Tuesday, August 14, 2018

Khasiat Minum Air Sejuk Waktu Pagi


Apa khasiat minum air sejuk pada waktu bangun pagi sebelum mulut dicuci ?
  
Menurut Dr Zubaidi Ahmad, di dalam badan kita ada suatu molekul tersangat penting untuk kesihatan, iaitu Nitric Oxide ( NO ). NO bertindak mengawal tekanan darah, sebagai neurotransmitter,  anti-penuaan, anti-oxidant, anti-inflammatori dan banyak lagi peranan pentingnya. 

Ada banyak cara Allah S.W.T. memberikan NO kepada kita,makhluknya. Salah satu cara ialah dengan adanya bakteria - bakteria tertentu di dalam rongga mulut dan hidung kita yang menghasilkan NO secara semulajadi,terutama ketika kita tidur. NO yang terhasil itu terkumpul di dalam air liur yang wujud semasa kita tidur 

Rujuk: Jose Miguel Chatkin, MD; Wei Qian, MD; Patricia A. McClean, MSc; et al Noe Zamel, MD; James Haight, MD; Phillip Silkoff, MD. Nitric Oxide Accumulation in the Nonventilated Nasal Cavity. Arch Otolaryngol Head Neck Surg. 1999;125(6):682-685.

Maka apabila kita bangun dari tidur dan minum air sejuk, NO di dalam air liur kita itu dibawa ke dalam perut kita yang kosong dan diserap ke dalam peredaran darah. NO sangat penting untuk kesihatan kita terutama jantung.

Adalah kurang bijak untuk mengamalkan berkumur dengan segala bentuk ubat pencuci mulut bagi orang yang tiada apa-apa penyakit mulut, sekadar untuk memberikan bau mulut yang menyegarkan. Ubat pencuci mulut dan segala mouthwash ini akan menghapuskan bakteria pembuat NO di dalam rongga mulut.


Kalau ada keperluan tertentu dan diarahkan oleh doktor, barulah sesuai digunakan ubat kumur pencuci mulut itu. 

Moga perkongsian ini bermanfaat.

No comments:

Post a Comment