Sunday, July 16, 2017

Menyesali Sebelum Menyesal



Peringatan untuk diri sendiri dan kalian yang dikasihi. Semoga kita menjadi hamba Allah yang diredhai.

Terima kasih kepada penulis asal nasihat ini.

☆☆☆☆☆☆☆

Manusia ini ibarat botol. Botol yang sama ...

1. kalau diisi air mineral, harganya jadi RM1++
2. kalau diisi jus, harganya jadi RM 8++
3. kalau diisi Madu Yaman, harganya jadi
RM200++
4. kalau diisi minyak wangi, harganya jadi
RM1000.
5. kalau diisi air longkang, ia hanya layak
dibuang ke tong sampah kerana langsung
tidak ada harga dan tidak ada siapa yang
suka.

Botol sama tetapi harga berbeza ... sebab isi di dalamnya yang bernilai.

Manusia semua sama. Hanya iman dan amal dalam diri seseorang itu yang menyebabkan dia berharga di sisi ALLAH, atau dia dipandang hina oleh ALLAH lalu di buang ke dalam neraka.

Fikir-fikirkanlah sebelum kita dipanggil dan disoal apa tujuan kita dihidupkan di dunia ini.

No comments:

Post a Comment