Friday, July 7, 2017

Zon Masa Manusia Tidak Sama



Terbaca satu tazkirah yang sangat baik untuk dikongsikan kepada kita semua sebagai tazkirah dan muhasabah diri...

Dalam dunia ini, semua benda bergerak dalam zon masa masing-masing.

Ada yang masih single.
Ada kahwin 20 ribu belanja, sebulan sudah berpisah.
Ada yang sudah kahwin 10 tahun tetapi masih belum ada anak.
Ada yang baru kahwin bulan lepas, hari ini sudah hamil.

Ada yang grad umur 23 tetapi terpaksa tunggu 5 tahun sebelum dapat kerja tetap.
Ada juga yang grad umur 29 tetapi lepas grad terus dapat kerja jawatan tetap.

Ada yang muda lagi umur 25 jadi CEO tetapi umur 50 sudah meninggal.
Ada juga yang umur 50 baru jadi CEO dan hidup sampai umur 90.

Zon masa kita semua tidak sama.
Jadi tidak perlu merasa kita 'tertinggal' hanya bila nampak orang lain lebih berjaya. 
Masa kita belum sampai.
Obama bersara padqa umur 55, tetapi Trump 'bermula' pada umur 70.
Hanya zon masa mereka saja yang berbeza.
Tetapi sama-sama dapat jadi Presiden.

Ada yang dipanggil Datuk pada usia 47 tahun, dan ada yang dah ada cucu di umur yang sama. 
Malah ada yang baru menimang cahaya mata pertama pada umur yang sama.

Ada yang 'depan' dari kita.
Tetapi ada juga yang 'belakang' darikita.
Semua orang bergerak dalam laluan berbeza pada zon masa yang berlainan.

Allah ada perancangan berbeza untuk kita semua.
Jangan dengki, jangan sakit hati, jangan sedih.
Mereka bergerak dengan zon masa mereka dan kita pun ada zon masa sendiri.

You are not late.
You are not early.

You are just on time.
Jangan stres.

Percayalah bahawa perancangan Allah jauh lebih baik, rezeki kita telah dicatat oleh-Nya.

Siapa hendak jaga kita bila kita sudah tua?

Ada orang, dia susah hati kerana belum bertemu jodoh. 
Di fikirannya, "Siapalah yang akan jaga aku bila aku dah tua nanti."

Ada orang, sudah berkahwin tetapi belum punya anak, pun terfikir, "Siapakah yang akan jaga aku bila aku dah tua nanti."

Ada orang, ada anak, tetapi hanya seorang, pun terfikir, "Kalau dia kerja jauh siapalah yang nak jaga aku nanti."

Ada orang, anaknya semua lelaki, juga terfikir, "Siapalah yang akan jaga aku nanti. Mahu ke menantu perempuan aku nanti jaga aku."

Ada orang, anaknya semua perempuan, sama juga terfikir, " Kalau semua tu ikut suami masing masing, siapalah yang nak jaga aku nanti."

Apa masalah kita sebenarnya?

Kita letakkan masa depan kita di tangan manusia.
Di tangan anak.
Di tangan suami.

Walhal yang jaga kita itu ALLAH.

Berapa ramai orang yang anaknya ramai, cukup nisbah lelaki perempuannya, namun masih terabai hidup bersendirian di rumah usangnya sehingga meninggalnya juga seorang diri.

Berapa ramai juga orang yang hidupnya tidak bertemu jodoh, namun pada usia 60 70 80 masih sihat, boleh urus diri jauh lebih baik daripada orang yang usianya baru jejak 50-an namun sudah sakit lutut jalan bertongkat walau anak-anak ada di sisi menjaganya. 

Itulah kita kata rezeki.
Dan rezeki itu hak Allah.
Yakin.
Yakin.
Yakin.

Jangan runsingkan kerja Allah. 
Runsingkan kerja kita yang asyik tak siap ini.

Jangan runsing belum ketemu jodoh
Jangan ribut belum ada zuriat
Jangan sedih hanya kerana beranak seorang
Jangan kalut kalau hanya ada anak lelaki
Jangan cemas jika hanya ada anak perempuan.

Lebih dari itu jangan takbur sangat, "Kita ada jodoh, anak ramai, cukup laki perempuan."

Jangan pertikaikan, "Eh nanti tua siapa nak jaga kau?" Kita sendiri pun belum tahu nasib kita nanti. Sempatkah kita tua? "
Masa depan kita sentiasa di tangan Allah.
Dan Allah itu adil.
Setiap orang akan dapat apa yang Allah kata dia layak dapat.
Kuatkan pergantungan kepada Allah, itu yang paling penting. 

Pendek kata
ALLAH ADA.
Jangan takut

#copypaste
#terimakasihpenulisasaltaktahusiapa
#Allah sebaik-baik perancang
#Allah sebaik-baik pelindung

No comments:

Post a Comment