sebahagian mereka menyebutkan dari Hisyam, " selama sembilan tahun." Dan sebahagian yang lain menyebutkan, "Selama tujuh tahun." H.R. Abu Dawud, no. 3737, Kitab Almahdi Riwayat diatas disokong dengan hadith yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim dimana hadithnya berbunyi: Dari Aisyah radliallahu 'anha, dia berkata; Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: يَغْزُو جَيْشٌ الْكَعْبَةَ فَإِذَا كَانُوا بِبَيْدَاءَ مِنْ الْأَرْضِ يُخْسَفُ بِأَوَّلِهِمْ وَآخِرِهِمْ قَالَتْ قُلْتُ يَا رَسُولَ اللَّهِ كَيْفَ يُخْسَفُ بِأَوَّلِهِمْ وَآخِرِهِمْ وَفِيهِمْ أَسْوَاقُهُمْ وَمَنْ لَيْسَ مِنْهُمْ قَالَ يُخْسَفُ بِأَوَّلِهِمْ وَآخِرِهِمْ ثُمَّ يُبْعَثُونَ عَلَى نِيَّاتِهِمْ "Akan ada sepasukan tentera yang akan menyerang Kaabah. Ketika mereka sampai di Baida' di suatu bumi (berpadang pasir), mereka ditenggelamkan seluruhnya mulai dari orang yang pertama hingga yang terakhir". 'Aisyah radliallahu 'anha berkata; Aku bertanya: "Wahai Rasulullah, bagaimana mereka ditenggelamkan seluruhnya mulai orang yang pertama hingga yang terakhir sedangkan di dalamnya ada pasukan perang mereka dan yang bukan dari golongan mereka (yang tidak punya maksud sama)?" Beliau menjawab: "Mereka akan ditenggelamkan keseluruhnya mulai dari orang yang pertama hingga yang terakhir kemudian mereka akan dibangkitkan pada hari kiamat sesuai dengan niat mereka masing-masing." H.R. Bukhari (no.1975) & Muslim (no.5134) Adapun riwayat Imam Muslim menjelaskan: "Dari Abdullah bin Zubair bahawa Aisyah berkata: Suatu ketika Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam pernah bergerak-gerak dalam tidurnya, kami berkata: Wahai Rasulullah, dalam tidurmu engkau telah melakukan sesuatu yang belum pernah engkau lakukan sebelumnya. Beliau bersabda: "Aneh, sesungguhnya ada beberapa orang dari umatku yang menuju Baitullah (untuk menyerang) seseorang Quraisy yang berlindung ke Baitullah. Saat mereka telah sampai di padang pasir, merekapun dibenamkan." Kami berkata: Wahai Rasulullah, sesungguhnya jalan menyatukan banyak orang. Beliau menjawab: "Ya", di antara mereka ada yang memang sengaja menuju ke sana, ada yang terpaksa, bahkan ada yang hanya kebetulan sedang berjalan bersama mereka. Mereka semua dibinasakan sekaligus, akan tetapi mereka dibangkitkan dengan cara yang berbeza-beza. Allah membangkitkan mereka semua sesuai dengan niat mereka masing-masing." Rujukan: http://lidwa.com/app/?k=abudaud&n=3737 http://lidwa.com/app/?k=bukhari&n=1975 http://lidwa.com/app/?k=muslim&n=5134

