Friday, August 3, 2018

Jangan Sesekali Tipu Isteri



Bila seorang wanita mendirikan rumahtangga, perkara utama yang dicarinya ialah kebahagiaan bersama suami dan anak-anak hingga akhir hayatnya. Dalam merealisasikan impiannya, wanita itu akan meletakkan sepenuh kepercayaan kepada suami dengan harapan, suaminya akan setia dan berlaku jujur kepadanya.

Tapi langit tidak selalu cerah hingga ke petang. Kadangkala suami mudah terpedaya dengan godaan luar hingga  melanggar janji setia kepada isteri. Mula menipu dan tidak jujur dengan isteri. Bila semuanya terbongkar, bagi isteri yang mudah kalah dalam peperangan emosinya, perceraian adalah jalan penyelesaiannya. Tapi bagi isteri yang kental, berfikiran waras dalam mengawal emosinya, mungkin kemaafan telah tersedia untuk si suami. 

Tetapi tidak KEPERCAYAAN. Sekali ia dikhianati, ia akan hilang untuk selama-lamanya. Pada masa itu, walaupun si suami berada dalam keadaan yang benar, si isteri sukar mempercayainya.

Isteri akan mula 'menyiasat' segala gerak geri suami. Dan jika sekali lagi si suami ditangkap menipu, isteri akan berhenti 'menyiasat'. Suami mungkin sangkakan isterinya tak marah lagi. Tapi sangkaan itu salah. 

Jika berlaku situasi itu, maknanya isteri sudah muak dengan tingkahlaku suami dan tidak ambil peduli dengan apa yang berlaku. Apa yang terlintas di fikirannya ialah menyusun strategi bagaimana untuk mengurangkan kebergantungan terhadap suami. 

Dia perlu menyiapkan diri dari segi material, fizikal dan mental untuk berhadapan dengan apa sahaja kemungkinan yang berlaku.

No comments:

Post a Comment