Zimbabwe dan Amerika Syarikat adalah
negara yang majoriti rakyatnya beragama Kristian. Malah di dalam pemerintahan
mereka juga terdiri daripada mereka yang beragama Kristian (majoriti).
Ketika Akhi Firdaus Wong berprogram di
negara Zimbabwe, ia turut dihadiri oleh Menteri Hal Ehwal Luar Negara iaitu
Miriam Chikukuwa (paling kanan dalam gambar).
Beliau terkenal sebagai seorang menteri
yang banyak bercakap dengan mengutip ayat-ayat Bible di dalam setiap ucapannya
sehingga beliau digelar ‘Menteri Pastor’.
Apa yang menarik adalah di dalam setiap
mesyuarat dan di pentas ucapannya, beliau banyak menfokuskan mengenai isu LGBT.
Beliau sangat lantang mengkritik LGBT dan mengatakan ia bukan dari Tuhan tetapi
datang dari Satanisme.
Presiden mereka iaitu Robert Mugabe juga
merupakan individu yang lantang mengkritik LGBT. Kritikan mereka itu berasas
dari ajaran Bible itu sendiri di mana Bible ada menyebut:
“Dan jangan tidur dengan lelaki sama
secara orang bersetubuh dengan perempuan, kerana itu adalah suatu kekejian”
(Imamat 18: 22)
LGBT DAN BARAT
Idea memperjuangkan hak LGBT ini bermula
dari barat. Ia bukanlah dari mana-mana ajaran agama kecuali dari idea Hak Asasi
Manusia. Malah pada masa kini, kelompok ini semakin kuat di Barat sehingga
‘agama’ di sana juga terpaksa menerima pengaruh LGBT sehingga mereka terpaksa
menyerap idea itu untuk diaplikasikan dalam agama mereka.
Hal ini dapat dilihat secara jelas
seperti yang berlaku kepada gerakkan yang dituduh sesat seperti Unitarian
Universalist yang mana mereka sangat aktif memperjuangkan LGBT.
Gereja-gereja besar juga mula
mempromosikan perkara tersebut seperti Metropolitan Community Church, The
United Church of Christ, Alliance of Baptists , dan sebahagian gereja Anglican
and Lutheran juga membenarkan homoseksual. Hal ini diserap oleh pelbagai
denominasi gereja.
Malah agamawan Kristian di US seperti
Gene Robinson dan Mary Glasspool adalah bishop yang secara terbuka mengaku
Homoseksual di US Episcopal Church. Selain itu bishop Gerd Eva Cecilia Brunne di
Lutheran Church of Sweden juga secara terbuka mengaku sebagai lesbian. Hal ini
telah menimbulkan perdebatan yang besar di kalangan penganut Kristian sendiri.
KESIMPULAN
Di Amerika Syarikat dan banyak negara
barat lain, dilihat orang beragama (Kristian) mula membenarkan perbuatan seks
sejenis. Walhal ia adalah perkara yang tidak pernah berlaku sebelum ini.
Walaupun US dan Zimbabwe adalah negara
yang didominasi Kristian tetapi rangka pengaruh ideologi US banyak dipengaruhi
oleh humanisme. Walhal di dalam teks agama mereka jelas menentang perkara
tersebut.
Sekali lagi perlu kita faham, idea LGBT
ini berkembang apabila idea Hak Asasi Kemanusiaan mendahului teks agama.
Seperti gerakkan Humanisme adalah gerakkan yang memperjuangan LGBTQ secara
mendasar.
Di Amerika mereka memiliki pertubuhan
American Humanist Association (AHA) yang sangat berpengaruh.
Dalam hal ini juga tidak dinafikan
bahawa terdapat segelintir muslim turut terkesan dengan gerakkan ini. Yang mana
mereka gemar menganggungkan idea liberalisme dan Hak Asasi Kemanusiaan.
Sekira dikatakan hubungan sejenis ini
hadiah dari Tuhan, Tuhan manakah yang membenarkan? Sedangkan sebelum ini kami
sudah menjelaskan bahawa di dalam kitab-kitab suci agama di dunia ini majoriti
jelas menentang hubungan sejenis, baca di sini: https://www.facebook.com/ FirdausWongMRM/posts/ 1137998399644478
R&D MRM TEAM
No comments:
Post a Comment