Saturday, August 11, 2018

Berpada-pada Menilai Orang


Jangan pernah membenci atau memandang rendah kepada orang lain, hatta yang tidak bersefahaman dengan kita sekalipun. Selagi mereka Muslim mereka adalah saudara kita.


Kerana kita memang tidak tahu siapa yang akan mengurus jenazah kita pada hari akhir. Siapa yang Allah akan datangkan, di mana dan bagaimana itu semua akan berlaku adalah rahsiaNya. Boleh jadi orang yang kita fikir lebih lekeh dari kita, di segi lekeh harta, lekeh ilmu, pengalaman, rupa paras, pangkat dan status sosialnya daripada kita. Entah-entahkan orang itulah nanti yang memandikan tubuh kita selepas kita tidak dapat bergerak dan bernafas lagi.

Berpada-padalah menilai orang. Berpada~padalah dalam menyebarkan mesej. Jangan sampai mengumpat, cacian, fitnah dan rasa sombong menjadi pakaian hati. 

Pesanan buat  diri sendiri.



No comments:

Post a Comment