Tuesday, August 27, 2013

Saat Iman Ditarik

serenemaklong.blogspot.com
..tanda-tanda Iman ditarik dari hati (ditutup pintu hatinya) ialah Allah akan sibukkan dirinya dengan urusan dunia..." (mafhum riwayah). Kata ustaz, apabila Allah tidak mengkehendaki kita lagi... Allah akan sibukkan kita dengan urusan dunia... Allah akan sibukkan kita dengan urusan anak-anak Allah akan sibukkan kita dengan urusan menjalankan perniagaan. Allah akan sibukkan kita dengan urusan menambahkan harta. Allah akan sibukkan kita dengan urusan mencari pengaruh, pangkat dan kuasa...Alangkah ruginya kerana kesemuanya itu akan kita tinggalkan... Sekiranya kita mampu bertanya pada orang-orang yang telah pergi terlebih dahulu menemui Allah SWT...dan jika mereka diberi peluang untuk hidup sekali lagi sudah semestinya mereka memilih tidak lagi akan bertarung bermati-matian untuk merebut dunia...kerana tujuan kita diciptakan adalah untuk menyembah Allah dan beribadat kepada Allah...tidak akan Allah ciptakan manusia sekiranya tujuan hidup untuk merebut habuan dunia.. Sebenarnya apa yang kita dapat dari habuan dunia ini telah pun ditentukan oleh Allah SWT. Kita mungkin cemburu apabila melihat orang lain lebih daripada kita dari segi gaji, pangkat, harta, rumah besar, kereta besar... Kenapa... kita tidak pernah cemburu melihat ilmu orang lain lebih daripada kita.. kita tidak pernah cemburu melihat orang lain lebih banyak amalan daripada kita.. kita tidak pernah cemburu apabila melihat orang lain bangun di sepertiga malam...solat tahajud dan bermunajat... kita cemburu apabila melihat orang lain menukar kereta baru yang mewah...tetapi jarang kita cemburu apabila melihat orang lain yang boleh khatam Al'Quran sebulan dua kali... Kesemua petanda-petanda ini menunjukkan dunia akhir zaman....apabila duit, harta dan pangkat mengatasi segala-galanya....setiap kali menyambut hari jadi...kita sibuk nak raikan sebaik mungkin...tetapi kita telah lupa..dengan bertambahnya umur kita...maka kita akan dipanggil Illahi bertambah dekat...kita patut bermuhasabah mengenai bekalan...ke satu perjalanan yang jauh..yang tidak akan kembali..dan buat selama-lamanya. Sahabat yang ku sayang.. Kerinduan bertemu Allah subhanahu wa ta’ala umpama angin semilir yang menerpa qalbu, membuatnya sejuk dengan menjauhi gemerlapnya dunia. Siapapun yang menempatkan qalbunya di sisi Rabb-nya, ia akan merasa tenang dan tenteram. Dan siapapun yang melepaskan qalbunya di antara manusia, ia akan semakin gundah gulana. Ingatlah! Kecintaan terhadap Allah tidaklah akan masuk ke dalam qalbu manusia yang mencintai dunia. Ketahuilah wahai sahabat Jika Allah subhanahu wa ta’ala cinta kepada seorang hamba itu, maka Allah subhanahu wa ta’ala akan memilih dia sebagai tempat pemberian nikmat-nikmat-Nya, dan Ia akan memilihnya di antara hamba-hamba-Nya, sehingga hamba itu pun akan menyibukkan dunianya hanya dengan ibadah kepada Allah. Lisannya senantiasa basah dengan berzikir kepada-Nya, anggota badannya selalu dipakai untuk berkhidmat kepada-Nya. Ya Allah, cintailah aku dan keluargaku.janganlah Kau berpaling dari kami... Pilihlah kami sebagai tempat pemberian nikmat-nikmatMu. Aamiin.

Melaknat Bukan Islam

serenemaklong.blogspot.com
DARI Abu Hurairah, dia berkata, 'Seorang sahabat berkata kepada Nabi Muhammad SAW, "Wahai Rasulullah, mintalah kepada Allah (kebinasaan) bagi orang-orang musyrik!" Nabi Muhammad SAW menjawab, "Aku tidak diutus sebagai pelaknat melainkan aku diutus sebagai rahmat." [Sahih Muslim No 45] Sheikh Dr. Muhammad Luqman as-Salafi ketika mengulas hadis ini berkata, “Rasulullah SAW adalah orang yang sangat penyayang kepada manusia, memberi perhatian kepada umatnya dan sangat lembut kepada orang yang menyelisihinya, kerana beliau tidak suka melaknat." [Al-Adab Al-Mufrad, Imam Al-Bukhari, Bab Melaknat Bagi Orang Kafir, hal 319-320] Seorang yang mengaku ingin menjadi mukmin tidak akan mencaci maki, berkata kotor serta melaknat. Dari Abdullah ibn Mas'ud, dari Nabi Muhammad SAW, Baginda bersabda, "Orang Mukmin bukanlah orang yang suka mencela, suka melaknat dan bukan pula suka berbuat dan berkata keji serta kotor." [At-Tirmizi. Sahih] Kalau kita sayang Nabi Muhammad SAW dan ingin mengikuti sunnah Baginda, ikutilah perintah dan teladan yang ditunjukkan olehnya. Jangan jadikan diri kita hamba kepada hawa nafsu. Wallahualam.

