“Boleh jadi seorang hamba menuturkan satu kata-kata yang diredai Allah yang menurutnya tiada apa-apa, lalu dengan itu Allah mengangkatnya berdarjat-darjat.
Dan boleh jadi seorang hamba menuturkan satu kata-kata yang dimurkai Allah yang menurutnya tiada apa-apa namun dengan itu Allah humbankannya ke neraka!” (Riwayat al-Bukhari)
Demikian Rasulullah s.a.w. mengajar kita bahawa satu kata-kata sahaja boleh memungkinkan kita ke syurga-alhamdulillah- atau ke neraka!-wal iyazubillah-.
Muhasabah untuk kita semua.
→→→→→→→→
⧪⧪⧪⧪⧪⧪⧪Kata-kata ke syurga:
1. Tidak lupa sebut ‘insya-Allah’ dalam setiap yang dirancang.
2. Berdoa kepada Allah dalam setiap keadaan.
3. Rutinkan lidah dengan zikir.
4. Mengucapkan salam.
5. Baca al-Quran.
6. Bercakap lembut dengan ibu, bapa, isteri dan anak-anak.
7. Menegur kemungkaran.
8. Mengajak orang buat baik.
9. Menasihati orang.
10. Mendoakan kebaikan buat orang lain.
11. Mengajarkan ilmu yang bermanfaat.
12. Membantu orang; menunjukkan jalan, mohon bantuan bagi pihak orang lain
13. Mendamaikan Muslim yang berbalah.
⭄⭄⭄⭄⭄⭄⭄Kata-kata ke neraka:
1. Menyakiti hati ibu bapa.
2. Mencela diri sendiri, anak, isteri
3. Mendedahkan keaiban diri sendiri.
4. Menyebarkan keaiban orang lain.
5. Mengejek orang dengan gelaran tidak baik.
6. Mengumpat.
7. Melaga-lagakan orang.
8. Merendah-rendah orang lain.
9. Mengangkat diri sendiri.
10. Banyak bersembang perkara yang tidak berfaedah.
11. Bersembang perkara yang batil.
12. Menipu.
13. Mengutuk orang yang telah mati.
14. Mengutuk sembarangan makhluk Allah sama ada haiwan, cuaca dan sebagainya.
15. Mendoakan kecelakaan atas diri atau orang lain.
16. Suka bertekak, berdebat dengan orang.
17. Bergurau dan melawak lebih-lebih.
18. Menidakkan rahmat Allah buat orang lain
19. Suka mengampu.
20. Mengutuk sahabat Nabi.
21. Bercakap tentang agama tanpa ilmu, cepat menghukumkan halal-haram ikut kepala sendiri.
22. Menyebarkan hadis palsu.
[Sumber: FB Ustaz Muhammad Luqman Makhtar, editor Majalah Solusi]
No comments:
Post a Comment