1. Isteri yang pandai bersyukur
Isteri yang bersyukur atas segala kurnia Allah pada hakikatnya sedang mengundang tambahan nikmat untuk suaminya. Punya suami, bersyukur. Menjadi ibu, bersyukur. Anak-anak mudah dididik, bersyukur. Suami memberikan nafkah, bersyukur. Suami memberikan hadiah, bersyukur. Suami mencintai setulus hati, bersyukur. Suami memberikan kenikmatan sebagai suami isteri, bersyukur.
“Dan ingatlah ketika Tuhanmu memaklumkan: jika kalian bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu dan jika kamu mengingkari (nikmatKu) maka sesungguhnya adzabku sangat pedih” (QS. Ibrahim: 7).
2. Isteri yang tawakal kepada Allah
Di saat seseorang bertawakal kepada Allah, Allah akan mencukupi rezekinya.
“Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah nescaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya.” (QS. Ath Thalaq: 3).
Jika seorang isteri bertawakkal kepada Allah, sementara dia tidak bekerja, dari mana dia dicukupkan rezekinya? Allah akan mencukupkannya dari jalan lain, tidak selalu harus langsung diberikan kepada wanita tersebut. Boleh jadi Allah memberikan rezeki yang banyak kepada suaminya, lalu suami tersebut memberikan nafkah yang cukup kepada dirinya.
3. Isteri yang baik agamanya
Rasulullah menjelaskan bahawa wanita dinikahi kerana empat perkara: hartanya, kecantikannya, nasabnya dan agamanya.
“Pilihlah kerana agamanya, nescaya kamu beruntung” (HR. Al Bukhari dan Muslim).
Beruntung itu beruntung di dunia dan di akhirat. Beruntung di dunia, salah satu aspeknya adalah dimudahkan mendapatkan rezeki yang halal.
Tidak ada satu pun keluarga yang semua anggotanya taat kepada Allah mati kelaparan. Tetapi bagaimana pula keadaannya dengan seorang suami yang banyak bermaksiat kepada Allah tetapi rezekinya lancar? Jawabnya, mungkin Allah hendak memberikan rezeki kepada isteri dan anak-anaknya melalui dirinya, walaupun dia banyak dosa. Ini adalah berkat taqwa isterinya dan anak kecilnya yang belum berdosa, Allah mempermudahkan rezekinya. Suami yang seperti ini sebenarnya sedang berhutang kepada isterinya.
4. Isteri yang banyak beristighfar
Di antara keutamaan istighfar adalah mendatangkan rezeki. Hal itu boleh dilihat dalam Surah Nuh ayat 10 hingga 12. Bahawa dengan memperbanyak istighfar, Allah akan mengirimkan hujan dan memperbanyak harta.
“Maka aku katakan kepada mereka, ‘Mohonlah ampun kepada Tuhanmu’, sesunguhnya Dia adalah Maha Pengampun, niecaya Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat, memperbanyak harta dan anak-anakmu, mengadakan untukmu kebun-kebun dan mengadakan (pula di dalamnya) sungai-sungai untukmu”(QS. Nuh : 10-12).
5. Isteri yang gemar bersilaturahim
Isteri yang gemar menyambung silaturahim, baik kepada ibu bapanya, mertuanya, keluarga dan saudara seaqidah, pada hakikatnya dia sedang membantu suaminya memperlancar rezeki. Sebab keutamaan silaturahim adalah dilapangkan rezekinya dan dipanjangkan umurnya.
“Siapa yang suka dilapangkan rezekinya dan dipanjangkan umurnya hendaklah dia menyambung silaturrahim.” (HR. Al Bukhari dan Muslim).
6. Isteri yang suka bersedekah
Isteri yang suka bersedekah juga pada hakikatnya sedang melipatgandakan rezeki suaminya. Jika isteri diberi nafkah oleh suaminya, lalu sebahagiannya dia gunakan untuk bersedekah, mungkin tidak langsung dibalas melaluinya. tetapi dibalas melalui suaminya. Jadilah pekerjaan suaminya lancar, rezekinya berlimpah.
“Perumpamaan orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah serupa dengan sebutir benih yang menumbuhkan tujuh bulir, pada tiap-tiap bulir ada seratus biji. Allah melipatgandakan (ganjaran) bagi siapa saja yang Dia kehendaki. Dan Allah Mahaluas lagi Maha Mengetahui.” (QS. Al Baqarah: 261).
7. Isteri yang bertaqwa
Orang yang bertaqwa akan mendapat jaminan rezeki dari Allah Subhanahu wa Ta’ala. Bahkan ia akan mendapatkan rezeki dari arah yang tak disangka-sangka. Sebagaimana firman Allah dalam surat At Talaq ayat 2 dan 3.
“Barangsiapa bertaqwa kepada Allah, nescaya Dia akan mengadakan jalan keluar baginya dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka” (QS. At Thalaq: 2-3).
8. Isteri yang selalu mendoakan suaminya
Rezeki itu pemberian dari Allah. Maka jangan hanya mengandalkan usaha manusiawi saja namun perbanyakkanlah berdoa memohon kepada-Nya. Doakan suami agar senantiasa mendapatkan limpahan rezeki dari Allah, dan yakinlah jika isteri berdoa kepada Allah untuk suaminya pasti Allah akan mengabulkannya.
“DanTuhanmu berfirman: Berdoalah kepadaKu nescaya Aku kabulkan” (QS. Ghafir: 60).
9. Isteri yang gemar Solat Dhuha
Shalat dhuha merupakan solat sunnah yang luar biasa keutamaannya. Shalat dhuha dua raka’at setara dengan 360 sedekah untuk menggantikan hutang sedekah setiap sendi. Solat dhuha empat rakaat, Allah akan menjamin rezekinya sepanjang hari.
“Di dalam tubuh manusia terdapat 360 sendi, yang seluruhnya harus dikeluarkan sedekahnya.”
Mereka (para sahabat) bertanya, “Siapakah yang mampu melakukan itu wahai Nabiyullah?”
Baginda s.a.w. menjawab, “Engkau membersihkan kotoran yang ada di dalam masjid adalah sedekah, engkau menyingkirkan sesuatu yang mengganggu di jalan adalah sedekah. Maka jika engkau tidak menemukannya (sedekah sebanyak itu), maka dua raka’at Dhuha sudah mencukupimu.” (HR. Abu Dawud)
Allah ‘Azza wa Jalla berfirman, “Wahai anak Adam, janganlah engkau luput dari empat rakaat di awal harimu, nescaya Aku cukupkan untukmu di sepanjang hari itu.”(HR. Ahmad).
10. Isteri yang taat dan melayani suaminya
Salah satu kewajiban isteri kepada suami adalah mentaatinya. Sepanjang perintah suami tidak dalam rangka menderhakai Allah dan RasulNya, isteri wajib mentaatinya.
Apa hubungannya dengan rezeki? Ketika seorang isteri taat kepada suami, maka hati suaminya pun tenang dan damai. Ketika hatinya damai, dia boleh berfikir lebih jernih dan kreativitinya muncul. Semangat kerjanya pun meningkat. Ibadah juga lebih tenang, lantas rezeki mengalir lancar.
#PesananBuatDiri
No comments:
Post a Comment