Friday, July 21, 2017

Kebumikan Di Mana Jenazah Meninggal




Imam Ahmad , an-Nasa’i dan Ibnu Majah meriwayatkan daripada Abdullah bin Amr Radhiyallahu ‘Anhuma telah berkata : ” Seorang lelaki kelahiran kota madinah meninggal dunia di Madinah. Maka Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam telah menyembahyangkan jenazahnya.
Baginda kemudiannya bersabda : ” Alangkah baiknya andai kata beliau meninggal dunia bukan pada tempat kelahirannya.”
Mereka ( para sahabat ) bertanya : ” Kenapa begitu ya Rasulullah?.“

Baginda bersabda : “Sesungguhnya apabila seorang lelaki meninggal dunia bukan pada tempat kelahirannya, akan dihitungkan (ganjaran pahala seluas) jarak antara tempat kelahirannya hingga ke tempatnya di syurga.
[ HR. Ahmad, an-Nasa’i dan Ibnu Majah)
Dalam Islam, di mana kita meninggal maka di situlah pusara kita. Kita ditegah mengangkut mayat tersebut untuk dibawa ke tempat lain. Banyak antara kita berbuat begini. Jenazah diterbangkan beribu batu, sebelum diterbangkan, jenazah itu akan tersimpan lama di rumah mayat.
Ini menyeksakan mayat. Kalau kasih kita padanya kebumikanlah dia di tempat dia meninggal. Menyegerakan pengkebumian adalah perintah Allah dan dikuburkan ditempat kematian juga adalah perintah Allah. Dia milik Allah dan kita yang hidup jangan melanggar perintah Allah.
Bila nak bawa balik ke kampung, maka azab pada mayat yang belum dikebumikan semakin bertambah2, contoh, dasar kerajaan US ini bila jenazah hendak diterbangkan. ialah sebelum jenazah itu dibawa menaiki pesawat, maka segala cecair dalam tubuh jenazah termasuk otaknya akan disedut supaya memastikan jenazah itu benar-benar kering (on medical ground). Lepas itu dikeluarkan sijil kelulusan untuk naik pesawat. Bukankah ini suatu seksaan pada jenazah orang yang kita kasihi. Cecair dalam tubuhnya itu adalah sebahagian dari anggotanya yang mahu dikebumikan bersama jasad, tetapi telah disedut dan jasad pula dikimiakan. Alangkah malangnya. 
Kemuliaan, jenazah atau kubur itu tidak tergantung di mana letaknya kubur itu. Kemuliaan dan keselamatan jenazah di alam kubur adalah tergantung kepada taqwa dia kepada Allah semasa hayatnya. Walau mati di mana sekalipun, kubur akan menjadi salah satu dari Taman Syurga atau salah satu dari lubang neraka. Orang islam yang faham sanggup mati dan dikebumi di mana sahaja sebab bumi ini semuanya hak mutlak Allah Taala dan di mana sahaja dia boleh beristirehat setelah hidup sebagai seorang hamba soleh/solehah yang bertaqwa, insya’Allah. 
Marilah kita sama-sama ambil iktibar

No comments:

Post a Comment