AYAH TAK CUKUP DUIT
Setiap bulan, mereka akan memikirkan
keperluan rumah, keperluan dapur, anak-anak, isteri, dan akhir sekali barulah
keperluan mereka. Kita mungkin tak tahu, dalam poket ayah cuma ada RM10 sewaktu
kita telefon minta wang semasa di universiti.
Bila awal bulan, memang seronok dapat
gaji. Tapi bila ditolak-tolak, semua harapan untuk membeli apa saja
kemahuan mereka terpaksa ditunda lagi. Hinggalah mereka melupakan terus hasrat
tersebut sampai ke hari ini.
AYAH KECEWA BILA TAK DAPAT BELIKAN
MAINAN YANG KITA MINTA
Ayah mahu gembirakan kita. Kalau
boleh, satu kedai mainan mahu diberikan kepada kita. Tapi tentulah ada masanya
dia perlu mendidik kita.
Ada masanya pula, kewangan tak
mengizinkan. Ayah rasa bersalah sangat bila tak dapat bawa balik mainan yang
diminta oleh kita adik-beradik. Kalau dapat duit lebih, benda itulah yang
pertama sekali ayah nak beli. Bukan barang lain.
AYAH MAHU DEKAT DENGAN KITA
Ayah mungkin nampak kekok apabila
berbual dengan kita. Tapi sebenarnya mereka mahu hadir dalam hati kita. Kalau
boleh, mereka mahu menghentikan masa supaya mereka dapat sentiasa ada dengan
anak-anak dan melihat semua seperti apa yang dilihat oleh mata ibu – langkah
pertama kita, perkataan pertama kita, dan berkongsi detik gembira dengan kita.
AYAH DAH CUBA SEHABIS BAIK UNTUK
KELUARGA
Kita mungkin tak perasan, ayah buat
‘overtime’ sebab mahu cukupkan belanja rumah atau beli barang yang kita asyik
sebutkan. Walaupun mereka sibuk bekerja, percayalah dalam hati mereka kerja
tersebut adalah diniatkan untuk mencukupkan keperluan keluarga, termasuklah
kita.
Tapi sebagai manusia, ayah juga
pernah tersalah langkah. Mungkin ia menyebabkan kita berdendam, terutamanya
kalau ada janji mereka yang tidak ditepati. Entah kenapa, kita rasa ayah tak boleh
buat silap. Sedangkan, mereka dah cuba sedaya-upaya, tapi segala ketentuan
bukanlah di tangan mereka. Kalau kita sedih, apatah lagi mereka.
AYAH PENAT
Ayah penat. Kadang-kadang ayah sibuk
ambil dan hantar anak ke sekolah sampai lupa makan tengahari. Ayah jamah saja
apa yang sempat. Masalah ayah, kita jarang tanya. Sebab kalau tanya pun,
mesti ayah kata tak ada. Lama-lama, kita pun lupa nak tanya lagi.
Bagaimana ayah dapat lakukan rutin
ini setiap hari, itu rahsia dia. Dengan kudrat itulah ayah membesarkan kita
hingga hari ini. Walaupun kita dah kahwin dan berkeluarga, ayah
masih tanya sama ada kita cukup makan pakai.
AYAH MAHU KITA JADI LEBIH BAIK
BERBANDING DIRINYA
Bila dah dewasa dan bekerja, baru
kita tahu tekanan itu datang dari mana. Tapi seingat kita, ayah selalu nampak
tenang dan ayah tak pernah mengeluh. Ayah hebat.
Tapi, dia tak mahu kita jadi seperti
mereka. Dia mahu kita jadi lebih baik berbanding dirinya.
AYAH MAHU KITA BOLEH HIDUP
TANPANYA SUATU HARI NANTI
Apa yang ayah larang selama ini ada
sebabnya yang tersendiri. Apa yang ayah suruh buat pun samalah juga. Pokok
pangkalnya, dia mahu kita boleh berdikari. Mereka tahu kita perlu hidup tanpa
mereka satu hari nanti.
Jadi, diharapkan ilmu dan didikan
yang diberikan kepada kita dapat menjadikan kita berfikir. Mungkin kita tak
faham pada waktu itu, tapi kita akan faham nanti. Apa yang kita nak kata,
katalah. Ayah tak risau tanggapan kita walaupun ada masanya dia berkecil hati.
Sebenarnya, bukan dia tak peduli
perasaan kita. Tapi ayah berpandangan jauh dan cuba menunaikan tanggungjawab
mereka sebaik mungkin.
AYAH TAK MENYESAL KORBANKAN
SEMUANYA UNTUK KITA
Apabila ayah semakin tua, ayah lega
tengok anak-anak berjaya. Tapi sebenarnya, yang kurang menyerlah pun, ayah
sayang juga. Tak ada lebih, tak ada kurang. Kita saja yang menuduh ayah yang
bukan-bukan.
Apa pun, ayah tak jemu mendoakan kita
setiap hari untuk menampung kekurangan mereka terhadap kita. Ayah tak pernah
menyesal berkorban untuk kita walaupun ada masanya kita tidak menjadi seperti
apa yang mereka harapkan.
AYAH SAYANGKAN KITA
Tiada kata yang dapat menerangkan
bagaimana ayah menyayangi kita. Mereka tak pandai menyusun ayat, mereka tak
pandai meyakinkan kita melalui kata-kata. Hanya Tuhan yang mampu menilai semua
pengorbanan ayah terhadap kita.
ITULAH PENGORBANAN AYAH!
Kadang-kadang kita memang tak nampak
semua perkara ini hinggalah kita dewasa.
Begitu banyak beban dan pengorbanan
ayah tidak mungkin terucap dengan kata-kata kerana cintanya terhadap kita.
Jadi, hargailah ayah kita walau apa pun sejarah kita dengan mereka. Ayah tidak
pernah meminta masa yang lebih....tapi hanya sekelumit masa bersamanya dah
cukup.
Ya Allah,
Berikan Syurga yang indah Buat Ayah kami.
Aamiin.
[FB Noorulamin Mukhtasar]
No comments:
Post a Comment