5F Cemar Minda Umat Islam

serenemaklong.blogspot.com
PENCEMARAN minda umat Islam melalui 5F iaitu: Filem Mengagung-agungkan (glorify) cara hidup jelek menerusi penayangan filem takhyul dan pemujaan syaitan, amalan seks bebas, amalan seks songsang, sikap kurang ajar, menampilkan bintang-bintang yang menjadi idola. Cara hidup idola ditiru bulat-bulat sehingga penonton filem rosak akhlak dan akidah. Pada masa yang sama pembuat filem mengaut keuntungan yang banyak. Famili (keluarga) Akhlak yang rosak sekali gus meruntuhkan sistem kekeluargaan. Memuaskan nafsu nafsi menjadi agenda utama sehingga menimbulkan gejala sumbang mahram, kelahiran anak tidak sah taraf, amalan seks songsang dan sebagainya. Skrin telefon bimbit dan kaca televisyen lebih menjadi tumpuan berbanding perbualan sesama ahli keluarga. Akibatnya rasa keberadaan dan silaturrahim semakin terhakis. Fun (Hiburan) Masa dihabiskan untuk hiburan dan hiburan melampau (hedonisme). Artis dan bintang sukan lebih dikenali berbanding para ilmuan. Konsert liar di tepi pantai, dataran dan pusat membeli-belah menjadi tumpuan ramai. Masjid dan surau lengang. Fesyen Fesyen mendedahkan aurat menjadi kegilaan. Kononnya itu adalah untuk mengikut peredaran masa. Manusia lupa bahawa pada zaman dahulu, manusia bertelanjang. Bila kemahiran membuat benang dan bertenun kain meningkat, manusia mula berpakaian sempurna. Namun pakaian yang sempurna itu disingkatkan, dibuka dan terbelah di sana sini, semata-mata atas nama fesyen. Food (Makanan) Selera terhadap makanan berjenama Yahudi dan sekutunya meningkat. Makanan tradisi yang halalan toyyiban kurang digemari. Tidak ramai memikirkan apakah makanan yang diambil itu tidak dicemari dengan bahan-bahan yang boleh menyebabkan kemandulan. Petikan dari Kitab Yahudi (Zohar 11, 4B): "Angka kelahiran orang-orang bukan Yahudi mesti ditekan sehingga sekecil mungkin.” Wallahualam.

Sunday, August 25, 2013

Breathing In Good Health

serenemaklong.blogspot.com TO take a deep breath, to breathe a sigh of relief, to catch your breath – everyone knows expressions having to do with breathing. "But a lot of people know little about the importance of proper breathing for health," noted Gisela Schmachtenberg, chairman of the Berlin-based Working and Research Group on Respiratory Education and Therapy. Someone under emotional stress or with tensed muscles usually breathes shallowly, high in the chest. This is no problem so long as it is temporary. "But continual shallow breathing can result in functional disorders such as digestive problems or even cardiac arrhythmias," warned Britta Jacob, a respiratory therapist in Hamburg. Respiratory therapy can help. "A person’s breathing is as individual as his or her fingerprint," Jacob added. What’s more, one’s manner of breathing changes with the situation and circumstances. Someone in a good mood instinctively breathes properly: deeply through the nose and with the diaphragm. This raises and lowers the lungs, which also visibly raises and lowers the abdominal wall. "Our internal organs are literally massaged," Jacob said. At the same time, the body takes in sufficient amounts of oxygen and metabolism is stimulated. Respiratory therapy helps people suffering from respiratory illnesses such as asthma or chronic bronchitis, or who have migraines or pains in joints or muscles. In cases of severe, incurable illnesses like pulmonary fibrosis, it can ease the symptoms and improve the quality of life. Actors, musicians and teachers can strengthen their voices with respiratory therapy, which is also used to treat panic attacks, burnout and depression. Depending on the problem, a respiratory therapist will try to help a patient with breathing massage or breathing exercises. "It’s always a matter of creating inner freedom and boosting the powers of self- healing," Jacob said. Respiratory therapy focuses on sharpening body perception, on being better able to sense and understand one’s breathing and consequently oneself. Respiratory therapy arose in the early 20th century from a combination of eastern knowledge of breathing, western breathing instruction and elements of gymnastics, dancing and psychotherapy. One of the best-known respiratory therapists was Ilse Middendorf (1910-2009), a German who authored Der Erfahrbare Atem, a book known in English as The Experience of Breath in its Substance. Breathing also plays a large role in psychosomatics and psychotherapy. "Breathing independently at birth is the most significant event in our lives," remarked Wolfram Schueffel, for many years director of the Psychosomatic Clinic at Marburg University Hospital’s Centre for Internal Medicine. "For nine months, we’ve moved without making a distinction between breathing and drinking. But then we’ve got to make that distinction for the rest of our lives." In his private practice, Schueffel treats people whose symptoms cannot be explained by a clinical finding alone. The symptoms include rapid heartbeat, difficulty breathing, panic attacks, depression and serious chronic pain. He uses functional relaxation techniques that, just as in respiratory therapy, aim at achieving better self-perception. – dpa

