Tuesday, August 14, 2018

DOA ARAFAH


Tarikh untuk doa arafah di Malaysia ialah pada 21.08.2018 kira-kira jam 8.48mlm-11.30mlm. Ketika itu semua di Malaysia pun boleh turut berdoa.

INGAT dari jam 8.48mlm-11.30mlm doa, doa dan doa. Jangan putus berdoa. Ulang doa yang sama pun tak apa. Masa tu nak menangis pun menangislah. 

Minta bersungguh-sungguh kepada ALLAH S.W.T. 




Berikut adalah beberapa doa yang boleh masukkan dalam senarai, In Syaa Allah:

*01*. Ya Allah, kurniakanlah padaku Kejayaan terbesar - selamat dari api neraka dan masuk ke Syurga Firdaus.

*02*. Ya Allah, masukkanlah aku dan keluargaku dalam golongan yang beriman, yang menerima kitab amal di tangan kanan kami.

*03*. Ya Allah, Kurniakanlah padaku kematian yang diberkati. Izinkan aku mengucapkan syahadah sebelum aku menghembuskan nafas terakhir.  Kurniakanlah padaku syafaat Rasulullah SAW.

*04*. Ya Allah, masukkanlah aku dalam kalangan Rasulullah SAW, keluarganya dan para sahabat di Syurga Firdaus.

*05*. Ya Allah selamatkanlah rakan-rakan bukan Islam ku dari neraka. Kurniakan mereka hidayah Islam.

*06*. Ya Allah, satukan aku dalam Syurga Firdaus dengan orang-orang yang aku sayangi semata-mata kerana-Mu.

*07*. Ya Rabb, sempurnakan agamaku dan ibadatku. Selamatkan aku daripada kejahatan dan izinkan aku menyempurnakan sebahagian daripada agamaku.

*08*. Ya Allah, terimalah amalan baikku dan tingkatkan pahala dan Rahmat untukku. Padamkan dosa-dosaku dan ampunkan aku sepenuhnya. Limpahi RahmatMu untukku dan selamatkanlah aku dari kehinaan pada hari hitungan amal.

*09*. Ya Allah, apabila aku mati, biarlah jiwaku dan rekod amalanku menjadi amalan tertinggi.

*10*. Ya Allah, kurniakan aku, ibu bapaku, keluarga dan anak-anakku bimbingan, ketabahan dan peningkatan Iman.

*11*. Ya Allah, masukkan aku dalam golongan  yang Engkau lindungi, mendapat pengampunan Mu dan mendapat naungan pada hari ketika tidak ada naungan selain dari Arash Mu.

*12*. Oh Tuhanku, tingkatkan keyakinan dan tawakkalku padaMu. Janganlah ada keraguan dalam kepercayaanku dalam keEsaan Mu, kehebatan Mu dan kekuasaan Mu.

*13*. Ya Allah, tingkatkanlah kecintaanku untuk Mu dan Nabi Mu SAW.

*14*. Ya Allah, ampunilah aku dan tingkatkanlah kurnian Rahmat dan Rezeki Mu.

*15*. Ya Allah, berilah aku lebih banyak peluang untuk berbuat baik dan mendapat keredhaanmu.

*16*. Ya Allah ya Rabb, sucikan niatku hanya untuk Mu semata dan lindungi aku dari menunjuk-nunjuk atau kebanggaan palsu. Selamatkan aku dari sifat angkuh, sombong, menunjuk nunjuk dan mengungkit ungkit nikmat.

*17*. Oh Penciptaku dan Tuhanku, jangan biarkan aku sendirian. Berkati aku dengan pasangan yang sesuai dan anak-anak yang akan menjadi penyejuk mataku.

*18*. Oh Tuhanku, jadikanlah aku dari orang-orang yang sabar dan patuh kepada Mu dan kepada ibu bapaku.

*19*. Ya Allah, Selamatkanlah aku dari Fitnah Dajjal.

*20*. Ya Allah, Selamatkanlah aku dari azab kubur dan azab api neraka.

*21*. Ya Allah, tingkatkanlah usahaku dalam kerja-kerja Sadakatul Jariah.

*22*. Ya Allah, berkati hidupku dengan kesihatan yang baik, agar aku dapat bersujud padamu dengan mudah sehingga akhir hayatku.

*23*. Ya Allah, lindungi aku dan seluruh umat Islam dalam menentang penindas-penindas yang zalim. Selamatkan kami dari fitnah dan permudahkanlah bagi kami mengharungi zaman yang sukar ini.

*24*. Ya Allah, Ya Tuhanku, berkati hidupku dengan yang terbaik di dunia ini, yang terbaik di akhirat nanti dan selamatkanlah aku dari api neraka. Sesungguhnya aku memang memerlukan kurniaan dari Mu Ya Allah.

*25*. Ya Allah, tingkatkanlah kesyukuranku semata-mata kepada Mu.

*26*. Ya Rabb, selamatkan aku dari kemunafikan.

*27*. Ya Allah, izinkan aku dan isteriku menjadi antara jemaah menunaikan Haji sebelum kami dijemput olehMu.

*28*. Ya Allah lindungi kami dari syaitan, jin dan arak. Lindungi kami dari perbuatan jahat dan niat mereka.

*29*. Ya Allah ampuni dan berilah Rahmat kepada ibu bapa kami, kerana mereka menjaga kami ketika kami masih kecil.

*30*. Ya Allah, aku berdoa dan memohon daripadamu untuk mengurniakan bimbingan kepada pemuda dan umat Islam. Selamatkan kami semua dari kufur, putus asa, salah laku dan syirik.

*31*. Ya Allah, berikan aku kekuatan untuk melawan kemalasan dan tidur, semoga aku dapat bangun untuk tahajjud dan solat subuh setiap hari.

In Syaa Allah Gunakanlah Selamat Beribadat! 


No comments:

Post a Comment