َ
Dari Abu Hurairah RA, bahwa Rasulullah SAW bersabda: "Perumpamaan orang mukmin adalah ibarat sebatang tanaman yang muda lembut yang melambai-lambai daunnya, bergoyang apabila ditiup angin. Apabila berhenti angin daripada bertiup maka dia berdiri tegak. Demikian keadaan seorang mukmin, kadang-kadang dicondongkan (sentiasa diuji) dengan bala atau ujian. Sebaliknya perumpamaan orang kafir bagaikan pohon kayu jati yang keras yang berdiri tegak (tidak bergerak-gerak) hingga Allah (dengan mudah) mematahkannya (membinasakannya) bila Allah menghendakinya." (HR Bukhari No: 6912) Status: Hadis Sahih.
Pengajaran:
1. Setiap Mukmin akan melalui pelbagai ujian dan dugaan dalam hidup.
2. Perumpamaan orang mukmin seperti sepohon pokok muda lembut, tidak dapat tegak dengan mudah malah sentiasa ditiup angin yang menyebabkan ia condong kekanan dan kekiri. Hal ini bermaksud keadaan seorang mukmin yang sentiasa melalui ujian dan cobaan, namun yang tahan diuji tidak akan patah malah akan berdiri tegak kembali selepas ujian tersebut.
3. Perbandingan orang yang berbuat dosa atau kafir seperti pokok kayu jati yang keras dan berdiri tegak, seolah-olah tidak ada ujian kepadanya sehingga ia berterusan melakukan kemungkaran tanpa rasa bersalah hingga Allah mendatangkan hukuman kepadanya sama ada di dunia mahupun di akhirat.
4. Untuk menjadi mukmin sebenar, mesti melalui ujian dan cabaran dengan sabar dan redha di atas ketetapan qada dan qadar. Dalam masa melalui ujian dan bencana inilah dapat diketahui kekuatan, keyakinan dan kesabaran seseorang kepada Allah.
5. dilalui seperti sakit, kematian, kelaparan dan sebagainya merupakan satu proses pembersihan dosanya serta mengangkat darjatnya ketempat yang lebih tinggi. Firman Allah:
وَلَنَبۡلُوَنَّكُم بِشَيۡءٖ مِّنَ ٱلۡخَوۡفِ وَٱلۡجُوعِ وَنَقۡصٖ مِّنَ ٱلۡأَمۡوَٰلِ وَٱلۡأَنفُسِ وَٱلثَّمَرَٰتِۗ وَبَشِّرِ ٱلصَّٰبِرِينَ ١٥٥
Dan sungguh akan Kami berikan cobaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar (al-Baqarah:155).
Jadilah seperti pohon muda yang tidak patah atau tumbang apabila ditiup angin, malah lebih kuat dan cekal.
[Sumber FB El Nazri]
No comments:
Post a Comment