Friday, August 23, 2013

Makna #R4BIA

serenemaklong.blogspot.com








MUNGKIN ada di antara kita yang masih bertanya-tanya kenapa ramai orang di media sosial seluruh dunia memakai avatar simbol 4 jari dan menggunakan hashtag‪#‎R4BIA?

1. Dalam bahasa Arab, Rabi'ah/arba'ah bermaksud Empat. Rab'ah dijadikan sebagai simbol (1) Keteguhan, (2) Kekuatan, (3) Perlawanan dan (4) Persatuan untuk seluruh dunia yang mencintai kebebasan.

2. Simbol 4 jari sebagai simbol untuk mengenang markas demonstran pro Mursi di Rabi'ah yang telah dihancurkan oleh tentera junta. Simbol 4 jari untuk menunjukkan Rabi'ah Al-Adawiyah.

3. Simbol 4 jari ini dilancarkan oleh Perdana Menteri Turki, Recep Tayip Erdogan mulai Sabtu malam (17 Ogos 2013) setelah mengecam keras pembantaian yang dilakukan tentera junta Mesir yang terjadi pada hari Jumaat dan Sabtu di Ramses Square dan Masjid Fatih yang dikepung tentera junta.

4. Tujuan avatar simbol #R4BIA dipakai oleh pendukung Mursi/Mesir di media sosial seperti facebook dan twitter sebagai bentuk solidariti dan kepedulian terhadap apa yang berlaku di Mesir.



Tujuan Hidup
1. Allah matlamat kami
2. Rasul ikutan kami
3. Al-Quran perlembagaan kami
4. Mati di jalan Allah setinggi cita-cita kami
 





Thursday, August 22, 2013

Paru-paru Berair

serenemaklong.blogspot.com




RAMAI dalam kalangan masyarakat kita percaya jika  kerap mandi malam, dikhuatiri akan dijangkiti paru-paru berair.

Itu tidak benar sama sekali. Mandi malam bukan penyebab utama masalah paru-paru berair.

Proses kondensasi yang disebutkan oleh kebanyakan orang tidak berlaku di dalam badan manusia kerana terdapat sistem imuniti badan yang mampu mengatasi masalah ini.

Bagaimana sistem imuniti badan bertindak?

Apabila bendasing (seperti bakteria,kuman dan lain-lain) masuk ke dalam badan, sistem imuniti tubuh akan segera bertindak mengawal bendasing ini daripada terus merebak ke seluruh badan melalui proses inflamasi di mana salur darah di sekitar alveoli peparu akan mengembang, menyebabkan cecair dalam salur darah akan keluar dan masuk ke dalam alveoli peparu. Proses ini berlaku secara berterusan jika tidak dirawat dengan segera.

Akibatnya, peparu dipenuhi dengan cecair yang disebut sebagai exudate dan bukannya dipenuhi dengan air seperti dibayangkan oleh kebanyakan orang!

Keadaan ini disebut sebagai ‘jangkitan kuman pada peparu’ atau lebih tepat didefinasikan sebagai pneumonia.

Dan apabila cecair exudate keluar dan memenuhi ruang pleura, ia disebut sebagai ‘pleural effusion’ ataupun paru-paru berair.

Apa itu exudate?

Exudate merupakan cecair yang dengan elemen seperti protein dan sel-sel dari salur darah, yang keluar ke bahagian luar salur darah (iaitu di bahagian alveoli) akibat proses inflamasi.

Akibatnya, elemen ini akan terkumpul di dalam alveoli dan lama kelamaan akan menyebabkan jangkitan pada peparu, dikenali sebagai PNEUMONIA.

