Gadis dalam foto ini baru berusia 13 tahun tetapi sudah melahirkan seorang bayi akibat perbuatan terkutuk seorang pedofilia yang sudah "grooming" dia sejak sebelum mengambil UPSR lagi. Dia kini dalam penjagaan NGO Baitus Solehah. Kerana tidak cukup tinggi untuk berada di tepi singki bagi memandikan bayinya, kakinya terpaksa berjengket.
Menurut Anie Alja dalam Page Warga Prihatin, gejala sosial dahsyat yang melanda umat Islam di Malaysia sekarang sudah semakin parah.
Child Grooming II
Ia lebih menakutkan daripada dirogol, sebab anak ini akan ketagih. Anak akan terus mencari sumber untuk melempiaskan nafsu mereka kerana dibelai sekian lama. Berkunjung ke page Warga Rpwp, mereka ada 1001 kes melibatkan anak-anak terlibat seks.
Sangat menakutkan.
Mak ayah jangan pandang isu ini ringan. Ia bakal menghancurkan generasi anak-anak kita.
Kebanyakan kes rogol berlaku ketika pemangsa hilang akal, dan anak berada di waktu dan tempat tidak sepatutnya. Contohnya, keluar berjalan malam sorang-sorang. Anak tidak kenal pemangsa.
Tapi dalam kes 'child grooming' anak mungkin sayang pada pemangsa. Ia mungkin berlaku di rumah, tempat yang selamat dan tidak langsung dikhuatiri oleh ahli keluarga.
Mangsa rogol mungkin mengalami trauma selepas dirogol, tapi anak bawah umur yang terdedah dengan aktiviti seks akan menjadi ketagih. Kedua-duanya buruk, kedua-duanya perlukan kaunseling dan kedua-duanya akan memenuhi lapisan generasi akan datang.
Dalam kes anak yang dilatih menjadi hamba seks, ia dibuat oleh orang yang rapat dan dipercayai. Mereka banyak masa bersama anak dan pemangsa yang dipercayai oleh mak ayah. Bebas keluar masuk rumah. Bebas bawa anak-anak kita keluar.
⧬⧬⧬⧬⧬⧬⧬⧬⧬⧬⧬
Dari Abdullah Ibn Mas'ud, Rasulullah s.a.w. bersabda, "Wanita itu aurat maka bila dia keluar rumah syaitan menyambutnya." (HR Tirmidzi 1183 dishahihkan oleh Syaikh Al Albani dalam Irmaul Ghalil 273).
Kawallah kebebasan anak-anak perempuan kita.
No comments:
Post a Comment