Perhatikan analogi ini:
Seorang kaya meminjamkan pinggannya yang cantik lagi bersih kepada 3 orang. Tidak lama kemudian pinggan-pinggan itu dipulangkan oleh para peminjamnya.
Pinggan dari Peminjam A berkeadaan bersih, wangi dan berseri seperti asalnya. Orang kaya dengan ceria meletakkan pinggan itu di rak yang cantik.
Pinggan dari Peminjam B kotor. Orang kaya terpaksa membersihkannya dulu sebelum meletakkannya di rak.
Pinggan dari Peminjam C rosak teruk, retak di sana sini, tidak serupa pinggan lagi. Orang kaya mencampakkannya ke dalam tong sampah dengan perasaan marah.
☆☆☆☆☆☆☆
Allah pinjamkan kita dengan fitrah zahir dan batin yang baik. Jika kita kembali kepada-Nya dalam keadaan bersih, Allah tentu gembira menempatkan kita di Syurga.
Jika kita kembali dalam keadaan kotor, Allah letakkan kita di neraka dulu selama beberapa ribu tahun bagi membersihkan segala dosa sebelum menempatkan kita di Syurga.
Kalau kita pulang dengan iman yang berkecai, penuh dosa syirik, khurafat, kufur, nifaq dan segala sifat mazmumah TANPA SEMPAT BERTAUBAT, Allah tiada pilihan selain mencampakkan kita ke dasar neraka untuk menjadi bahan bakar selama-lamanya.
Terserah kepada diri sendiri untuk mencari cara mana mahu kembali kepada-Nya.

No comments:
Post a Comment