Apa kaitan antara pneumonia dan paru-paru berair?

Pneumonia bermaksud inflamasi peparu disebabkan oleh bakteria iaitu alveoli terisi nanah apabila udara diasingkan dan peparu menjadi pejal (consolidation)

Paru-paru berair atau efusi pleura (pleural effusion) merupakan salah satu komplikasi pneumonia. Ini disebabkan nanah/exudate dari peparu keluar ke ruang pleura (selaput yang melekat pada peparu dan dinding dada), dan cecair tadi memenuhi ruang tersebut.

Apa itu paru-paru berair/ pleural effusion?

Paru-paru berair terjadi apabila banyaknya cecair berkumpul di kawasan pleura, selaput nipis yang melitupi kawasan peparu dan ruang dada (chest cavity).

Pleura berfungsi sebagai pelinciran dan memudahkan proses pernafasan.

Dalam keadaan normal, terdapat sedikit sahaja cecair di dalam kawasan pleura untuk melancarkan(lubricate) proses pernafasan.

Terdapat kekeliruan sebenarnya dalam mendefinisikan paru-paru berair. Ada yang mengatakan paru-peru berair lebih sesuai dipanggil pneumonia dan ada yang mengatakan ia sesuai dipanggil sebagai pleural effusion.

Hasil perbincangan dengan panel yang lain, dengan doktor-doktor di Malaysia, juga kajian berterusan melalui sumber laman web yang dipercayai, maka paru-paru berair lebih sesuai dikenali sebagai pleural effusion.

Pneumonia lebih sesuai dipanggil sebagai ‘jangkitan kuman pada peparu’.

Cuba rujuk definisi pleural effusion yang sebenar.

Pleural effusion occurs when too much fluid collects in the pleural space (the space between the two layers of the pleura). It is commonly known as “water on the lungs.”

Terdapat dua jenis cecair yang berkumpul di ruang pleura, dikenali sebagai transudate dan exudate.

Exudate berwarna lebih jernih dan cair, mempunyai kandungan protein yang tinggi, cecair yang pekat,dengan spesifik graviti yang tinggi

Punca –punca berlakunya ‘transudate’ pleural effusion:

kegagalan jantung

Pulmonary embolism
Post open heart surgery

Punca-punca ‘exudative’ pleural effusion:

Pneumonia
Kanser
Pulmonary embolism
sakit buah pinggang
penyakit inflamasi

Apakah simptom yang dapat dilihat pada pesakit yang mengalami pleural effusion?

- Sesak nafas- disebabkan ruang pleura dipenuhi dengan cecair

- Sakit dada (disebabkan pleuritic pain)

- Batuk tanpa kahak

- Tanpa sebarang simptom- biasanya berlaku pada pesakit TB, pesakit yang baru menjalani pembedahan pada bahagian abdomen dan pesakit yang mengalami kanser.

Bagaimana cara merawat pleural effusion?

Rawatan utama untuk efusi pleura ialah merawat punca utama penyebab penyakit ini berlaku,seperti merawat pneumonia dengan antibiotik, merawat kegagalan jantung dengan rawatan tertentu dan sebagainya.

Tetapi, jika punca utama penyebab penyakit ini tidak dapat dikenal pasti. Doktor biasanya akan melakukan prosedur dinamakan ‘thoracentesis’ iaitu mengeluarkan cecair dalam pleura(fluid drainage)

Kesimpulan

Setakat ini, tiada lagi kajian yang mampu membuktikan mandi malam boleh menyebabkan pneumonia dan pelbagai jenis penyakit lain. Sebaliknya, mandi malam boleh merawat insomnia dan melegakan tekanan. Tidak hairanlah di Jepun misalnya, mereka mengamalkan mandi sebelum tidur sebagai langkah mengelakkan stres setelah seharian berpenat lelah menjalankan aktviti di tempat kerja dan sebagainya.

Rujukan
Kumar and Clark Clinical Medicine,7th edition
http://www.chkd.org/HealthLibrary/Facts/Content.aspx?pageid=0152
http://www.nlm.nih.gov/medlineplus/pneumonia.html
http://kumpulanperubatanelektronikterengganu.blogspot.com/2009/09/asma-paru-paru-berair-dan-kanser-paru.html
http://my.clevelandclinic.org/disorders/pleural_effusion/ts_overview.aspx
http://medical-dictionary.thefreedictionary.com/pleural+effusion
Kamus Kejururawatan,terbitan Fajar Bakti- pneumonia-m/s 434 (1)
Sumber: http://cyberclinics.org/


Fitnah Dan Al Haraj

serenemaklong.blogspot.com



KATA Hasan Al-Basri, “Sesungguhnya jika fitnah datang, ia telah diketahui oleh ulama dan jika ia telah berlaku maka barulah diketahui oleh setiap yang jahil.” 

