Sementara tunggu giliran dipanggil di sebuah klinik , ada satu keluarga Arab Sudan, suami isteri dengan 3 anak baru lepas terima rawatan.
Dekat tepi kaunter bayaran ada satu bahan makanan yang sedang dipromosi.
Saja nak tanya, jika kita faham apa maksud "PLEASE TAKE ONE"? Adakah seorang ambil satu atau sekeluarga ambil satu?
Jika kita faham seorang ambil satu saja, maka jika kebetulan kita datang bawa 3 orang anak, setiap anak boleh ambil satukan? Maka halallah untuk tiap orang anak makan benda tu.
Bapa Arab Sudan tu faham ialah sekeluarga ambil satu. Jadi ketika dah nak masuk kereta, bapanya perasan 2 orang anaknya ambil setiap orang satu. Dia tegur anaknya suruh pulangkan. Just take one only. Haram! dia kata.
Maka anaknya pun pulangkan semula sebungkus kat dalam kotak tu, dan masuk ke dalam kereta semula.
Subhanallah... begitu sekali seorang bapa menjaga amanah, memastikan barang yang halal masuk ke dalam perut anak-anaknya.
Sedangkan kebanyakan yang kita temui, jika ada barang percuma diletakkan di kaunter mana-mana pun, katakan sepiring kerepek untuk kita rasa, kita berhenti ambil makanan untuk dirasa, bila sedap, kita ambil segenggam dan berlalu pergi, bukan nak beli. Halalkah?
Pernah dengar satu pesanan ketika di Ladang Kurma di Madinah, "Kamu boleh makan sebanyak mana kurma yang dijamu di sini, ia halal, namun sebiji yang kamu masukkan dalam poket, dengan niat nak makan nanti atas bas, ia jadi haram."
Dengan kata lain jika kita di mana-mana majlis, jika makanan dihidangkan di situ, kita cuma boleh makan di situ, TIDAK boleh bungkus dalam tisu seketul dua pun dan masukkan dalam poket dengan tujuan nak beri orang yang tak datang tanpa minta izin dengan tuan majlis...
Yang kita bawa balik tu telah jadi haram sekiranya kita tidak minta halal dengan tuan majlis.
Maka berhati-hatilah dengan haram halal yang kita bagi anak-anak makan.
Walaupun asalnya halal, makanan halal , jadi haram apabila kita tak berilmu dan amanah menjaganya
No comments:
Post a Comment