Tuesday, August 14, 2018

Pastikan Dulu Yang Tercalar Itu Ego Atau Maruah



Kadang-kadang susu yang diberi dibalas dengan tuba. 

Jika pemberian dibuat kerana mengharap redha Allah, hati tidak akan rasa kecewa.

Kekecewaan timbul kerana ego diri tercalar. 

Ego tidak sama erti dengan maruah. MARUAH ialah harga diri dengan ALLAH, bukan dengan hamba-Nya. Maruah berada di tempat tinggi bila akhlak dijaga rapi, maksiat dihindari dan agama Allah dipertahankan. 

Rasa kecewa sesama manusia tidak timbul kerana Allah menjaga maruah kita. Bila hinaan dan cercaan tidak berbekas di hati, amalan baik sesama insan dapat diteruskan, semata-mata kerana mahu menjaga maruah dengan Allah. 

Bagaimanapun, jangan berbuat baik kepada orang yang menghina agama Allah kerana penghinaan demikian menjatuhkan maruah. 

Ketika ini bertindaklah sewajarnya ke atas si pelaku. 

Oleh itu, jika hati terasa panas bila dicerca, tanyakan pada diri: egokah yang tercalar atau maruah yang jatuh? 

(Padanya Ada Hikmah)

No comments:

Post a Comment