Para ulama diberi firasat oleh Allah di mana mereka mengetahui bila mana fitnah itu datang dan mereka mengetahui jika sesuatu tindakan atau ucapan itu akan mendatangkan fitnah. Sebaliknya orang awam yang jahil hanya menyedari ia adalah fitnah apabila telah berakhir dan telah mengorbankan banyak nyawa.

Dari Ma’qil bin Yasar bahawa Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
“Ibadat ketika Al-Haraj seperti kamu berhijrah kepadaku.” -
Sahih Muslim.

Pengertian Al-Haraj dijelaskan oleh Rasulullah sendiri di dalam hadis yang lain di mana Baginda sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
“Tidak akan terjadi Kiamat sehingga banyak terjadinya Al-Haraj.” Para sahabat bertanya, ‘Apakah itu Al-Haraj wahai Rasulullah?’ Baginda menjawab, “Pembunuhan demi pembunuhan.” - Sahih Muslim.

Perbaiki dan perbanyakkan ibadat kita di zaman fitnah ini. Doakan  mereka yang dizalimi dan juga yang menzalimi agar Allah memberikan taufiq dan hidayah supaya mereka dan kita kembali taat kepada Allah dan berhenti menzalimi. Wallahualam....


Sumber: Malaysia Reverted Muslim (Formerly Malaysia Chinese Muslim)

Wednesday, August 21, 2013

Tak Perlu Tunggu Jadi Kaya

serenemaklong.blogspot.com





DIA hanya seorang penarik beca. Pun begitu kesempitan hidup tidak menghalang dia mendermakan sebahagian daripada pendapatannya untuk membantu 300 orang pelajar yang amat daif. Keseluruhan jumlah dermanya adalah sebanyak  RM150,000.

Pada satu musim dingin, dia memberi RM250 yang terakhir  kepada guru  pelajar-pelajar tersebut dan berkata, "Ini derma terakhir kerana saya sudah tua dan tidak dapat bekerja lagi". Beliau meninggal dunia pada umur 93. Namanya Bai Fan Li.

Tidak perlu tunggu menjadi kaya baru hendak membantu orang yang susah. Bagaimana pula kita sebagai umat Islam yang tahu besarnya pahala sedekah?  



Tuesday, August 20, 2013

Mengapa Syiah Berpusat Di Iran?

serenemaklong.blogspot.com





IRAN, salah satu negara Syiah terbesar di dunia terkenal dengan ‘Revolusi Islam Iran’ yang dipimpin oleh Ayatullah Khomeini, seorang pemimpin besar Syiah.

Dahulu Iran dikenali dengan nama Parsi di mana majoriti penduduknya menganut agama Majusi (penyembah api, atau lebih dikenal sebagai Zoroasterisme). Kehidupan mereka mewah dengan harta benda, kerana sememangnya kota-kota di Parsi itu indah dan subur, serta peradabannya cukup maju pada masa itu.

Pada abad ke-7 Masihi, ketika cahaya Islam baru sahaja menjadi satu kuasa besar dalam percaturan kekuasaan di dunia, Islam tampil sebagai 'rising star' dibawah pimpinan Umar Al-Khattab. Ketika itu, Umar mengembangkan wilayah Islam sehingga ke Parsi, di mana pada ketika itu Parsi bernama Sassania. Pertempuran tentera Islam melawan tentera Parsi yang dikenali dengan nama peperangan Qadisiyah, di antara Saad bin Abi Waqqash melawan panglima Parsi, Rustum. Parsi akhirnya kalah. Peperangan demi peperangan melemahkan empayar Parsi sekaligus membawa Kaisar Parsi benar-benar runtuh dalam Perang Madain pada tahun 651 Masihi.

Pada ketika itu, ramai kaum Majusi yang berpura-pura memeluk agama Islam. Niat mereka ialah untuk menghancurkan Islam dari dalam. Mereka menyusun rancangan demi meruntuhkan kekuasaan kaum muslimin dengan cara menyelewengkan ajaran Islam dengan mencampuradukkan aqidah Majusi dan Yahudi.

