Seorang pemuda yang bersiar-siar di tepi hutan menghirup segar. Tiba -tiba terdengar bunyi “Auuuummmm... .!!!!!” Seekor ibu harimau lapar menggonggong anak yang sedang mencari mangsa sudah berada di hadapannya.
Kerana takut, dia pun berlari sekuat mungkin. Harimau itu meletak anaknya di perdu pokok lalu mengejarnya dari belakang. Dalam keadaan panik itu pemuda tadi masih sempat berdoa agar diselamatkan dari terkaman harimau. Doanya dikabulkan bila dia melihat sebuah perigi lama. Terlintas di hatinya untuk masuk ke dalam perigi itu kerana harimau tentu tidak akan ikut dia masuk ke sana. Alangkah beruntung kerana di tengah perigi itu tali menjulur ke bawah, lantas si pemuda turun ikut tali. Dia tahu kalau dia melompat kemungkinan kakinya akan patah kerana perigi itu agak dalam.
Sayang sekali tali itu pendek dan tidak dapat membantunya turun ke dasar perigi. Ketika sedang bergayutan itu mendongak ke atas, ternyata harimau tadi masih menunggunya di tepi perigi. Ketika dia menunduk ke bawah, terdengar bunyi air berkecipak. Setelah diamati ternyata ada 2 ekor buaya ganas sedang berusaha menggapai badannya. “Ya, Allah macam mana ni? Di atas ada harimau, di bawah ada buaya”.
Sedang dia berfikir mencari jalan keluar, tiba-tiba dari sebuah lubang di tepi perigi keluarlah seekor tikus putih yang naik meniti ke tali pemuda tadi lalu menggigitnya. Belum pun rasa tekejutnya hilang di satu lubang lagi muncul seekor tikus hitam yang melakukan perkara yang sama seperti tikus putih tadi. “Aduhai. Kalau putus tali ni, habislah riwayat aku dibaham buaya. Kalau aku naik ke atas, harimau pula menerkam aku”.
Tiba-tiba dia mendengar dengungan sekawan lebah yang sedang mengangkut madu untuk dibawa ke sarang mereka. Pemuda itu mendongak ke atas, tiba-tiba menitik setitis madu dari kawanan lebah itu langsung tertelan ke mulutnya. Spontan pemuda tadi berkata, “Subhanallah, alangkah manisnya madu ini. Baru sekali ini aku merasa madu semanis ini...!!!” Dia langsung terlupa akan ancaman buaya dan harimau tadi.
Pemuda itu adalah kita semua.
Harimau yang mengejar adalah maut kita, ajal memang selalu mengejar kita. Jadi ingatlah akan mati.
Dua ekor buaya itu pula ialah malaikat Munkar dan Nakir yang menunggu kita di alam kubur kita.
Tali tempat pemuda bergayut adalah hayat kita. Jika talinya panjang maka pendeklah umur kita, jika talinya pendek maka panjanglah umur kita.
Tikus putih dan tikus hitam adalah dunia kita siang dan juga malam yang senantiasa mengikis umur kita, umpama tikus menggigit tali tadi.
Madu yang setitik adalah nikmat dunia yang hanya sebentar. Bayangkan madu tadi masuk ke mulut pemuda itu sampai dia terlupa akan ancaman harimau dan buaya.
Begitulah juga kita ketika menerima nikmat yang sedikit tetapi terlupa kepada Allah. Ketika susah baru ingat kepada Allah.
Astaghfirullah, ingatilah Allah!!! Sebutlah dengan sepenuh hati dan lidah yang fasih dengan: *SUBHANA'LLAH *ALHAMDULI'LLAH *LA I LAHA ILLA'LLAH *ALLAHU AKBAR *ASTAGHFIRU' LLAH *LA ILAH ILLA'LLAH, MUHAMMADUN RASULU'LLAH *ALLAHUMMA SH*LLI ALA WA SALLIM WABARIK ALA SAYYIDINA MUHAMMAD *WA AALIHI WA SAHBIHI AJMA'IIN
No comments:
Post a Comment