Baiti Jannati
Pada zaman Rasulullah ﷺ ada seorang isteri solehah yang sangat taat pada sang suami. Selalu menurut dan tidak pernah membantah, ke mana dia ingin pergi pasti meminta izin, jika tidak diizinkan dia akan batalkan niatnya."
Suatu hari suaminya ke medan perang, ikut berjihad bersama Rasulullah ﷺ . Sebelum berangkat ke medan perang, sang suami berpesan agar sang isteri tidak membawa masuk bukan mahram dalam rumah dan tidak sesekali keluar rumah tanpa izinnya. Dan sang isteri pun mentaati suaminya."
Setelah beberapa hari suaminya ke medan perang, datang seorang pemuda mengetuk pintu rumahnya, dia tidak membuka hanya menyahut dari dalam rumah. Pemuda tersebut mengkhabarkan bahawa ayah sang isteri sedang sakit tenat dan diminta segera untuk menjenguk ayahnya.
Sang isteri terkejut dan sangat sedih. Dan dengan berat hati dia berpesan kepada pemuda itu, "Sampaikan maafku kepada ayah, aku tidak boleh menjenguknya kerana aku belum dapatkan izin suami. Suamiku sedang berperang, aku tidak berani meninggalkan rumah tanpa izinnya". Kemudian pemuda itu pergi dan menyampaikan pesanannya.
Selang beberapa hari terdengar pemuda itu memanggil dari luar, dan isteri itu menyahut. Pemuda itu menyampaikan bahawa ayahnya sudah meninggal dunia. Pemuda itu sangat berharap sang isteri dapat melihat ayahnya untuk kali terakhir.
Sang isteri mendengar kata pemuda itu, kakinya lemah dan tidak berdaya, air matanya mengalir, ingin rasanya ia melihat ayahnya untuk kali terakhir namun dia tidak berani melanggar amanah suaminya yang menyuruh tidak keluar rumah selama kepergiannya.
Dan sang isteri menguatkan hatinya dan berkata "Aku sangat ingin melihat ayahku, akan tetapi aku tidak boleh melanggar amanah suamiku, aku tidak berani melangkah keluar dari rumah walau hanya selangkah, aku takut murka Allah kerana tidak taat dengan suamiku."
Akhirnya setelah ayahnya dimakamkan, Allah سبحانه وتعالى pun mengampuni semua dosa sang ayah kerana berkat ketaatan anak perempuannya kepada sang suami. Sungguh, begitu besar pahala yang diberikan Allah سبحانه وتعالى kepada sang isteri yang taat kepada suaminya. "
Komen Admin:
Wanita yang bersifat "liberated" mungkin tidak dapat menerima hakikat ini. Sesungguhnya mereka tidak tahu bahawa Allah S.W.T. dan Rasulullah s.a.w.sentiasa mengingatkan bahawa SYURGA ISTERI ADALAH DI BAWAH TAPAK KAKI SUAMI, sebagaimana SYURGA ANAK ADALAH DI BAWAH TAPAK KAKI IBU.
Hanya wanita yang benar-benar mentaati perintah Allah S.A.W saja yang dapat memenuhi kehendak suami yang baik seperti ini. Lainlah kalau suami menyuruh dia melakukan maksiat. Itu memang wajib dilanggar.
Wallahualam
No comments:
Post a Comment