Di antara strategi untuk melemahkan Islam ialah dengan pembunuhan Umar Al-Khattab, Khalifah Islam yang telah meruntuhkan empayar Majusi Kaisar Parsi. Hal itulah yang menjadikan Syiah benar-benar benci kepada Umar Al-Khattab. Kebencian yang terlalu tinggi itu dipotretkan lagi apabila mereka mengagungkan Abu Lu’luah (pembunuh Khalifah Umar) dengan gelaran ‘Bapa Pembela Agama.’

Sejurus kejatuhan Kaisar, seorang puterinya iaitu Yazdegerd III  menjadi tawanan kaum Muslimin. Puteri Kaisar itu akhirnya dinikahkan dengan Hussein bin Ali bin Abi Thalib. Kerana ini jugalah orang Parsi begitu fanatik ‘mendewakan’ Hussein bin Ali, ekoran Hussein memiliki puteri Sassania yang mereka anggap sebagai keramat.

Di sini terjawablah mengapa Syiah berpusat di Iran. Syiah adalah agama yang 'dilahirkan' bagi membalas dendam kekalahan Kaisar Parsi terhadap Islam. Syiah adalah simbol hasad dan kemarahan kaum Parsi kepada bangsa Arab amnya dan kaum Muslimin khasnya.

Foto: Tok Adi


Seruan Dr Abdul Rahman Barr

serenemaklong.blogspot.com






Bismillahirrahmanirrahim

Kepada semua ahli keluarga para tentera dan polis.

Daripada Prof Dr Abdul Rahman Al- Barr, Profesor Ilmu Hadith di Universiti Al-Azhar dan ahli Maktab Al Irshad, jemaah Ikhwanul Muslimin.

Wahai rakyat Mesir. Wahai ibu bapa dan anak-anak polis dan tentera yang terlibat dalam pembunuhan dan menyebabkan kecederaan ribuan rakyat Mesir yang (berhimpun) secara aman di Medan Raba'ah dan Nahdhah, di hadapan bangunan pengawal republik, di hadapan tugu peringatan, di Ramsis, di Masjid Al-Fath dan seluruh wilayah di Mesir.

Adakah kamu melihat apa yang telah dilakukan oleh ahli keluarga kamu (yang terdiri daripada polis dan tentera) terhadap saudara-saudara kamu sesama rakyat Mesir?

Adakah kamu melihat bagaimana mereka melepaskan tembakan kepada kanak-kanak, wanita, orang-orang tua dan pemuda-pemuda?

Adakah kamu tahu berapa ramaikah wanita yang telah menjadi janda apabila ahli keluarga dan suami mereka dibunuh?

Adakah kamu hitung berapa ramaikah ibu yang telah kehilangan anak mereka di tangan ahli keluarga kamu?

Adakah kamu hitung berapa ramaikah anak yatim yang telah kehilangan ayah mereka di tangan ahli keluarga kamu?

Adakah kamu melihat bagaimana ahli keluarga kamu (yang terdiri daripada tentera dan polis) telah masuk ke dalam kereta perisai dan jentolak kemudian menggilis wanita serta kanak-kanak yang masih hidup?

Dan bagaimana mereka membakar khemah sehingga rentung  sedangkan mereka yang berada di dalam khemah ketika itu masih hidup?

Dan bagaimana mereka membakar hospital lapangan yang terdapat di dalamnya para syuhada’ dan orang-orang yang cedera, tanpa belas kasihan?

Dan bagaimana mereka menembak orang-orang yang terluka dan cedera serta orang-orang yang cuba menolong mereka yang cedera di pusat perubatan tanpa rasa simpati?

Dan bagaimana mereka membakar masjid yang di dalamnya terdapat orang yang terluka dan tercedera serta jenazah para syuhada’?

Dan bagaimana mereka membiarkan jenazah para syuhada’ untuk satu jangka masa yang lama di jalan-jalan, di hadapan dan dalam bangunan dengan kekejaman yang melampau?

Adakah telah sampai kepada kamu berita bahawa seorang polis telah melepaskan tembakan kepada seorang wanita yang berada di samping suaminya yang cedera untuk merawatnya, dan polis itu mahu membunuhnya di depan mata suaminya?

