Jika bernikah kerana harta, maka pasangan bakal bercerai jika jatuh miskin. Jika bernikah kerana keindahan tubuh badan, pasangan bakal lari jika rambut beruban, kulit berkedut atau badan menjadi gendut. Jika bernikah kerana anak, maka pasangan akan mencari alasan untuk pergi jika anak tidak hadir. Jika bernikah kerana keperibadian, pasangan akan lari jika tingkah laku berubah. Jika bernikah kerana cinta, hati manusia itu tidak tetap dan mudah terpikat yang lebih baik. Bernikahlah kerana Allah, sesungguhnya Allah itu kekal dan Maha Pemberi hidup kepada makhlukNya. Allah mencintai hamba-Nya melebihi seorang ibu mencintai bayinya. Maka tiada alasan apapun di dunia yang dapat meretakkan rumah tangga kecuali jika pasangan itu derhaka kepada Allah.
Nasihatilah Aku
Rasulullah s.a.w. telah memberikan bahagian harta rampasan dari Perang Hunain kepada Hakim bin Hizam. Namun dia menganggap bahawa pemberian tersebut terlalu sedikit. Dia kemudian meminta tambahan lagi. Kemudian timbul pula di hati Hakim lalu bertanya: "Ya Rasululah, manakah pemberianmu yang lebih baik?" Baginda Rasulullah saw menjawab:"Pemberian yang pertama." Hakim bertanya lagi: "Kenapa kebaikan itu dari pemberian yang pertama?" Baginda Rasulullah saw menjawab: "Sesungguhnya harta ini adalah tanaman yang manis. Barangsiapa mengambilnya dengan jiwa dermawan dan memakannya dengan baik, maka harta itu akan menjadi barakah baginya. Barangsiapa mengambil dengan jiwa yang tamak dan memakannya dengan cara yang buruk, maka harta itu tidak akan menjadi barakah kepadanya sehingga dia makan yang banyak tetapi tidak pernah merasa kenyang." Setelah mendengar sabda itu Hakim mengambil keputusan untuk tidak mengambil apa-apa pun sehingga dia wafat. Demikian kisah untuk direnungkan. Bukan pemberi sahaja harus dermawan tetapi penerima juga harus dibekalkan dengan jiwa yang lebih dermawan dari pemberi. ~ Tangan di atas lebih baik daripada tangan di bawah ~
Nasihatilah Aku
"Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmat-Mu yang engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibubapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redhai dan jadikanlah sifat-sifat kebaikan meresap masuk ke dalam jiwa zuriat keturunanku. Sesungguhnya aku bertaubat kepadamu, dan sesungguhnya aku dari orang-orang Islam (yang tunduk patuh kepadamu)". (Surah Al Ahqaf ayat 15)
Nasihatilah Aku
Malaikat sangat tertib ketika menunaikan ibadah. Baginda Rasulullah saw telah mengajarkan umatnya supaya mengikuti malaikat dalam beribadah. Baginda Rasulullah saw bersabda:"Apakah kamu tidak ingin membuat saf ataupun barisan layaknya Malaikat membuat saf?" Para sahabat bertanya:"Bagaimana mereka membuat syaf di hadapan Rabb?" Bagindada Rasulullah saw menjawab: "Mereka menyempurnakan saf pertama terlebih dahulu dan mereka saling merapatkan saf." Allah telah memberikan kelebihan kepada umat Muhammad saw dengan menjadikan saf-saf umat Muhammad saperti saf Malaikat. Pada hari kiamat kelak para Malaikat akan datang dalam keadaan berbaris dengan rapi. Demikian juga umat Muhammad s.a.w.
Perjalanan hidup manusia sangat lah panjang sejak berada di alam roh, dilahirkan ke dunia, hingga ke akhirat. Ketika mengakhiri kehidupan di dunia, manusia memasuki alam barzakh dan menanti datangnya hari kiamat. Selain dari mengalami tahap penderitaan ketika didatangi sakaratul maut, manusia yang dijemput ajal akan melalui lagi penderitaan yang bukan sedikit ketika di alam kubur, jika semasa hidup dia melakukan dosa dan kezaliman.
No comments:
Post a Comment