Thursday, August 23, 2018

Nasihat Nikah


1. KETIKA AKAN MENIKAH

Jangan sekadar mencari isteri, tapi carilah ibu bagi anak-anak kita. Janganlah sekadar mencari suami, tapi carilah ayah bagi anak-anak kita.

2. KETIKA MELAMAR

Anda bukan sedang meminta kepada orang tua/wali si wanita itu, tetapi meminta kepada Allah melalui orang tua/walinya.

3. KETIKA AKAD NIKAH

Anda berdua bukan menikah di hadapan kadhi, tetapi menikah di hadapan Allah SWT.

4. KETIKA RESEPSI PERNIKAHAN

Catat dan hitung semua tamu yang datang untuk mendoakan anda. Jangan berfikir untuk BERCERAI. Itu berti mensia-siakan doa mereka.

5. SEJAK MALAM PERTAMA

Bersyukur dan bersabarlah. Anda adalah sepasang anak manusia dan bukan sepasang malaikat.

6. SELAMA MENEMPUH HIDUP BERKELUARGA

Sedarlah bahawa jalan yang akan dilalui tidak melalui jalan bertabur bunga, tapi juga semak belukar yang penuh onak dan duri.

7. KETIKA RUMAHTANGGA DIPUKUL BADAI

Jangan saling berlepas tangan, tapi sebaliknya semakin erat berpegang tangan.

8. KETIKA BELUM MEMILIKI ANAK

Cintailah isteri atau suami anda 100%.

9. KETIKA TELAH MEMIKI ANAK

Jangan bahagi cinta anda kepada suami/isteri dan anaka, tetapi cintailah isteri atau suami anda 100% dan cintai anak-anak anda masing-masing 100%.

10. KETIKA EKONOMI KELUARGA BELUM BAIK

Yakinlah bahawa pintu rezeki akan terbuka luas dengan peningkatan ketaatan isteri dan kesetiaan suami.

11. KETIKA EKONOMI MENINGKAT BAIK

Jangan lupa jasa pasangan hidup yang setia mendampingi kita semasa menderita.

12. KETIKA ANDA ADALAH SUAMI

Boleh bermanja-manja kepada isteri tetapi jangan lupa untuk bangkit secara 
bertanggungjawab apabila isteri memerlukan pertolongan anda.

13. KETIKA ANDA ADALAH ISTERI

Tetaplah bersikap lemah lembut, tetapi selalu berhasil menyelesaikan semua kerja.

14. KETIKA MENDIDIK ANAK

Jangan pernah berfikir bahawa ibu bapa yang baik adalah ibu bapa yang tidak pernah marah kepada anak. Ibu bapa yang baik adalah yang mendisiplin anak dengan jujur.

15. KETIKA ANAK BERMASALAH

Yakinilah bahawa tidak ada seorang anak pun yang tidak mahu bekerjasama dengan ibu bapa, yang ada hanyalah anak yang merasa tidak didengar oleh ibu bapanya.

16. KETIKA INGIN HIDUP YANG HARMONI

Gunakanlah formula 7 K:
1. Ketakwaan
2. Kasih sayang
3. Kesetiaan
4. Komunikasi 
5. Keterbukaan
6. Kejujuran
7. Kesabaran

Ya Allah Ya Rabb...
Anugerahkanlah Pasangan Yang Baik, Sholeh/Solehah Untukku. 
Jadikanlah Rumahtangga Kami Sakinah Mawadah Warrahmah.

No comments:

Post a Comment