Adakah telah sampai kepada kamu berita bahawa seorang polis telah melihat seorang pemuda membawa mangsa yang cedera dan kemudian polis itu menembak orang yang cedera tersebut?

Adakah kamu tahu polis dan tentera telah memukul wanita dan kanak-kanak di dalam masjid dan memaki mereka dengan kata-kata kesat?

Adakah kamu tahu kisah ini dan berpuluh-puluh serta beratus-ratus kisah yang memalukan dan mengaibkan, membuktikan bahawa telah hilang segenap makna kemanusiaan daripada hati pelaku-pelakunya?

Adakah kamu redha dengan semua ini?

Dan bagaimana kamu boleh hidup bersama semua binatang buas ini?

Dan adakah kamu beriman dengan balasan Allah ke atas mereka dengan jenayah mereka dan sikap kamu berdiam diri daripada menasihati, melarang, dan mengingatkan mereka?

Dan jagalah diri kamu daripada berlakunya dosa yang membawa bala bencana yang bukan sahaja akan menimpa orang-orang yang zalim di antara kamu secara khusus tetapi akan menimpa kamu secara umum.

Dan ketahuilah bahawa Allah Maha berat azab seksaNya. [Al Anfal : 25]

Sumber : Akaun Facebook Abdulrahman Albarr/Mesirkini
Foto: Muhamad Mumtaz Harun


Nasib Dua Pemimpin

serenemaklong.blogspot.com





HOSNI MUBARAK: Diktator zalim selama 30 tahun, perompak hasil bumi, pembunuh rakyat, bakal dibebaskan.

DR. MOHAMAD MORSI: Pemimpin pilihan rakyat, dikurung tanpa sebab munasabah, malah didakwa dengan tuduhan palsu.

Inilah tujuan sebenar rampasan kuasa yang dilakukan oleh Jeneral As-Sisi, iaitu membebaskan sekutu Israel, Hosni Mubarak daripada penjara, tidak kira apapun alasan yang mereka berikan kepada dunia untuk menghalalkan perbuatan itu.

Sheikh Al-Azhar dan kerajaan Saudi yang kuat menyokong rampasan kuasa tentera Mesir pasti berpuas hati dengan pembebasan Hosni Mubarak. Saudi yang menjaga dua tanah suci Makkah dan Madinah yang juga menjadi  pembekal minyak kepada Amerika Syarikat itu sungguh kecut dan takut kepada polis dunia itu.

Ini berbeza sekali dengan sikap pemerintah Saudi dahulu iaitu Al Marhum Raja Faisal. Baginda yang tidak teragak-agak membekukan penjualan minyak Saudi kepada Amerika Syarikat pada tahun 1973, yang mana akhirnya mencetuskan krisis tenaga dan ekonomi di seluruh dunia. 

Saudi tidak rasa bersalah sokongan mereka kepada tentera Mesir  menyebabkan ramai rakyat awam tidak berdosa menjadi syahid.  Mungkin Saudi tidak takut kepada pembalasan Allah. Berbanding mereka, umat Islam di dunia tidak sanggup berdiam diri di atas kezaliman yang dilakukan secara berterusan di beberapa buah negara di Timur Tengah.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan kelmarin, Nik Abdul Aziz menyebut:

“Hari ini Mesir ditinggalkan 'saudara-saudara'nya, sebagaimana Nabi Yusuf a.s. pernah dibuang oleh saudara-saudaranya di dalam telaga ribuan tahun lampau. Tetapi Baginda akhirnya diselamatkan dan menjadi penguasa Mesir. Saya yakin Insya-Allah, Mesir akan keluar dari telaga kezaliman para tentera dan akan bangkit semula sebagai sebuah bumi yang subur dengan gerakan Islam.

Pesan kepada para hakim yang membebaskan Mubarak sama seperti pesan ahli sihir yang beriman kepada Firaun :

فَاقْضِ مَا أَنْتَ قَاضٍ إِنَّمَا تَقْضِي هَذِهِ الْحَيَاةَ الدُّنْيَا

bermaksud: Berhukumlah kamu selagi mana kamu boleh berhukum, sesungguhnya kamu hanya mampu berhukum di dalam kehidupan dunia ini sahaja... - Surah Toha, ayat 72”

Benarlah kata-kata itu, wahai Tok Guru!!!
Semoga Allah mengubah keadaan di Mesir.

  
  Foto:  Dr.Amirul Amin